Setelah 2 Tahun 7 Bulan 3 Minggu & 5 Hari

10:46 PG

Assalammualaikum W.B.T

(Entri minggu lepas asik tak sempat nak publish hahaha)



Haha lama juga aku dah kawen. Nak 3 tahun dah. kejabnye masa berlalu. haha kadang-kadang teringat balik zaman bercinta penuh dugaan dulu. Hari ni saja nak cite kat blog ni. lantaklah korang nak baca ke tak. aku ni jenis pelupa.. esok-esok kalau aku lupa terus, aku buka blog ni boleh baca balik hahaha.

Teringat lagi masa memula aku kenal laki aku ni. citenye gini.. aku baru lepas putus dengan mat tiarap. cinta jarak jauh biasalah.. dia dah ada orang lain kat sabah sana. patut pun pakai 2 hp kredit hari-hari habis. awek sabah lak lawa-lawa.. bertunanglah si mangkuk ayun tu.. pulak tu masa putus tu arwah ayah aku baru sangat meninggal pon.. tekanan perasaan dibuatnya. masa tu aku kawan je dengan sapa-sapa. masa tu zaman Tagged.

Satu hari tu aku ajak member pergi Teluk Kemang (Masa tu belajo dekat polipd).. angkut laptop masing-masing nak cari WIFI free. dapatlah buka Tagged chatting dengan budak sorang ni. tapi sebelum laptop aku mampos.. aku sempatlah bagi no hp aku kat budak tu. budak meroyan macam aku masa tu mang suka bagi je no tepon hahaha.

Aku kawanlah dengan mamat yang aku bagi no tepon tu tapi kawan macam biasajelah dia rajin juga sms aku tapi ayat bangang2. satu haritu aku dia boleh cakap aku ni ahli sihir ke apa sebab ayat aku semua kurang ajar. dia pon sama tapi agaknye dia rasa dia lelaki dan takleh terima ayat aku.. dia terus senyap. merajuklah konon. lantak ko lah.. 

Tup-tup ada pulak mamat ni sms aku. aku dah pening mamat mana pulak sms aku nak berkenalan nak couple bagai. Siap call aku sampai habis kredit berpuluh hengget. Yang kelaka time tu maxis ada buat plan yang bayo 3 hengget bergayut sampai puas dari pukul bape ke pukul berapa tapi aku dah lupa dah. dia tak buat yang tu sebab tak tahu. aku melayan jelah dah nak kenal sangat aku pon time tu takde pakwe pon.

Kenal 15hb kot.. dia dah dok nak couple. 25.5.2008 kot aku cakap yelah-yelah kita try sebulan. tapi aku takde hati pon kat mamat ni kenal pon tak muka lagi tak tahu macam mana. dia siap suruh kawan dia pos pendrive nak tunjuk muka dia. aku suruh dia buka jelah friendster aku tu. ko tengok jelah muka aku puas-puas hahhaa walaupun dia cakap aku macam tong deram. hampeh betul bangla sorang ni. ni antara gambar yang ada dalam pendrive tu. ko rasa ko terpikat tak? tapi aku tak terpikat pulak mungkin sebab dulu bercinta dapat lelaki telinga capang sekali dapat yang comel sikit makan masa nak berkenan haha.





Pastu baru kantoi yang kawan dia tu budak mangkuk ayun yang dok merajuk dengan aku haritu. dia jual no aku kat si laki aku ni. tak guna betul. tu pon kantoi sebab dia nak pos pendrive tu lah. haha pastu budak tu tak moh kawan dengan aku dah sebab aku dah couple dengan laki aku ni. cukup sebulan couple aku cakap kat laki aku ni aku dah tak leh nak teruskan sebab aku tak love kat dia pon. ceh dia tak mahu pulak. jadi teruslah aku couple dengan dia. redha jelah.. lagi pulak laki aku ni bukan jenis 24jam pegang hp. hp dia asik mampos aje. udahnye dia baling masuk dalam tasik. hampeh betul.

pastu aku habis belajar. aku kerja kat kajang. tulah 1st time aku jumpe laki aku. masa tu dia kerja juruteknik pasang patisyen/perabot pejabat. dia baru balik dari johor dan driver lori dia ajak jumpe. kelakar kan. driver lori dia yang beria-ia agaknye dia boring kot bile aku tak dapat call laki aku ni, aku call dia. dia pon pas la hp dia kat laki aku yang hp asik mampos je tu. ok. masa tu aku kerja dekat 7E kajang utama yang paling aku benci dalam sejarah pekerjaan aku yang gojes ni. aku minta kebenaran keluar nak jumpe pakwe aku aka laki aku sekarang. kene mintak kebenaran sebab aku rehat 1 jam tapi kerja siang tak dapat rehat so manager hampeh tu yang ganti aku..

kitaorang lepak kedai mamak. masa tu laki aku datang kat aku tersipu-sipu malu. pakai topi rambut lurus panjang tebal. aku lak pakai baju kurung ayu-ayu gitu (hak toiiiiiii). kat kedai mamak tu driver belanja makan mamak haha. ko tengok, kemut betul driver yang belanja makan. tulah 1st time jumpe. gambo kenangan memang takde sebab time tu aku pakai hp cikai je..

Kali kedua jumpe lepas tak sampai setengah bulan masa tu aku lari dari 7E yang bangang tu balik kampung.. aku jumpe dia kat Stesen keretapi kajang.. kitaorang naik ERL terus g seremban. pastu kitaorang dating la kat seremban. hahaha.. lepas tu aku ambik bus balik batu pahat dia ambik ERL balik sungai buloh..

tak lama lepas tu aku dapat kerja dekat putrajaya. aku kene g kursus dekat terengganu. handphone dia pulak rosak. hampeh betul mamat tu so kitaorang takde berhubung sangatlah.. kalau call pon aku call driver dia. masa aku g kursus kat ganu tu bermulalah dimana laki aku ni balik ganu juga tapi dia benti kerja terus kerja kampung atau erti kata lain melepak kat kampung..  adalah aku jumpe sekali dua lepas tu kitaorang putus lama sampai aku pindah johor, dia datang kat aku.. pastu aku cakap nak aku g pinang. bebetul dia datang minang baru kitaorang start bercinta bebetul ahaha. (selepas tunang baru rasa macam bercinta dulu-dulu tu banyak main) sampailah kawen.


ni gambar masa aku tunang. nampak tak aku kurus hahaha. ok selepas 6 bulan aku jadi macam tong deram. ceh! orang nak kawen kurus.. aku mencanak naik


serius aku takde banyak gambar dengan laki aku time bercinta sebab kitaorang jarang jumpe dan takde ambik gambo pon. dah kawen ni baru ada ambik gambo. tu pon sebab takde anak lagi kalau tak mau banyak gambo anak je ahhahaa.. ni selepas 2 tahun kawen.. dua2 nampak tembam!


kemudian? Hanya Tuhan Maha Mengetahui..

(malas nak taip dah.. asik terkempam je entri ni. aku publish jelahhhhhhhh.)

You Might Also Like

4 Komen