Uhuuiii sejak tahun lepas kerja aku ni asik kene pindah pejabat aje.. Dari aras 13 pie 8 pastu turun 7.. 3 kali pindah waktu mengandung. Ni lepas 7 bulan beranak, pindah lagi aras 8 balik.. Letih betul aku rasa. Tapi pindah kali ni aku tak tolong mana ponn. Sebab aku czer kan baru lagi so aku malehh nak angkat-angkat. Mover pon ada.. Aku pack sikit-sikit je..
Aku siap kemas lawa-lawa dah tempat aku.. Cun la konon-kononnya..
Semalam aku baru je kutuk tak boleh buka blog guna WiFi opis, hari ni boleh pulak.. saje je nak suruh aku updated blog kan kan.. aduhai mata aku ngantuk ni.. dari aku layan mata sampai terlelap baik aku buat kerja berfaedah time takde kerja ni..
Pejam celik pejam celik dah setengah tahun usia anak aku..kim Adeleena. eh kejap kim, kejab dina, kejab nurdina pastu kim adeleena ehhhhh banyaknyaaa namaaaa aku pon kompiussss dah..
Nurdina sekarang udahh start melasak. Melasak minah tu komainnnnn kau.. Sekarang dah pandai angkat bontot (meniarap) pastu dah pandai mengesot.. Kejab je aku letak kat tempat lain, belum aku duduk dia dah kat tempat lain..
*abaikan buaian belakang.. anak aku tak pakai buaian.
tu buaian akak aku..
Kalau dia tidur... punya terkapang.. tangan terbuka kaki terbuka.. Lepas tu mana kita baring situ juga dia nak menyempit. Style dia tidur, menyusu dulu dengan aku pastu dah siap dia berpusing-pusing-pusing sampai jumpe tempat yang betul2 sedap dengan dia pastu tidur. Kebiasaannya meniaraplah. Pastu kang kalau nak susu lagi dia bangun mata tak buka tapi menagis mulut cari txtxk hahaha..
*ni jadi kalau tidur atas katil.
aku pon pening nak menyelit mana
Pastu mulut dia mak datuk kuat bebel dah sekarang. Babababa Tatatata Tehtehteh Aaaaa Oooo.. ni antara yang dia dah pandai sebut. Bila perkataan ni bersambung entah bahasa apa jadinya dahhhh.. Kalau dalam kereta memang duduk dalam car seat sambil membebellah dia. Agaknya dia cerita kat rumah mama main apa, buat apa.. haha
*muka masham sebab ibu lambat bangun nak hantar g umah mama
sampai pintu umah mama dah tak moh pandang ibu.. tunggu sampai mama buka pintu.
Sekarang nurdina juga dah pandai menegur orang. Eh eh eh.. sambil dagu ke atas. Habis orang semua dia tegur lagi-lagi kalau dalam lif. Dia punya pandangan macam bak kata laki aku "tembus mata orang". tapi alhamdulilah anak aku ni murah senyuman macam ayah dia.
Mudah aku rasa jaga anak aku ni. syukur sangat-sangat cuma time dia demam.. mang tak moh langsung berenggang dengan aku. Dengan ayah dia habis kene buli. Tak moh letak nak dukung je. Tapi kalau ada aku, demam-demam pon dia bergolek-golek sambil ketawa.
*demam-demam pon senyumm :)
syukur emas yang ku nanti dalam penantian yang panjang ini membesar dengan sebaiknya
(moga-moga ada rezeki juga kepada sahabat yang menanti.. sabar itu kunci kekuatan)
Huuii lama wei tak updated blog. Tak sempat wei. Kalau dulu sempat balik kerja buka laptop sekarang aku tengok kecik beso kecik beso je laptop aku tu dah berabuk. Sikit hari aku lupa aku letak mana hahaha. Balik je sibuk belek anak. Muahahaha.
Sekarang, mak n abg aku dah dok sama kitaorang so sekarang aku tambah belek mak dengan belek sate. Eh aku sebenarnya nak cerita pasal sate abang aku.. apesal banyak bebeno aku melalut ni.
Ok. Abang aku niaga sate dah lama dahhh. Rasanya mau dah 8 tahun sejak arwah ayah aku meninggal, dia stop niaga nasi lemak dengan mak aku sebab mak aku dah tak de semangat (sebab dulu niaga dengan arwah ayah aku, pagi-pagi mak buat nasi lemak memang arwah ayah yang tolong). Aku ingat lagi, pagi-pagi pergi latihan industri dengan abang aku pastu rembat nasi lemak dan kuih yang dia jual sebelum naik bas. Memang syok!!..
Abang aku ni bukan tak pandai. Dia pandai.. tapi bab pelajaran dia kurang minat. Tapi kau suruh dia buat rumah.. jadik.. suruh masak semua masakan dia sedap. Dia serba boleh itu kelebihan dia. Dia terang-terang cakap malas nak belajar tapi dia suka belajar benda yang boleh buat duit muahaha.
Dulu dia sekolah dekat SMT/V Sungai Abong jurusan katering dan sambung belajar dalam bidang sama dekat Baitulmal punya kolej.. Lepas tu dia kerja di Hospital (bhg masak-masak juga), restoren ayam mas dan balik kampung selepas dia sakit. Dalam setahun dia sakit tak boleh bangun kami adik beradik dan mak jaga dia.. Lepas setahun dia baik dan sejak dari tu, dia memang meniaga untuk cari duit poket start dari niaga nasi lemak la..
Sekarang ni, oleh sebab mak sakit, kami ajak dia berhijrah dekat sini sebab kat kampung, bila dia pergi niaga, mak nak ikut. Dia tak bagi tapi risau gak mak sorang-sorang kat rumah dan sekarang mak terpaksa potong kaki kerana sakit kencing manis. So bagi memudahkan mak dan dia juga, aku ajak duduk rumah kuarters yang aku pinjam dari kerajaan malaysia ni dan ajak dia meniaga sini.
Alhamdulilah, campak mana je abang aku ni memang boleh hidup. Buat sendiri sate dari A-Z , resepi asli sendiri yang dia tak belajar dari mana-mana, sekarang dia meniaga di Pekan Dengkil, berhampiran Restoren Ayam Mas / KFC. Kalau sapa-sapa nak rasa mehlah datang beli. Cuma 50sen secucuk daging/ayam.
(p/s: model tangan ni laki aku hahaha)
Harga jual kat kampung kami dulu (niaga depan Bestfull Parit Jawa) ialah 40sen (start bulan 4 2015 sebelum ni 35sen) (mula niaga 8 tahun lepas dengan harga 25sen naik dari tahun ke tahun (25-30-35sen) kerana harga barang yang semakin meningkat..) tapi sebab kami berniaga di kawasan bandar, kami besarkan sikit sesuai dengan harga 50sen ye.. Jangan la mintak besar RM1 untuk harga 50sen kami tapi kami janji dengan 50sen yang anda beli secucuk tu, berbaloi.. hikhik..
(model laki aku.. kalau g beli, jumpe mamat ni cakap kat dia.. kirim salam kat ibu kim)
HAHAHAHA
Sate ni kami potong hari-hari cucuk hari-hari niaga hari-hari sama dengan kuah kacang. Takde simpan-simpan punya.. Kami terima gak tempahan untuk majlis keraian sebab memang ada pengalaman ngipas sate kat rumah orang kawen, open house dan sebagainya. Biasanya raya memang penuh tempahan alhamdulilah. Tak sangka sebenarnya haritu ada orang baik hati yang viralkan pasal abang dekat facebook (MASAK APA HARI INI) dan aku saja buat post nak bagitau yang kami dah berpindah tuptup viral kat Siakap Keli.. Alhamdulilah dan terima kasih semua.
*ramai pertikaikan dia bawa perdana
abang aku baru beli kereta tu. selama ni dia pakai saga tahun 90an
nak bawa saga tu ke Putrajaya rosak tengah jalan patah balik..
so terpaksa guna kereta ni untuk niaga.
sebenarnya kereta ni dia beli nak selesa jalan jauh bawa mak aku tu hikhik
Antara komen-komen yang aku dapat printscreen. Thanks semua:)
Fuhhh. Jenuh aku mentelaah botol NUK dan putingnya. Anak aku kan pakai botol NUK.. tapi bile kita beli botol tu.. dia datang dengan puting yang flownya laju walaupon kita beli ikut umur baby kita iaitu 0-6 Bulan. Untuk yang wideneck pulak, dia datang dengan puting silicon. Xdop latex. ada pon kita kene beli puting lain dalam RM24 sepasang.. gitu..
So aku ni mikir-mikir, ushar sana sini.. jumpe satu IG jual botol Nuk dan putingnya. Puas aku tanya orang niaga ni pasal puting NUK ni. tapi yang aku geram, belum habis tanya, dia dah totalkan apa yang aku tanya tu. Hendak tak hendak malu punya pasal aku beliiiiiiiiiiii je sumeeee. Fuh..
Harga botol wideneck ni 2x ganda harga classic punye kau
hey! kenapalah mahal sangat!..
Aku tanya dia pasal puting ni. Selain flow dia kata ada size. Pening aku mikir size macam mana? putingnya lagi beso ke hapeh?? dia cakap Size la setiap puting ada size. S L M.. entah pening aku fikir dia dah total ni.. So aku ambik jela size S.. Aku beli wideneck punya.. sebab dia tak jual puting Classic pulak. hoho.Ok sekali datang puting size S ni.. yang aku tau.. bezanya, size S ni sesuai untuk susu ibu. dan dia punya lubang keluar susu tu kecil je. Sebelum ni aku ada beli dekat gardien, rupanya size M!! So dia punya lubang tu berbentuk X dan flow dia sangaaaat laju... Ni aku tunjuk puting botol anak aku yang size S
Bodoh betul aku rasa pasal NUK ni sebab tak ramai yang guna NUK so tak boleh nak refer sapa-sapa. Kawan-kawan ramai anak diaorang pakai TT je kan.. Semalam aku pergi gardien alamanda.. ada pulak promosi puting murahhhhh. pastu ada pulak puting latex ni untuk umur 0-6m size s! marah betul aku. dah pasni aku g beli gardien je muraaaaaaaaaaah ada promosi 2pax (4teats RM27.28) takpe khamis ni gaji aku borong puting ni haaaa. Tapi puting wideneck xdee.. wideneck ni 2teats RM24 aku beli online..
p/s: sempat aku snap sebab takut lupa HAHAHA
WISHLIST! 2015 Limited Editon Nuk!
aku dok tanya2 seller ramai yang x ambik stok baru sebab currency! huwaa
i need purple ni!.. kat korea ada jual RM60++ lom masuk pos kau!!
Alhamdulilah.. Dah lama bergelut dengan masalah dina tak moh botol susu.. sekarang ni dengan izin Allah, dina dah maooo isap susu. Kisahnya lepas jumpa mama pengasuh.. tekad kene cari pengasuh.. tak boleh biar duduk taska dan ulang alik sampai 2-3 kali sehari.. masyak oii.. Lepas tu rajin pujuk, cakap lepas ni mama tak hantar dina taska dah.. mama tau dina tak suka taska.. mama hantar pengasuh.. Haritu kita dah jumpa mama pengasuh.. dina suka kan? ha kauuu pandai-pandai je aku mengayat budak sorang ni..
Kisahnya dia nak minum botol ni bila mama pengasuh cadangkan aku beli botol nuk. Sebelum ni dah beli kan.. dah guna puting kuning nuk tu.. dia nak kejab je masa mak ngah dia datang jaga dia ritu.. pastu tak mooo dah.. mama pengasuh suruh pakai puting putih tapi dia tak mooo. try puting kuning.. Aku suruh laki aku yang bagi sebab aku sibuk nak basuh pinggan kemas umah pasal malam tu nak gerak balik kampung.
pilihan nurdina..
NUK
Tup-tup bunyi kecap kecap.. dia berdua dengan bapak dia.. Habis dia sedut 1oz. Alhamdulilah. Kat kampung aku try lagi.. tak berapa nak.. dalam setengah oz dia minum. Oklah tu.. daripada tak minum. Kemudian hari rabu aku hantar umah pengasuh, mama pengasuh cakap helok je minum 2oz tak habis tapi ok lah kenyang..
Mama pengasuh cakap dina minum tak banyak. Kalau tak maoo dia tolak-tolak pakai lidah dia. Tapi 1st time 4botol susu aku sediakan, habis 3 berbaki 1. yang 1 botol tu penuh so myb mama pengasuh bagi 2 kali.
Seketul Nurdina
-pic mama pengasuh hantoo-
Alhamdulilah.. dengan mama pengasuh pon helok je dia mandi, minum, main. Mama pengasuh pon setakat ni aku puas hati. Kuku anak aku yang panjang tu habis dia kerjakan. Aku tak dan nak potong sebab biasanya tunggu dina tidur baru potong tapi biasanya mak dah membongkang dulu anak tak tidur lagi huaaaa huaaaa.. habis dia main jerit-jerit dengan ayah dia. tah apa dia bebel. mama dia dah jauh ke london dah.. kang nak tidur sangat ayah dia gerak aku "yang..yang anak nak tidur..ngempengkan dia kejab" ha gitu. Kesian aku tengok laki aku kene tunggu dina tidur baru dia dapat tidur. Maaflah yang.. nasib dia ok.. Pagi aku bangun awal.. Malam dia pulak tidur lewat kira adillah kan.
Setakat ni alhamdulilah laki aku banyak tolong. Sidai baju basuh baju.. tapau makanan. Dia takde paksa masak pasal dia tau bini dia tak dan nak masak. tapi kadang-kadang aku masak juga tapi lepas dia balik kerja pasal anak aku sekarang tengah giat berguling. Nak meniarap aje kerjanyaaaaaa. sabaujela..
Nurdinaaaaaa.. (mak ngah panggil macam tuh. kahkah) masih tak moooooooooooooo botol. Haaa kau panjang ooooo aku taip. Memang aku sebagai seorang ibu yang bekerja rungsing. Kalau AKU KAYOOO mang aku sanggup benti kerja/cuti tanpa gaji sampai dina pandai isap botol. Namun, tuhan dah tentukan rezeki aku macam ni je.. (aku redha) tapi.. aku sedih sangat.
Nak g kerja hati ni punye gusar.. Nak keluar nyusu aku takut orang mengata. Aku pon serba salah dengan partner kerja aku. Tapi... masalah ni aku mang tak jumpa jalan keluar. Dah macam-macam trik, usaha, doa, iktiar aku buat tapi Dina lom terbuka pintu hati nak menerima botol.
Bukannya aku tak suka anak aku susu direct. Dulu masa aku keluar hospital... Dina tolak direct dengan aku.. aku menagis. Hari-hari doa biar dia minum direct.. Tapi bila dah nak minum, dia terus lupa minum botol.. aku risau pasal aku kerja. Bukan aku tak bersyukur... Alhamdulilah Allah bagi kemudahan untuk aku berjimat tang susu.. tapi aku sedih sebab aku tak tegar tinggalkan dia pergi kerja dengan keadaan dia menolak minum botol walaupon aku beri susu yang aku pam..
Sekarang jadual aku pack. Sebelum kul 7 dah kene keluar rumah. Kene pastikan sampai taska sebelum kul 7.20 sebab ada kemungkinan dina nak menyusu sebelum aku pergi kerja. Pukul 10 atau 10.30 aku dah kene ada kat taska untuk menyusukan dina. begitu juga pukul 12 atau 12.30. Kalau tak, dina menagis cari aku. Aku bekalkan susu perahan tapi cikgu kata dia menolak sehabisnya..
Biasa pukul 12.30 aku akan tunggu sampai pukul 2.30. Maksudnya banyak kali aku susukan dia pada waktu tengahari sampai dia betul-betul kenyang dan boleh tahan sampai pukul 5. Biasanya ngam-ngam sampai rumah dia dah nak susu..
Dina punye peel bila dia menolak susu botol, dia sanggup tidur daripada minum susu botol yang cikgu tenyeh kat mulut dia. Kesian dekat cikgu sebab bila dia menolak botol, dia nak tidur tu tak mau diletak. Jadi terpaksalah cikgu pegang sampai tertidur..
Cikgu kat taska kata Dina pelik tak mahu botol.. Aku pula puas usaha nak bagi, tapi akibatnya dia asik merajuk dengan aku sampai asik menagis dalam tidur. Melalak jangan cakaplah.. abis ditepis botol. Kepandaian baru dia, buat mulut muncung itik untuk elak puting tu masuk dalam mulut.
Dalam kegusaran ini aku redha kalau ini bahagian aku sebab aku lambat nak dapat anak, mungkin DIA nak bagi aku masa bersama anak lebih sikit. Aku tahu.. yang susah ni sebenarnya ada hikmah disebaliknya dengan harapan suatu hari nanti Dina terbuka hati nak minum dalam botol supaya aku tak gusar dia kelaparan..
Dunia baru sudah bermula.. Kim Adelena dah puas dikelek dekat rumah. Minum nenen. Sekarang mama dah start kerja.. Dina dah kene hantar taska. *Dina nama yang aku panggil dari dalam pantang.. (Nak panggil KIM masa tu malu sebab mak den.. abang den ada kat kampung.. HAHA.. Lekatlah nama dina tu sampai sekarang. Lagipun masa dina kuat nages, ada atok sedara belah arwah ayah aku cakap nama dina banyak sangat emas. Berat. So dia suruh cari nama panggilan lain dari nama asal)
Dina takde masalah apa pon. Senang dijaga cuma masa dalam pantang tu biasalah.. Dia memula asik nages je. Rupanya dia lapar. Susu aku masa tu sikit sangat. So bila dia isap keluar air liur dia sendiri plus dia tak pandai ngisap lagi. Asik terlepas je puting txtxt tu. Haha. Mengamuklah dia..
Kemudian bila aku berurut, susu jadi banyak sangat. Alhamdulilah. Kalau pam pagi-pagi nak dapat 5oz mang senang. Tapi masaalahnya dina tak moh menyusu direct. Kisahnya aku ni berurut. Bidan kampung tu sapu sekali param dekat txtxt aku. Bila dina nak isap.. dia bau param.. busuk kot. Terus dia mengamuk bila aku suakan. So aku gigihlah mengepam susu. Breast Pump Tommie Tippie yang aku beli cepat je campung gara-gara aku asik ngepam. Tengah ngepam je terus tuang dekat botol susu, mak aku dok bagi dina nyusu guna botol. aku pam lagi. Masa tu 4oz pon tak cukup. Gilelah kuat minah tu menyusu.. Mang botol Tommie Tippie tu kesukaan dialah..
Satu hari tu. Dina asik melalak je.. Bagi susu habis. Bagi lagi habis. Akak aku cakap, cuba bagi minum susu badan. So aku suakan terus senyap kau.. Kemudian selepas tu bila siang dina minm dalam botol, malam aku susukan.
Sehinggalah satu hari tu mak aku masuk spital.. Aku tak dan nak pam dan panaskan susu yang dah difrozenkan. Kebetulan akak aku yang jaga aku pon balik rumah dia.. So 1 haritu aku bagi susu badan je.. Lepastu terus melekat. Dina mula tak moh botol.. Sekejab je dia dah lupa botol TT kesukaan dia..
Bila balik ke putrajaya.. Jenuh ku ajar minum pakai botol. Masa tu dah lepas hari, Mulalah pencarian botol yang sesuai untuk dina. Selepas TT. ada yang cadangkan aku beli NUK.. tapi masa tu aku cari Nuk tak de. Aku beli MAM
MAM ni berjasa time suami aku masuk spital selama 1 HARI jeee. Hahaha. Masa tu laki aku buang besi kat tangan dia. Aku mintak tolong mak aku datang ke sini dan jaga dina.. nak lah dia minum susu guna botol ni selama sehari. Lepas-lepas tu TAK HINGIN dia, Kasi macam mana pon mengamuk. Plus puting MAM ni air dia lajulah. Bukannya dina minum tapi air banyak tumpah kat baju je..
Kemudian, aku beli PIGEON. Pigeon ni aku beli seminggu dah nak naik kerja.. Tapi dia tak mauunya juga.Aku tukarkan dengan puting NUK pon tak hingin dia. Isap tapi yang keluarnya banyak. Masuk mulut tu takdenya ponnn.
Then aku beli seken botol MIMIJUMI yang sekarang dia masih pakai tapi tak nak minum juga pon alahainya tu.. Ko tengok muka dia minum guna botol ni.. Macam tak redha je kau dik.
Selepas MIMIJUMI ni aku ada bawa botol COMOTOMO. Masa dengan aku nak juga dia isap. Kat taska.. dia pandang pon tak mahu sampai merajuk 1 hari kau!!! Tengok cikgu taska sms. Dapat sms ni terus aku bawa balik.. Petang tu tak moo masuk taska terus aku half day.
Cikgu taska cakap, bawa MIMIJUMI jela pasni sebab MIMIJUMI dia tak tolak sangat. so aku anggaplah MIMIJUMI yang dia nak.. tapi HAHHA. takleh tanding nenen mama ye dik. KAHKAH. Berbalik pada COMOTOMO tu.. HAHAHA.. XTAU NAK CAKAPLAH. tersadailah situ.
So haritu aku ada letgo koleksi botol-botol dina ni. Bukan apa, nak topup cari yang lain. Dah dia tak maoo takkan nak paksa jugakan.. Xpelah dina.,. mama datang taska hari-hari bagi dina susu.. So aku sekarang dah macam part time kat taska HAHAHA
BYE-BYE KOLEKSI BOTOL DINA. aku jual dah botol banyak-banyak ni. laku kauu lagi TT hot item tapi maaplahh habis sudah. Yang ada pigeon RM5, COMOTOMO RM50, MAM RM15. kalau rasa-rasa ada yang nak beli mehlah email mazliana_maadam@yahoo.com
"Mama, dina tak mooh botol.. tak mbohh.. tak dap! haha"