Hari-Hari Aku Pergi Hari Belia

12:21 PTG

 


Huhu. melecet kaki tak hilang lagi. Makin sakit pulak. Lantak pie la kalau orang marah aku pakai selipar cabuk sebab sakit ni..sakit. Tapi bagus juga, dah lama tak berjalan jauh. Dah 2-3 Hari ni dapat berjalan jauh mesti berat badan turun barang sekilo dua kan kan. (Nak turun apa mulut tak berhenti sumbat makanan).

Tujuan pergi Hari Belia lain tak bukan ialah teman laki aku tu nak tengok retis katanya. Suka bebeno tengok retis sebab kat kampung tak pernah tengok semua ni plus tak de peluang pon sebenarnya. Tapi dalam pergi-pergi tu, mulut dia pokpekpokpek membincangkan kepincangan pengurusan Hari Belia ni dah asik cok cakap berapa kerajaan perabis duit buat hari belia ni.Sebenarnya aku banyak juga ambil gambo tapi dekat kamera pulak. Lupa nak tarik memori kad bawa pergi kerja. Lambat punya pasal tadi.

Apa yang pupel nampak tentang hari belia ialah:

1) Terlalu banyak booth disediakan sampai kadang-kadang tak ada orang pun pergi. Pepenat je diaorang ni buka plus bayar duit sewa bagai.

2) Pengisian rohani yang disediakan semua HIBURAN. Mana pergi ustaz-ustaz semua? Agaknya jiwa remaja cuma dahaga hiburan semata.

3) Kesian bebudak yang dok join jambori. Kene berkhemah dalam keadaan panas. Ramai orang. Kenderaan tak putus2. Aspek keselamatan langsung tak de. Kalau aku jadi mak pak, mampos tak benarkan anak-anak aku join perkhemahan ni.

4) Berapa duit kerajaan habis ni bayo retis, bayo khemah dan berapa pulak income yang dia dapat dari segi sewaan booth?

5) Awat panggil retis dari Program Realiti je. Sana AF, Sini AF..adalah terselit artis 2 baru tak kurangpun dari Mentor dan artis-artis Astro. Imam Muda takde ke hehehe.

6) Trem yang disediakan tak nak bawa penumpang (aku alami sendiri) kerana alasan jalan ditutup. Apa guna ada trem tu?? patutnya ada kawalan dekat jalan tu. Utamakan trem untuk bawa pengunjung datang. Pejalan kaki tu tokshlah bagi jalan dekat jalan. Bagi laluan kat trem. Bukan apa, orang parking sikit punya jauh. sian kene jalan kaki. Nasib baik aku tahu parking rahsia muahaha.

banyak lagi sebenarnya kepincangan hari belia plus sibuk buat Jom Heboh pulak. dah lah sesak ditambah padat jadinya. Paling besh bila orang ramai dok bertekak dengan polis yang tutup jalan dekat laluan keluar. Patutnya kasi tutup dekat laluan masuk baru orang tak masuk dan tak keluar. Sudahnya bergaduh situ. Adeh.

Akan datang, tak usahlah buat lagi. Kalau nak buat pon berala kadar dan carilah port yang sesuai sikit. Jangan buat dekat jalan. Buat kat kawasan lapang. Sepanjang Presint 2-3-4 ni bukan sikit tanah lapang. Kesian dekat pengujung, bahkan kesian dekat peniaga yang takde income sebab ditempatkan jauh dari kawasan orang ramai. Lagi kesian dekat orang putrajaya ni. sesak besak jadinya.


p/s: lepas ni jadi acara tahunan? huh.. tak dapat aku bayangkan.

You Might Also Like

3 Komen