Selamat Datang 2017

3:54 PTG

السلام عليكم

Dah sembilan hari masuk 2017 baru nak up entri apa kehalnya ni? Hahahah. kalau dulu hari-hari updated blog ye. Sekarang payah ye..

Alhamdulilah 2016 telah kita lalui. Suka duka kita tempuhi. 2017 bermula dengan dugaan. Oh dugaan betul bila kereta rosak lagi. Hahaha.. En suami aku bawa keta sagaku pergi kerja... pagi-pagi call bagitahu kereta rosak. Kene TOP OVERHAUL. Masyak-masyak padahal 3hb tu hari pertama kerja tahun 2017 kebetulan dapat Bantuan Kewangan kan orang gomen~ HAHA. nak nages rasanya. Dugaan tuhh. Nasib ada abang kita yang duk sini kan.. Dia banyak tolong. Rasa ada ayoh gitu.. 



kereta ni memang perangai sikit kalau bau DUIT hahah.


Selain dari itu.. awal tahun ni kerja dina asik jatuh je. HABIS merah-merah berdarah luka hidung mulut dia. Dah lasak kan.. Dah setahun 9 bulan. Kejab je masa berlalu beb.. Dulu asik merintih kat blog ni nak anak. Dah ada anak malas pulak nak updated blog apa punye perangai?



Lepas jatuh mulut berdarah
tapi maintain senyum
Konsepnya jatuh sendiri so tak nages
cuba kalau ORANG BUAT DIA.. 
teresak-esak macam drama kul 7 petang.

Dina sekarang udah besar. Udah paham banyak benda. Udah petah bercakap. Dah pandai meminta dan menolak tapi Alhamdulilah masih menyusu badan biarpun dah campur kan?



"Mama, bawak"
"tak payah dina"
"arghhh bawak"


semua benda dia nak bawa pergi rumah mama pengasuh dia

Sekarang pun dah pandai pagi-pagi kejut mama dia nak sarapan. Mama, mama.. selagi tak bangun selagi tu dia panggil. Kang dah siap makan, gosok-gosok mata. Lepastu dengar je aku cakap "Jom tido" terus masuk bilik suh aku baring sebab dia nak nyusu. Ini budak tak nak baring depan TV. Mesti masuk bilik kalau nak tido tau.


Dina sarapan roti telur cecah sos
Makan dah pandai minta cecah
Pedas pon bedal.

Dan dah juga pandai buat perangai meminta nak main mainan kat Arked. Kalau nampak belon macam kene sampuk selagi tak dapat menjerit kuat-kuat. Udahnya kalau keluar dengan dia, balik wajib bawa balik belon. Memang dia sekarang kemaruk dengan belon.





ayah tengah pujuk ajak balik sebab dah habis RM20 kat mesin ni.



Alhamdulilah syukur ya Allah diberi kesempatan merasai tahun 2017. Semoga tahun 2017 membawa sinar kepada kami sekeluarga. Semoga kami makin bahagia. Dina membesar dengan jayanya, Bisnes semakin berkembang dan semoga ada peningkatan untuk kerjaya aku dan suami aku. Amin



Anak no 2?



NO! Belum lagi.


You Might Also Like

0 Komen