Safe House

10:00 PG


Haritu pupel ada cerita yang pupel pergi ke Nuffnang Premiere Screening of Safe House kan :) tapi sampai la ni tak cerita-cerita lagi tentang Safe House ni. 


Ulang Tayang Gambar Kat SINI


SAFE HOUSE ini mengenai  Matt Weston (Seorang CIA) yang diamanahkan untuk menjaga sebuah rumah dimana dirumah tersebut mereka akan menerima tetamu yang terdiri daripada individu yang didapati bersalah dan dalam tahanan CIA


Matt Weston


Tobin Frost merupakan seorang yang dikehendaki oleh CIA kerana menjual rahsia-rahsia CIA kepada individu yang boleh memberikan beliau duit, telah ditangkap oleh CIA ketika sedang menyelamatkan diri dari "kumpulan" yang memburunya. Dan Tobit juga memiliki maklumat yang sangat di kehendaki oleh kumpulan tersebut.


Matt Weston menerima "tetamu" bernama Tobin Frost  namun ketika dalam proses soal siasat, rumah tersebut telah dicerobohi oleh kumpulan yang memburu Tobin Frost. Matt Weston terpaksa mengikut prosedur biasa dimana jika rumah tersebut dicerobohi, Matt harus menyelamatkan Tetamu dan mengikut arahan dari pihak atasan.


Ketika disoal siasat.

Matt berjaya membawa Tobin Frost bersamanya namun Tobiin berjaya melepaskan diri. Ketika belaku adegan tembak menembak, Matt telah dipersalahkan oleh media dan diburu sebagai orang yang dikehendaki.

CIA pula meminta Tobin diburu sehingga dapat dan dibawa ke rumah yang lain oleh Matt. Matt berjaya menangkap Tobin namun Tobin acap kali menyatakan bahawa Matt cuma akan dijadikan KAMBING HITAM oleh CIA yang mempunyai agenda tersendiri dalam tujuan untuk menangkap Tobin. Apa terjadi lepas tu?? Kene tengok sendiri muahahaha.


Bagi pupel
+Memula rasa cerita ni membosankan.Lama-lama besh pulak tengok orang kene tembak. Muahaahaha
+Kualiti filem cerita ni hampehhh.
+Giler la masa adegan kejar mengejar kereta.. habis kemek semua. muahahaha.
+Cerita ni banyak kene fikir. nak tengok kene fokus.
+Terkejut-terkejut masa adegan tembak menembak, aduhaiii.. 
+Dalam cerita ni ramai sangat yang MATI
+Happy Ending la.. 

Apalagi..sapa yang tak tengok tu, pie la tengok.. 

You Might Also Like

2 Komen