Sifat Terlupa Yang Melampau

8:20 PG




Salah satu penyakit aku dulu kini dan selamanya adalah lupa. Bila lupa, aku akan rasa benda tu macam dah buat sebenarnya non hado. En suami cakap, kalau pupel lupa maknanya..dalam kepala hilang terus tak boleh fikir dah. aku akan cakap...rasanya macam dah buat.. dah ambil.. Tapi sebenarnya tade pun. Sekarang en suami dengan aku cakap "rasanya", dia tak akan percaya.



Ceritanya, dah 3 hari en suami cari charger hp dia. tapi tak jumpe-jumpe. Dia tanya aku sama ada, ada bawa balik kampung haritu ke tak. Jadi aku fikir-fikir macam tak ada. Kalau ada pun aku takde usik "rasanya",  . Tapi dia cakap aku pelupa.

Pagi tadi akul cari kabel hp aku "rasanya", semalam dah bawa naik atas dan letak dalam bilik. Sebab semalam ada letak dalam kereta masa balik dari umah kawan suami. Letak atas seat kereta. Kereta pulak abg pinjam. Sekali tanya abg..rupanya kabel tu duduk baik je dalam kereta.Kenapa akul boleh berimiginasi yang aku dah bawa dah kabel tu naik ke rumah??? haiya..

Sebab tu akul selalu pesan dekat suami dan kawan-kawan, tolong ingatkan aku kalau ada benda penting sebab aku pelupa. Sebab tu aku rasa tak layak jadi SETIAUSAHA sebab aku selalu lupa. Selalunya bos yang selalu ingatkan, hari ini saya ada meeting dekat sini situ tau. Nasib baik bos jenis suka cakap last minute. Kalau dia suruh aku ingatkan hari-hari.. Mati kene rejamlah aku! ger ger.

P/S : Teringat kata-kata exbf dulu, "Awak ni kuat minum air semut".. Celakakau! haha



You Might Also Like

2 Komen