Belum Masanya..

10:35 PG

 

Semalam, kalau ikut perkiraan aku yang tak bape teror nak kira plus bantuan MyDay punya aplikasi tu khen, ikutkan semalam dah deley period 3 hari tak termasuk semalam la. ngehngeh. Konon-konon rasa bahagialah sebab dah 3 hari khen. Paling teror pun deley period aku pun mesti 2 hari tu pon baru sekali deley. Selalunya tetap masa. Kalau dah 3 tu mahu la aku dah fikir, ok..aku ada sesuatu.

Niat dihati nak le membeli pregnancy test tu. Bukan apa kalau betul ada alhamdulilah, disamping dapatlah kita berjaga-jaga awal. Tapi en suami yang dah terbiasa dengar akumerungut nak anak je, dia dah pesan awal-awal. Nak beli kalau deley tu 2 minggu. Setakat 2-3 hari tak payah kata dia. Jangan berharap sangat nanti tak ada nagis.

Sentap, tapi dah suami kita cakap gitu kita layan la. Dan dengan bangganya semalam sebelum lunch, gugur juga period aku tu menandakan memang belum masanya. Belum!. Masa tu menagis sekejab dalam bilik air sebab rasa kecewa.

Semalam balik kerja, aku malas nak buat apa-apa. Makan malam pun suami masak sebab tak ada keinginan nak masak. Nak cerita dekat suami yang aku dah period pon malas. Tapi dia tahu sebab aku dah sms masa aku tahu aku period kat office semalam.Pukul 9 malam je, aku dah tidur. akul malas nak fikir apa-apa. Tidur, tidur, tidur. Sampai pukul 6.50 pagi baru bangun sebab dengar anak-anak kucing main kejar-kejar plus perut sakit.

Sekarang ni rasa malas nak fikir. Yelah suami pernah cakap, kawan dia kawen 12 tahun baru dapat anak, so kita ni baru satu tahun 2 bulan plus plus.. Masih banyak masa untuk kita berusaha. Yela.. tapi namanya hati perempuan, kalau tak dapat..kecewa menagis tu biasalah...........................

p/s: belum masanya. belum...

You Might Also Like

9 Komen