Marah Betul Aku Dengan Blogshop Ni.

10:44 PTG




Kembang kempis hidung aku tahan marah

Bila waktu deal nak beli tu..ha kau..laju je beliau ni balas email kita tapi bila tang penghantaran, jadi lambat. aku ni tak suka nak tanya-tanya tapi kalau dah seminggu tak hantar-hantar jadi marah pulak. Jadi sebagai langkah selamat, aku tanya lagi. "Boleh beri saya tracking no?.. Dah bape lama baru nak balas dan bagitahu tak pos lagi sebab sibuk dengan urusan sendiri.

Sebagai seorang peniaga..tak patut rasanya korang nak bagi alasan banyak sangat bila pelanggan tanya pasal barang dah hantar ke belum. Sepatutnya bila korang dah terima payment..Terus uruskan pasal penghantaran tu. Atlist bagi terus no tracking. Kalau rasa tak boleh pos.. Bagitahu awal-awal. Ni nak suruh kita tunggu tapi dah seminggu tak pos-pos.

Meniaga pong pang barang tu barang ni. Dah dapat payment terus senyap. Korang tahu tak, bila korang senyap dan lambat hantar barang yang pelanggan beli..Pelanggan akan fikir 2-3 kali nak beli lagi. Dan pelanggan juga takut ditipu. Orang macam aku bukan banyak duit..Bila dah deal nak beli..Bayar segera pulak tu..Kalau boleh nak barang terus dapat. Tapi kalau dah seminggu dua tak pos itu mendatangkan marah.

Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau dia tak post-post juga memang aku gegar suruh bagi duit balik. Menyakitkan hatilah pulak.  

p/s: Pasal baju yang pernah beli dari 1 blogshop tu. ingatkan aku sorang je dapat baju sarung nangka..Rupanya ramai lagi senasib!!. Jual baru dalam blog sikit punya cantik (nampaklah).. tapi bila dah sampai. Hampeh!! Mengucap panjang aku!



You Might Also Like

5 Komen