Aku Seorang Penjual Online

3:50 PTG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!
 
 

Hari ini aku ada kelapangan sikit untuk menulis kat belog ni. Sian dah berabuk lama benor. Ok hari ni aku nak share pengalaman menjadi seorang penjual online yang tak ramai orang tahu atau tak nak ambil tahu.

1. BAYAR HARI NI SAMPAI ESOK

Ini mungkin akan terjadi kalau aku memiliki POSLAJU/Syarikat Penghantaran Laju yang lain. Kenapa aku kata macam ni? Sebab!! Ramai yang fikir bila dia bayar hari ni, barang mesti sampai kat tangan pada keesokkan harinya. Lambat sampai terus kene chop penipu.

Adik-adik, berdasarkan pengalaman akak, kalau ko bayar sebelum kul 12 tengahari, itu mungkin boleh. Sebab? Akak dengan lajunya akan packing barang, tulis slip, jam tepat pukul 1 terus ke kaunter Pos Laju dan hantar barang korang. Kalau selepas pukul 12 bayaran terima memang akak tak janji esok dapat sebab kalau sempat, mungkin akan pos pada sebelah petang tapi kene ingat kebanyakkan seller online akan pergi 1 kali sehari sahaja. Itu pon dah kire terbaik. Mana ada orang nak buang masa kat kaunter POS LAJU yang sangat-sangat ramai orang dik. Walhal seller yang besar kire jerung pon guna POSLAJU PICKUP xakan pos hari yang sama kalau diaorang terima bayaran selepas jam 1. Sebab lepas terima bayaran, nak bungkus, isi slip semua makan masa.

2. FREE POSTAGE / POSTAGE MAHAL

Ramai anggap kos postage ini patut ditanggung oleh penjual dan menganggap bayaran postage yang dikenakan MAHAL. Kos postage pembelilah kene tanggung. Ibaratnya kamu pergi kedai, isi minyak kereta motor, itu lah kos postage bagi kami. TAHUKAH KAMU? Sebenarnya kami tidak mengambil keuntungan dari POSTAGE tersebut. Contoh sekarang, barang bawah 500GM kami guna Prepaid Pos Laju berharga RM7++ (Termasuk GST) bagi Semenanjung Malaysia dan kami kenekan RM8 kepada kamu. See. kami tak ambil untung pon dik? kenapa kata tak ambil untung? kerana baki beberapa puluh sen dari pos tadi adalah upah kami menunggu, upah kami ke pos laju.. KAMI TAK UNTUNG & TAK MENGENAKAN POSTAGE YANG MAHAL MELAINKAN HARGA POSTAGE SEKARANG MEMANG MAHAL.

3. MINTA KURANG

Ini biasa terjadi. Ye biasa dan kami telah bersedia. Tapi akak memang jenis tak sampai hati. Jadi akak akan ready dengan free gift atau ayat manis lain. Sebab sekarang ni, boleh kata perang harga juga. Pembeli berminat untuk membeli pada harga PALING MURAH & FREE POSTAGE yang kadang-kadang kami penjual online tak dapat beri. Tadah teling kalau pembeli kata "Mahalnya, penjual A jual lagi murah.. Kalau gitu anggap jelah bukan rezeki kita"

4.DROPSHIP



Ramai antara penjual sekarang merupakan DROPSHIP. Tahukan dropship tu apa. Orang yang jual barang tanpa menyimpan barang. Bermakna dia hanya orang tengah yang mendapat keuntungan untuk jualkan barang orang lain. Bagus dropship ni. Pada tahun 2013 aku merupakan salah seorang DROSPHIP. tapi ada juga kelemahannya. Kelemahan bila Dropship ni tak kenal betul-betul Supplier dia. Percaya 100% sehinggakan barang tak sampai (Supplier MENIPU). Lepastu kene maklum untuk dropship ni, makan masa. Dapat pulak customer yang tak geti sabar, baru bayar seminit dah mintak tracking number memang haru. Sebab kita sebagai dropship pula nak kene bayar dan updated dekat supplier , supplier nak packing dan tulis slip. Dapat supplier jerung yang beribu order dia masuk memang makan masa dan dapat pembeli tak geti bahasa memang haru. Sebab tu ayat kene manis, kene banyak sabar. Jangan pembeli melompat ko ikut melompat. Pastu ko lepas tangan. Cakap tak tahu pulak. Ayat nak uruskan pembeli tu penting sangat. 

4. BARANG TAK SAMPAI / BARANG SAYA KAT MANA??

 

Pengalaman aku, memang kita dah bagi siap-siap tracking number, tapi ada sesetengah customer kita yang memang tak tahu nk check macam mana, atau malas atau sebab dia dah beli dengan kita, kita kene checkkan untuk dia. --> TRACK & TRACE POS LAJU. Ye memang ada. Aku pernah banyak kali jumpe customer macam ni. Yang mana tak tahu check memang aku tolong checkkan dan bagitau barang dah sampai mana, anggaran barang sampai bila, siap call 1300300300 (POS MALAYSIA) TENGOK! Siap hafal! hehe. Ada juga yang salah bagi poskod barang tak sampai. Mana yang pemalas nak check tu pon aku tolong checkkan miskipon tenet macam siput kat kampung HAHAHA.. Lepas tu kalau ada perangai POS LAJU MACAM GAMPANG tak tinggal slip ketika customer takde kat rumah, tahu-tahu kat web tulis kene ambil sendiri, memang aku call pos laju tu suh hantar balik/macam mana cara pon lah. Memang kita kene handle benda-benda macam ni. Jangan melenting, layan dengan sabar. Bila kita layan depa, depa suka beli dengan kita. Jangan dia melompat ko ikut melompat. Ingat pesan aku hati kene kental.

Apa lagi? eh banyak lagi sebenarnya. Tapi opis aku ni sejuk gile. Beku pulak nak menaip panjang-panjang.. Nantilah sambung. Ok INGAN PESAN AKAK "HATI KENE KENTAL, BANYAK BERSABAR"



You Might Also Like

0 Komen