Cinta Kura-Kura Tak Menghampakan

10:43 PG

Bagi peminat filem melayu tegar, jangan lupa ye Filem Cinta Kura -Kura dari KRU Studios. Cerita ini tidak menghampakan tau:) kene cakap awal-awal sebab banyak cerita yang menghampakan sejak akhir-akhir ni hahhahaha.

p/s: teringat kata-kata seorang teman : "apa standart tengok cerita melayu"


Memula bila tengok si Tiz Qaqyah bergandingan dengan Aeril rasa macam tak sesuai tapi bila tengok filem ni.. memang nampak sangat sweet :)

SINOPSIS - Sumber : Sinema malaysia

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya.

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.


Bagi Pupel :

+Korang memang harus tengok cerita ni sebab sangat kelakar.
+Suami cakap cerita ni tak besh tengok sorang-sorang, kene ada kawan gelak baru besh
+Watak nico memang menghiburkan :) cuma kata suami zizan tu buat suara untuk nico macam bawa watak sendiri.
+Kalau takde zizan mungkin cerita ni sedikit hambar. Dengan je suara zizan pecah satu panggung ketawa
+Watak nico mensabotaj  si adam memang kelakar. Curi sepender Nani dan buat macam si adam tu guna sepender nani untuk............tet..hampeh betul .
+Watak mak adam yang kuat membebel tak kena tempat tu boleh tahan juga.
+Si adam tu nak sangat menyanyi tapi lidah pendek kekehkeh.
+Ada tiga lagu yang dibawakan dalam filem ni. Band adam nyanyi untuk persembahan. sesekali buat pupel rasa filem ni macam filem dulu-dulu siap ada lagu. nicelah :)
+Farah Fauzana jadi kekura yang digelar "mek kelate" sebab dia cakap bahasa kelantan siap ada "abang weiiiii"
+Bila tengok cerita ni rasa nak bercinta balik la. haha

apapun jangan la korang melepaskan peluang untuk tengok Filem Cinta Kura -Kura ye, rasanya berbaloi untuk korang keluarkan RM11 sorang untuk tengok cerita ni daripada korang tengok cerita azura yang sumpah tak besh tu hahahaha. Apapun pupel harap Filem Cinta Kura -Kura  mendapat sambutan yang bagus lah, dan  KRU Studios tak berhenti buat filem yang besh-besh lagi hahaa.

You Might Also Like

3 Komen