DOWN

10:36 PG


السلام عليكم





Pernah tak korang rasa down? down sangat-sangat. Macam orang ada masaalah tapi tak kuasa nak cerita kat orang. Mungkin terlalu penat, atau terlalu stress? Aku pernah. Baru-baru ni aku rasa dekat setahun juga nak hilang perasaan tu. Baru ok tapi sekarang rasa nak jadi balik. Aduh mohon jauhkan. 

Aku rasa benda ni jadi kat aku masa aku baru keluar dari Unit lama masuk Bahagian baru. Aku rasa tak boleh terima tak boleh hadap situasi tu. Aku kene mula balik. Kenal dari A-Z, belajar dari A-Z benda yang satu hapah aku tak tahu. Bagus tapi aku akui banyak benda kene belajar.. banyak benda aku tak tahu. Banyak benda aku kene hadap, kene tahan.

"Awak tak tahu?" ye aku tak tahu. Aku mengaku sebab dulu tak buat kerja macam ni, semua benda ni baru. Aku kene cakap benda tu asalkan orang tak cop aku ni macam tak tahu apa-apa. Orang nak cop pon lantak sebab aku memang tak dapat nak elak benda tu.

Aku mula tak de masa untuk orang apatah lagi diri sendiri. Time tu mak aku kan baru lepas oprate buang kaki dan mereka duduk rumah aku. Time tu aku pergi kerja, dina pulak baru makan, pagi-pagi dah bangun nak sediakan bekalan dia, pahtu tengahari balik kadang-kadang masak, kadang-kadang balik makan tapi ada tetamu kat rumah ramai sangat semua pakat nak melawat kan. Lepastu malam pun tidur lambat, dina nyusu.

Hari cuti jangan cakap memang tak rehat sebab ramai tetamu. Memang penuh rumah. Penat jangan cakaplah tapi orang nak datang melawat mak, dapur tu tak berhenti masak, cerek air tak berhenti masak air hahaha. Syukur abg aku jual sate tu kan pandai masak. Dia masak aku tolong cucuk sate dia. Sate dia pulak time tu baru je TOP MELETOP ada orang share kat Siakap Keli rasa nak tercabut tangan.

Tapi kat tempat kerja memang rasa down. Baju malas nak gosok, muka malas nak tempek bedak. Badan penat, kene curi masa untuk pam susu. Dah bagitahu bos tapi sesetengah orang yang tak tahu memang tak tahu akan kata aku hilang sampai aku rasa malas nak pam susu. Udahnya tengahari je aku balik pam susu. Jadual mengepam makin tak menentu. Susu mula tak banyak. Tepat 1 Tahun 2 Bulan aku dah tak dapat nak supply susu buat dina kat rumah pengasuh. Dina mula susu formula tapi alhamdulilah masih susu badan sampai sekarang pada waktu malam NON-STOP aduh sakit pinggang mak ko dik hehehe. 

Ada satu masa tu aku mengalami masalah alergik kat muka aku. Aku rasa berbulan sampai lepas raya. Tak baik-baik. Pakai ape je kulit melepuh. Sakit, terkopek.. Aku tak leh makeup.. Muka sakit.. Tak boleh kene panas. Sakit. (Mujur ada Deena Leeza Foundation. Aku pakai tu 2 minggu terus ok terus yakin nak jual tauuu!) 



                 

 Selepas v Sebelum

Masa tu mak aku dah pindah dengkil. Laki aku kerja dah mula tak menentu. Hari-hari dengkil-putrajaya tiap petang. Lagi-lagi bulan puasa kan kesian mak aku takde orang teman abg aku g niaga. Lepas tu suami aku pulak kilangnya lingkup. DOWN sangat tuhan je tahu. Alhamdulilah laki aku dapat kerja baru walaupon dia kerja macam nak mati tak balik-balik wei. kul 3 pagi aku ni masih tunggu laki aku balik. Sopsop. Bersyukurlah korang dapat suami kerja Opis Hour tau. Laki aku? nampak bantal je atas tilam orangnya takde HAHA.

Berapa masa nak pulih memang payah. Aku tak cerita kat orang aku down tapi orang kalau nampak muka aku mesti boleh rasa aku bermasaalah tapi aku tak cerita. Cerita kat laki aku masuk telinga kanan keluar lalu kentot.

Sekarang ni aku kene masuk unit baru. Unit yang asing bagi aku. Aku hampir nak down tapi aku belajar balik sikit-sikit. Orang nak kata aku tak tahu ke bodoh ke lantak. Ajar aku kalau korang rasa aku bodoh. Yang penting kul 5.30 nak balik hambek anak weii.. 

Don't give up, I won't give up
Don't give up, no no no
Don't give up, I won't give up
Don't give up, no no no

You Might Also Like

0 Komen