Jual Karipap Balik

4:22 PTG

 


Tiba-tiba nak raya ni (lama lagi padahal) aku rasa aku nak bukak balik jual karipap frozen. Bukan apa, rasa macam nak raya  banyak benda nak ganti jadi kenelah cari income sikit plus laki aku tu dah lama tak ada OT aduhainya pun. BISNES TUDUNG masih jalan lagi cuma sekarang tak rajin nak ambil stok baru. Plus dah ramai  betul buka ONLINE SHOP jual tudung sampai item susah nak laku (ini kenyataan tau). Tapi jual kat opis ni laku je cuma nak ambil stok sungguh liat aku ni pun.

So hari ni rasa nak tanya-tanya balik kat kawan-kawan sama ada kalau aku buka jual karipap frozen ada orang nak beli tak. Saja je test power.muahaha. Nampaknya masih ada yang sudi kehkeh


p/s : tengoklah nanti. kalau rajin aku buat balik. kene KANDANGKAN kucing untuk tujuan buat makanan ni bukan apa takut orang geli sebab aku kan bela kucing. selagi takde kandang memang susah nak buka oder balik.

You Might Also Like

2 Komen