السلام عليكم
Pernah tak korang rasa down? down sangat-sangat. Macam orang ada masaalah tapi tak kuasa nak cerita kat orang. Mungkin terlalu penat, atau terlalu stress? Aku pernah. Baru-baru ni aku rasa dekat setahun juga nak hilang perasaan tu. Baru ok tapi sekarang rasa nak jadi balik. Aduh mohon jauhkan.
Aku rasa benda ni jadi kat aku masa aku baru keluar dari Unit lama masuk Bahagian baru. Aku rasa tak boleh terima tak boleh hadap situasi tu. Aku kene mula balik. Kenal dari A-Z, belajar dari A-Z benda yang satu hapah aku tak tahu. Bagus tapi aku akui banyak benda kene belajar.. banyak benda aku tak tahu. Banyak benda aku kene hadap, kene tahan.
"Awak tak tahu?" ye aku tak tahu. Aku mengaku sebab dulu tak buat kerja macam ni, semua benda ni baru. Aku kene cakap benda tu asalkan orang tak cop aku ni macam tak tahu apa-apa. Orang nak cop pon lantak sebab aku memang tak dapat nak elak benda tu.
Aku mula tak de masa untuk orang apatah lagi diri sendiri. Time tu mak aku kan baru lepas oprate buang kaki dan mereka duduk rumah aku. Time tu aku pergi kerja, dina pulak baru makan, pagi-pagi dah bangun nak sediakan bekalan dia, pahtu tengahari balik kadang-kadang masak, kadang-kadang balik makan tapi ada tetamu kat rumah ramai sangat semua pakat nak melawat kan. Lepastu malam pun tidur lambat, dina nyusu.
Hari cuti jangan cakap memang tak rehat sebab ramai tetamu. Memang penuh rumah. Penat jangan cakaplah tapi orang nak datang melawat mak, dapur tu tak berhenti masak, cerek air tak berhenti masak air hahaha. Syukur abg aku jual sate tu kan pandai masak. Dia masak aku tolong cucuk sate dia. Sate dia pulak time tu baru je TOP MELETOP ada orang share kat Siakap Keli rasa nak tercabut tangan.
Tapi kat tempat kerja memang rasa down. Baju malas nak gosok, muka malas nak tempek bedak. Badan penat, kene curi masa untuk pam susu. Dah bagitahu bos tapi sesetengah orang yang tak tahu memang tak tahu akan kata aku hilang sampai aku rasa malas nak pam susu. Udahnya tengahari je aku balik pam susu. Jadual mengepam makin tak menentu. Susu mula tak banyak. Tepat 1 Tahun 2 Bulan aku dah tak dapat nak supply susu buat dina kat rumah pengasuh. Dina mula susu formula tapi alhamdulilah masih susu badan sampai sekarang pada waktu malam NON-STOP aduh sakit pinggang mak ko dik hehehe.
Ada satu masa tu aku mengalami masalah alergik kat muka aku. Aku rasa berbulan sampai lepas raya. Tak baik-baik. Pakai ape je kulit melepuh. Sakit, terkopek.. Aku tak leh makeup.. Muka sakit.. Tak boleh kene panas. Sakit. (Mujur ada Deena Leeza Foundation. Aku pakai tu 2 minggu terus ok terus yakin nak jual tauuu!)
Selepas v Sebelum
Masa tu mak aku dah pindah dengkil. Laki aku kerja dah mula tak menentu. Hari-hari dengkil-putrajaya tiap petang. Lagi-lagi bulan puasa kan kesian mak aku takde orang teman abg aku g niaga. Lepas tu suami aku pulak kilangnya lingkup. DOWN sangat tuhan je tahu. Alhamdulilah laki aku dapat kerja baru walaupon dia kerja macam nak mati tak balik-balik wei. kul 3 pagi aku ni masih tunggu laki aku balik. Sopsop. Bersyukurlah korang dapat suami kerja Opis Hour tau. Laki aku? nampak bantal je atas tilam orangnya takde HAHA.
Berapa masa nak pulih memang payah. Aku tak cerita kat orang aku down tapi orang kalau nampak muka aku mesti boleh rasa aku bermasaalah tapi aku tak cerita. Cerita kat laki aku masuk telinga kanan keluar lalu kentot.
Sekarang ni aku kene masuk unit baru. Unit yang asing bagi aku. Aku hampir nak down tapi aku belajar balik sikit-sikit. Orang nak kata aku tak tahu ke bodoh ke lantak. Ajar aku kalau korang rasa aku bodoh. Yang penting kul 5.30 nak balik hambek anak weii..
Don't give up, I won't give up
Don't give up, no no no
Don't give up, I won't give up
Don't give up, no no no
Don't give up, no no no
Don't give up, I won't give up
Don't give up, no no no
السلام عليكم
Dah sembilan hari masuk 2017 baru nak up entri apa kehalnya ni? Hahahah. kalau dulu hari-hari updated blog ye. Sekarang payah ye..
Alhamdulilah 2016 telah kita lalui. Suka duka kita tempuhi. 2017 bermula dengan dugaan. Oh dugaan betul bila kereta rosak lagi. Hahaha.. En suami aku bawa keta sagaku pergi kerja... pagi-pagi call bagitahu kereta rosak. Kene TOP OVERHAUL. Masyak-masyak padahal 3hb tu hari pertama kerja tahun 2017 kebetulan dapat Bantuan Kewangan kan orang gomen~ HAHA. nak nages rasanya. Dugaan tuhh. Nasib ada abang kita yang duk sini kan.. Dia banyak tolong. Rasa ada ayoh gitu..
kereta ni memang perangai sikit kalau bau DUIT hahah.
Selain dari itu.. awal tahun ni kerja dina asik jatuh je. HABIS merah-merah berdarah luka hidung mulut dia. Dah lasak kan.. Dah setahun 9 bulan. Kejab je masa berlalu beb.. Dulu asik merintih kat blog ni nak anak. Dah ada anak malas pulak nak updated blog apa punye perangai?
Lepas jatuh mulut berdarah
tapi maintain senyum
Konsepnya jatuh sendiri so tak nages
cuba kalau ORANG BUAT DIA..
teresak-esak macam drama kul 7 petang.
Dina sekarang udah besar. Udah paham banyak benda. Udah petah bercakap. Dah pandai meminta dan menolak tapi Alhamdulilah masih menyusu badan biarpun dah campur kan?
"Mama, bawak"
"tak payah dina"
"arghhh bawak"
semua benda dia nak bawa pergi rumah mama pengasuh dia
Sekarang pun dah pandai pagi-pagi kejut mama dia nak sarapan. Mama, mama.. selagi tak bangun selagi tu dia panggil. Kang dah siap makan, gosok-gosok mata. Lepastu dengar je aku cakap "Jom tido" terus masuk bilik suh aku baring sebab dia nak nyusu. Ini budak tak nak baring depan TV. Mesti masuk bilik kalau nak tido tau.
Dina sarapan roti telur cecah sos
Makan dah pandai minta cecah
Pedas pon bedal.
Dan dah juga pandai buat perangai meminta nak main mainan kat Arked. Kalau nampak belon macam kene sampuk selagi tak dapat menjerit kuat-kuat. Udahnya kalau keluar dengan dia, balik wajib bawa balik belon. Memang dia sekarang kemaruk dengan belon.
ayah tengah pujuk ajak balik sebab dah habis RM20 kat mesin ni.
Alhamdulilah syukur ya Allah diberi kesempatan merasai tahun 2017. Semoga tahun 2017 membawa sinar kepada kami sekeluarga. Semoga kami makin bahagia. Dina membesar dengan jayanya, Bisnes semakin berkembang dan semoga ada peningkatan untuk kerjaya aku dan suami aku. Amin
Anak no 2?
NO! Belum lagi.
السلام عليكم
Sejak dua menjak ni. Sejak ada anak ni.. masa agak laju berjalan. Mana nak keja, urus anak, melawat mak dekat dengkil. Kadang-kadang bangun seawal 6 pagi tidur selewat 3 pagi dah jadi kebiasaan. Lagi-lagi suami aku sekaran busy bebenor dengan kerja. Kadang aku rasa mamat ni tak nak balik rumah ke sebab kerja dia banyak sangat. Tak boleh balik awal. Paling awal 8 malam sayang. Biasa je dia balik kul 10-12 malam. Sopsop.
Kenkadang kita dok merugut juga tapi nak buat macam mana dah kerja kan. Best boleh OT tapi OT jadi wajib tu payah. Sesekali dapat lah curi suami aku ni. Hari ahad je dia tak kerja itupon madang tidur sebab kepenatan.
Kim Dina dah besar. Dah pandai nak berjalan. Pagi-pagi mintak mandi, pakai baju dan pakai kasut nak melawa. Hari sabtu ayah kerja. Dia sibuk nak berjalan. Udahnya plan nak duduk rumah hari sabtu tak jadi. Terpaksa gak ke Dengkil g rumah atok sebab kat sana ramai yang melayan. Rumahku tongkang karam tak sempat kemas hehehe..
Sekarang ada masa je ajak laki aku bawa dina pergi ke depan Perbadanan Putrajaya sebab ada padang lapang tu khen. Ajak main belon. Suka dia :)
Dok kejar belon. Dok lari-lari seronok dia. Petang-petang sebelum maghrib atau malam-malam best bawa dina lepak sini tapi kene pastikan ayahnya ada nak mengejar kalau tak matilanak. Mak pancit nak keja sebab dah gemuk.
Diam tak diam dah 1 tahun 6 bulan anak mak. Dah pandai berlari, berjalan. Dah pandai membebel, mengadu.. "Mama, mama %eq7r7q0 mama" Seronok dengar dia dok bercakap. "Mama, mama petepetebang (kapal terbang) mama". :)
السلام عليكم
안녕하세요!!
Siapa kata? Haha. Cuma tak seobses dulu. Pasal apa? dah ada anak ni jarang wei dapat tengok tv. TV kat umah tu laki aku je yang tengoknya. Banyak masa aku habis nyusukan anak kat dalam bilik sambil layan instagram. Da namanya emak orang khen. Kehidupan dah tak sama macam dulu lagi-lagi laki aku sekarang kerja awal pagi balik lewat malam kadang-kadang anak pon tak jumpa dia. he.
Sekarang ni banyak juga cite korea best-best. Aku demand sekarang tak best tak sweet tak romantik tak moh tengok. Yang meleweh lagi la wei. Haha. Running Man lama aku tak tengok sebab dah makin tak best. Kalau aku tengok pon sebab Lee Kwang So tapi aku kecewa mamat tu asik fail je.. lama-lama boring. heee..
Sekarang pon kerja banyak tak macam dulu. haha dapatlah tengok kalau bebetul takde kerja. Lagi sekarang sibuk dok meniaga largh pulak kauuu..
Antara cerita yang aku layan sekarang:
Macam aku dah bagitahu. Aku layan yang ringan-ringan je. Yang berat-berat tak layan penat nak fikir. Haha..
السلام عليكم
안녕하세요!!
Hari ini aku ada kelapangan sikit untuk menulis kat belog ni. Sian dah berabuk lama benor. Ok hari ni aku nak share pengalaman menjadi seorang penjual online yang tak ramai orang tahu atau tak nak ambil tahu.
1. BAYAR HARI NI SAMPAI ESOK
Ini mungkin akan terjadi kalau aku memiliki POSLAJU/Syarikat Penghantaran Laju yang lain. Kenapa aku kata macam ni? Sebab!! Ramai yang fikir bila dia bayar hari ni, barang mesti sampai kat tangan pada keesokkan harinya. Lambat sampai terus kene chop penipu.
Adik-adik, berdasarkan pengalaman akak, kalau ko bayar sebelum kul 12 tengahari, itu mungkin boleh. Sebab? Akak dengan lajunya akan packing barang, tulis slip, jam tepat pukul 1 terus ke kaunter Pos Laju dan hantar barang korang. Kalau selepas pukul 12 bayaran terima memang akak tak janji esok dapat sebab kalau sempat, mungkin akan pos pada sebelah petang tapi kene ingat kebanyakkan seller online akan pergi 1 kali sehari sahaja. Itu pon dah kire terbaik. Mana ada orang nak buang masa kat kaunter POS LAJU yang sangat-sangat ramai orang dik. Walhal seller yang besar kire jerung pon guna POSLAJU PICKUP xakan pos hari yang sama kalau diaorang terima bayaran selepas jam 1. Sebab lepas terima bayaran, nak bungkus, isi slip semua makan masa.
2. FREE POSTAGE / POSTAGE MAHAL
Ramai anggap kos postage ini patut ditanggung oleh penjual dan menganggap bayaran postage yang dikenakan MAHAL. Kos postage pembelilah kene tanggung. Ibaratnya kamu pergi kedai, isi minyak kereta motor, itu lah kos postage bagi kami. TAHUKAH KAMU? Sebenarnya kami tidak mengambil keuntungan dari POSTAGE tersebut. Contoh sekarang, barang bawah 500GM kami guna Prepaid Pos Laju berharga RM7++ (Termasuk GST) bagi Semenanjung Malaysia dan kami kenekan RM8 kepada kamu. See. kami tak ambil untung pon dik? kenapa kata tak ambil untung? kerana baki beberapa puluh sen dari pos tadi adalah upah kami menunggu, upah kami ke pos laju.. KAMI TAK UNTUNG & TAK MENGENAKAN POSTAGE YANG MAHAL MELAINKAN HARGA POSTAGE SEKARANG MEMANG MAHAL.
3. MINTA KURANG
Ini biasa terjadi. Ye biasa dan kami telah bersedia. Tapi akak memang jenis tak sampai hati. Jadi akak akan ready dengan free gift atau ayat manis lain. Sebab sekarang ni, boleh kata perang harga juga. Pembeli berminat untuk membeli pada harga PALING MURAH & FREE POSTAGE yang kadang-kadang kami penjual online tak dapat beri. Tadah teling kalau pembeli kata "Mahalnya, penjual A jual lagi murah.. Kalau gitu anggap jelah bukan rezeki kita"
4.DROPSHIP
Ramai antara penjual sekarang merupakan DROPSHIP. Tahukan dropship tu apa. Orang yang jual barang tanpa menyimpan barang. Bermakna dia hanya orang tengah yang mendapat keuntungan untuk jualkan barang orang lain. Bagus dropship ni. Pada tahun 2013 aku merupakan salah seorang DROSPHIP. tapi ada juga kelemahannya. Kelemahan bila Dropship ni tak kenal betul-betul Supplier dia. Percaya 100% sehinggakan barang tak sampai (Supplier MENIPU). Lepastu kene maklum untuk dropship ni, makan masa. Dapat pulak customer yang tak geti sabar, baru bayar seminit dah mintak tracking number memang haru. Sebab kita sebagai dropship pula nak kene bayar dan updated dekat supplier , supplier nak packing dan tulis slip. Dapat supplier jerung yang beribu order dia masuk memang makan masa dan dapat pembeli tak geti bahasa memang haru. Sebab tu ayat kene manis, kene banyak sabar. Jangan pembeli melompat ko ikut melompat. Pastu ko lepas tangan. Cakap tak tahu pulak. Ayat nak uruskan pembeli tu penting sangat.
4. BARANG TAK SAMPAI / BARANG SAYA KAT MANA??
Pengalaman aku, memang kita dah bagi siap-siap tracking number, tapi ada sesetengah customer kita yang memang tak tahu nk check macam mana, atau malas atau sebab dia dah beli dengan kita, kita kene checkkan untuk dia. --> TRACK & TRACE POS LAJU. Ye memang ada. Aku pernah banyak kali jumpe customer macam ni. Yang mana tak tahu check memang aku tolong checkkan dan bagitau barang dah sampai mana, anggaran barang sampai bila, siap call 1300300300 (POS MALAYSIA) TENGOK! Siap hafal! hehe. Ada juga yang salah bagi poskod barang tak sampai. Mana yang pemalas nak check tu pon aku tolong checkkan miskipon tenet macam siput kat kampung HAHAHA.. Lepas tu kalau ada perangai POS LAJU MACAM GAMPANG tak tinggal slip ketika customer takde kat rumah, tahu-tahu kat web tulis kene ambil sendiri, memang aku call pos laju tu suh hantar balik/macam mana cara pon lah. Memang kita kene handle benda-benda macam ni. Jangan melenting, layan dengan sabar. Bila kita layan depa, depa suka beli dengan kita. Jangan dia melompat ko ikut melompat. Ingat pesan aku hati kene kental.
Apa lagi? eh banyak lagi sebenarnya. Tapi opis aku ni sejuk gile. Beku pulak nak menaip panjang-panjang.. Nantilah sambung. Ok INGAN PESAN AKAK "HATI KENE KENTAL, BANYAK BERSABAR"
السلام عليكم
안녕하세요!!
Hari ni aku nak kongsikan kepada semua tentang Foundation yang aku keluarkan di bawah Deena Leeza Beauty iaitu Deena.Leeza Foundation.
Berat bersih 4GM
Bahan-bahan
Deena.Leeza Foundation merupakan Foundation yang waterbased, boleh dibawa solat dan mudah dicuci. Selain dari itu, ianya juga bertindak sebagai krim siang yang mempu merawat pelbagai masalah kulit dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru. Bagi yang ada bekas-bekas jerawat, insyaallah dengan penggunaan yang kerap mampu menghilangkan kesan-kesan jerawat tersebut. Bestnya lagi mengenai Foundation ini ialah TAK BERCAPUK!! lagi kita berpeluh lagi nampak GLOWING & FLAWLES!!.. ianya juga mengandungi SPF60++ yang mampu melindungi kulit kita dari sinaran UV!!
Terdapat dalam dua warna, NATURAL & PINKISH! Dua-dua best tau!! perbezaan hanya pada warna dan kedua-dua warna sesuai dengan semua jenis kulit sebenarnya,
Deena.Leeza Foundation juga mudah dipakai. Cara pemakaian adalahs seperti berikut :
SEBELUM PAKAI D.L FD
SELEPAS 2 MINGGU MENGGUNAKAN D.L FD
(Bekas jerawat semakin hilang, flawless, glowing)
Cara nak guna memang senang!!!.. Just dap dap kat muka dan sapu. Tak payah pakai bedak, dah nampak flawless tau!! bau dia pun sedap macam krim siang!!!
(Boleh ushar IG deena.leeza untuk lebih banyak testimoni!!)
Mana nak dapatkan Deena.Leeza Foundation ni??
WHATSAPP 013-3338939
WHATSAPP 013-3338939
IG @deena.leeza
FB deena.leeza
PROMOSI!!!
Khas untuk pembaca pupeliyana.blogspot.com
Hanya RM15!! (Tidak termasuk postage!!)
(NP RM21.00)
















