Family Time

11:07 PG


السلام عليكم

Sejak dua menjak ni. Sejak ada anak ni.. masa agak laju berjalan. Mana nak keja, urus anak, melawat mak dekat dengkil. Kadang-kadang bangun seawal 6 pagi tidur selewat 3 pagi dah jadi kebiasaan. Lagi-lagi suami aku sekaran busy bebenor dengan kerja. Kadang aku rasa mamat ni tak nak balik rumah ke sebab kerja dia banyak sangat. Tak boleh balik awal. Paling awal 8 malam sayang. Biasa je dia balik kul 10-12 malam. Sopsop.

Kenkadang kita dok merugut juga tapi nak buat macam mana dah kerja kan. Best boleh OT tapi OT jadi wajib tu payah. Sesekali dapat lah curi suami aku ni. Hari ahad je dia tak kerja itupon madang tidur sebab kepenatan. 

Kim Dina dah besar. Dah pandai nak berjalan. Pagi-pagi mintak mandi, pakai baju dan pakai kasut nak melawa. Hari sabtu ayah kerja. Dia sibuk nak berjalan. Udahnya plan nak duduk rumah hari sabtu tak jadi. Terpaksa gak ke Dengkil g rumah atok sebab kat sana ramai yang melayan. Rumahku tongkang karam tak sempat kemas hehehe..

Sekarang ada masa je ajak laki aku bawa dina pergi ke depan Perbadanan Putrajaya sebab ada padang lapang tu khen. Ajak main belon. Suka dia :)










Dok kejar belon. Dok lari-lari seronok dia. Petang-petang sebelum maghrib atau malam-malam best bawa dina lepak sini tapi kene pastikan ayahnya ada nak mengejar kalau tak matilanak. Mak pancit nak keja sebab dah gemuk.

Diam tak diam dah 1 tahun 6 bulan anak mak. Dah pandai berlari, berjalan. Dah pandai membebel, mengadu.. "Mama, mama %eq7r7q0 mama" Seronok dengar dia dok bercakap. "Mama, mama petepetebang (kapal terbang) mama". :)


You Might Also Like

0 Komen