Jawapan Kepada Soalan Ety - PTPTN

4:34 PTG



Pupel nak jawab soalan dari Ety dimana soalan ini ada diruang komen entri
TIBA-TIBA DAPAT TAWARAN UJRAH PTPTN
Thanks ye ety sudi tanya :) soalannya ialah :



Jawapan pupel berdasarkan pengalaman :

Kita boleh mohon JPA waktu kita dah dapat PTPTN (Sila rujuk kelayakan permohonan biasiswa dari JPA). Selepas permohonan diluluskan, kita akan dapat duit biasiswa selalunya pada sem akan datang. Contoh mohon sem 1, dapat sem 2. So, JPA akan maklumkan mereka bagi kita biasiswa start bila dan sampai bila beserta syarat. Selepas kita mengembalikan surat tawaran, serta merta PTPTN akan memberhentikan pembiayaan untuk next sem. Bermakna cepat atau lambat, sila tunggu duit dari JPA la ye.

PTPTN pula akan hantar notis suruh kita buat bayaran selepas kita ditamatkan pembiayaan PTPTN. So, jika masih belajar, buat surat rayuan nyatakan anda masih belajar tapi jika JPA bagi backpay untuk cover sem-sem lepas (biasiswa kita JPA bagi dari start kita belajar dekat UNI/POLI), sila gunakan backpay dari JPA tu untuk bayar PTPTN anda.Kasi langsai habis tau. Jangan pulak kita guna untuk beli Ipad ke, Iphone ke. Jangan tau.

Harap penjelasan pupel ni difahami :) Sapa-sapa yang layak, silalah mohon biasiswa dari JPA. Banyak kebaikan yang kita akan dapat seperti terjamin dari segi Pekerjaan (Keje dengan gomen hehe)

You Might Also Like

1 Komen