Movie - Journey 2: The Mysterious Island

11:00 PG


Klasifikasi: PG13
Pelakon: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens, Kristin Davis
Director: Brad Peyton


Korang dah tengok cerita ni? uhh besh tau. sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang suka aksi pengembaraan tapi sayang cerita ni berklasifikasi PG13. mungkin sebab adegan cium buat cerita ni berklasifikasi begini hahaha. ok dibawah ni pupel berikan sedikit sinopsis cerita ni.

SINOPSIS

Journey 2: The Mysterious Island ialah cerita mengenai Sean Anderson yang percaya bahawa datuknya,  Alexander Anderson telah menghantar pesanan untuk memberitahu tentang kewujudan Pulau Misteri. Hank pula bergelut dengan anak tirinya Sean Anderson yang agak sukar dikawal namun misi menjadi Pulau Misteri telah merapatkan mereka. Hank membantu Sean Anderson mencari Pulau Misteri seperti yang dijanjikan kepada isterinya (mak Sean Anderson) bagi membuktikan bahawa pulau itu tidak wujud.

Mereka ke Palau untuk ke Pulau Misteri dan telah mendapatkan bantuan darEstrellita dan ayahnya. Perjalanan mereka ke Pulau Misteri berhadapan dengan masaalah apabila mereka bertembung dengan puting beliung namun mereka berjaya sampai kesana. Sayangnya helikopter milik ayah Estrellita yang dinaiki mereka hancur lebur.

Di Pulau Misteri, mereka berhadapan dengan Mengkarung besar namun diselamatkan oleh Alexander Anderson  yang memang menanti-nantikan kedatangan Sean Anderson Alexander Anderson tidak sefahaman dengan Hank kerana Alexander Anderson  suka memerli-merli.

Ketika pengembaraan mereka ke tapak kota lama, Hank mendapati air semakin deras naik dan memberitahu kepada Alexander Anderson  bahawa Pulau Misteri akan tenggelam namun disangkal Alexander Anderson  yang menyatakan lagi 14 tahun baru Pulau Misteri akan tenggelam. Namun hank berkeras dan mereka cuba mendapatkan kapal untuk kembali ke Palau.

Mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kapal tersebut manakala air pula semakin deras menenggelamkan Pulau Misteri. Namun akhirnya mereka berjaya berhadapan dengan macam-macam halangan untuk kembali ke Palau.




You Might Also Like

0 Komen