Alahai Si Botol Susu

9:55 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Dunia baru sudah bermula..  Kim Adelena dah puas dikelek dekat rumah. Minum nenen. Sekarang mama dah start kerja.. Dina dah kene hantar taska. *Dina nama yang aku panggil dari dalam pantang.. (Nak panggil KIM masa tu malu sebab mak den.. abang den ada kat kampung.. HAHA.. Lekatlah nama dina tu sampai sekarang. Lagipun masa dina kuat nages, ada atok sedara belah arwah ayah aku cakap nama dina banyak sangat emas. Berat. So dia suruh cari nama panggilan lain dari nama asal)

Dina takde masalah apa pon. Senang dijaga cuma masa dalam pantang tu biasalah.. Dia memula asik nages je. Rupanya dia lapar. Susu aku masa tu sikit sangat. So bila dia isap keluar air liur dia sendiri plus dia tak pandai ngisap lagi. Asik terlepas je puting txtxt tu. Haha. Mengamuklah dia..

Kemudian bila aku berurut, susu jadi banyak sangat. Alhamdulilah. Kalau pam pagi-pagi nak dapat 5oz mang senang. Tapi masaalahnya dina tak moh menyusu direct. Kisahnya aku ni berurut. Bidan kampung tu sapu sekali param dekat txtxt aku. Bila dina nak isap.. dia bau param.. busuk kot. Terus dia mengamuk bila aku suakan. So aku gigihlah mengepam susu. Breast Pump Tommie Tippie yang aku beli cepat je campung gara-gara aku asik ngepam. Tengah ngepam je terus tuang dekat botol susu, mak aku dok bagi dina nyusu guna botol. aku pam lagi. Masa tu 4oz pon tak cukup. Gilelah kuat minah tu menyusu.. Mang botol Tommie Tippie tu kesukaan dialah..

Satu hari tu. Dina asik melalak je.. Bagi susu habis. Bagi lagi habis. Akak aku cakap, cuba bagi minum susu badan. So aku suakan terus senyap kau.. Kemudian selepas tu bila siang dina minm dalam botol, malam aku susukan.

Sehinggalah satu hari tu mak aku masuk spital.. Aku tak dan nak pam dan panaskan susu yang dah difrozenkan. Kebetulan akak aku yang jaga aku pon balik rumah dia.. So 1 haritu aku bagi susu badan je.. Lepastu terus melekat. Dina mula tak moh botol.. Sekejab je dia dah lupa botol TT kesukaan dia..

Bila balik ke putrajaya.. Jenuh ku ajar minum pakai botol. Masa tu dah lepas hari, Mulalah pencarian botol yang sesuai untuk dina. Selepas TT. ada yang cadangkan aku beli NUK.. tapi masa tu aku cari Nuk tak de. Aku beli MAM

MAM ni berjasa time suami aku masuk spital selama 1 HARI jeee. Hahaha. Masa tu laki aku buang besi kat tangan dia. Aku mintak tolong mak aku datang ke sini dan jaga dina.. nak lah dia minum susu guna botol ni selama sehari. Lepas-lepas tu TAK HINGIN dia, Kasi macam mana pon mengamuk. Plus puting MAM ni air dia lajulah. Bukannya dina minum tapi air banyak tumpah kat baju je..



Kemudian, aku beli PIGEON. Pigeon ni aku beli seminggu dah nak naik kerja.. Tapi dia tak mauunya juga.Aku tukarkan dengan puting NUK pon tak hingin dia. Isap tapi yang keluarnya banyak. Masuk mulut tu takdenya ponnn.





Then aku beli seken botol MIMIJUMI yang sekarang dia masih pakai tapi tak nak minum juga pon alahainya tu.. Ko tengok muka dia minum guna botol ni.. Macam tak redha je kau dik.



Selepas MIMIJUMI ni aku ada bawa botol COMOTOMO. Masa dengan aku nak juga dia isap. Kat taska.. dia pandang pon tak mahu sampai merajuk 1 hari kau!!! Tengok cikgu taska sms. Dapat sms ni terus aku bawa balik.. Petang tu tak moo masuk taska terus aku half day.



Cikgu taska cakap, bawa MIMIJUMI jela pasni sebab MIMIJUMI dia tak tolak sangat. so aku anggaplah MIMIJUMI yang dia nak.. tapi HAHHA. takleh tanding nenen mama ye dik. KAHKAH. Berbalik pada  COMOTOMO tu.. HAHAHA.. XTAU NAK CAKAPLAH. tersadailah situ.



So haritu aku ada letgo koleksi botol-botol dina ni. Bukan apa, nak topup cari yang lain. Dah dia tak maoo takkan nak paksa jugakan.. Xpelah dina.,. mama datang taska hari-hari bagi dina susu.. So aku sekarang dah macam part time kat taska HAHAHA


BYE-BYE KOLEKSI BOTOL DINA. aku jual dah botol banyak-banyak ni. laku kauu lagi TT hot item tapi maaplahh habis sudah. Yang ada pigeon RM5, COMOTOMO RM50, MAM RM15. kalau rasa-rasa ada yang nak beli mehlah email mazliana_maadam@yahoo.com



"Mama, dina tak mooh botol.. tak mbohh.. tak dap! haha"

You Might Also Like

0 Komen