Mazleeza Kim Adeleena

4:45 PTG


السلام عليكم 
안녕하세요!!

Alhamdulilah. Syukur alhamdulilah.. Setelah sekian lama menanti, akhirnya aku laki bini dikurniakan seorang anak perempuan yang bambam + mengada-ngada dan bijak pandai insyaallah (puji anak sendiri).


Nama

Mazleeza Kim Adeleena itulah nama permata hati kitaorang. Nama ni somi aku yang beria nak letak kecuali KIM tu. Kim = Emas, Adeleena =  Mulia dan Baik Hati (Bahasa Sepanyol ialah Adelina) . Asalnya aku tak tahu apa maksud MAZLEEZA tu tapi baru-baru ni laki aku jelaskan kat aku. Maz untuk singkatan nama aku Mazliana. Lee untuk nama Adeleena dan Za adalah singkatan nama laki aku Zakaria. Boleh macam tu!

Pada mulanya kisah nama ni Mazleeza Adeleena tapi aku yang gile korea ni beria-ia nak letak nama KIM. Sebenarnya aku bengang dengan laki aku. Dia tak bagi can langsung aku pilih nama anak. Semua nama aku bagi dia bangkang. So aku ngusik dia.. Aku cakap penat aku mengandung tapi tak dapat pilih nama anak n aku nak nama KIM kat tengah-tengah tu. Tak kira juga..

Dia lama juga tak bersetuju tapi bila aku duduk-duduk kadang-kadang dia usap perut aku n pangil KIM..KIM.. ayah ni.. Tapi aku senyap jela.. Sampai lepas beranak.. Agaknya dia tengok aku punyelah lama dok dalam Labour Room tapi tak beranak beranak sampai kene Czer tu yang dia turutkan tu. Kahkah..

p/s: Kim = Emas.. ada maksud terindah sebaliknya nama kim ni bagi aku.. Bukan Kim Jong Kook atau Kim So Hyun tau

Habis pasal nama anak. Nah.. ku tempek gambo hari ke 2 Mazleeza Kim Adeleena menjengah dunia


Agak-agak sama dengan muka sapa?


Melahirkan 

Alhamdulilah.. urusan aku mengandungkan anak ini tak payah. Cuma aku mengalami cirit-birit sebelum aku tau aku mengandung dan aku mengalami sakit kepala sampai aku 4 bulan. Memang berkoyok kepala aku ni hari-hari siap dapat cop mohor kesan dari koyok yang ku tampal kat kepala ni. lain-lain.. aku kepenatan sebab 2 kali pindah randah opis lepas bos lama aku pindah dan unit dibubarkan jadi unit yang lain dan masuk bahagian lain. Bab cekap memang takde hal. cun je.. budak ni mang tak banyak ragam. Waktu dalam perut aku sental benda manis memang bahagialah dia..

Waktu aku melahirkan adalah selepas aku pas due seminggu. Kira aku beranak lepas 41 minggu dan 1 hari. Kisahnya aku tak de tanda nak bersalin langsung. Orang kata sakit senggugut sume takde kecuali keluar lendir putih sikit jeee. Hari due aku ilek je ulang alik sepital sebab melawat mak aku. Bukannya aku yang masuk spital tauuu.. 

Lepas due seminggu aku kene serah diri kat labour room.. 21hb pagi-pagi dah check in. Lepas tu dalam kul 10 dapat katil.. Lepas dapat katil dan tukar baju pink aku boleh keluar pergi kedai. Mampos kene perambat dengan staff nurse. Mana aku tau tak leh kuar wad hahahaha..

Pastu tengaharinya doktor cek jalan dan buat jalan. Baru 2cm. Peh 1st time kene godeh siot.. sakit gileeeeeeeeee puiiiiiii.. Lepas tu takde rasa apa-apa cuma aku mula keluar plug mucus itupon dah malam.. Jiran sebelah aku dah buat muka dengan aku.. sebab dia pon sama kene godeh bawah tu. Rupanya dia buat muka sebab dah rasa sakit. Aku ni tak rasa apa-apa.. Aku bantai tidur sampailah kul 5 pagi nurse dah kejut suruh mandi dan bersiap. Pagi-pagi cadangannya nak masuk ubat.

Tapi tak jadi masuk ubat sebab cek jalan.. jalan aku dah 3.. so kul 8 lepas serapan kene masuk labour room. Dalam kul 9 air ketuban dipecahkan dan diorg masuk induce drip dekat aku.. Yang aku faham nurse cakap gesaan nak beranak aku ni takde.. patutnya 10 minit 4 kali dan melebih 40saat setiap kali datang tapi aku 10 minit tu sekali pon payah dan sekali datang sakitnya dalam 30saat. Tapi 30saat tu sekali datang sakit oi oi.. 

Dah kul 12 cek jalan lagi buka 1cm lagi. Sakit gile houseman tu kerjakan aku.. Ada dia kata anak aku dah berak dalam perut sebenarnya yang dia jumpe tu mucus plug. aku pon pening dengan dia ni. dah la godeh sekuat hati dia je.. 

Pastu diselangi dengan paksaan ambik epidural. Aku ingat pesan kawan-kawan aku jangan ambik tapi aku ambik juga sebab aku tak tahan nurse dan doktor desak aku ambik juga.. sibuk macam lalat kacau daun aku menahan sakit yang datang dan air ketuban yang masih melimpah-limpah tu. Air ketuban jangan cakaplah memang banyak. Setahu aku kul 5,30 masa doktor pakar aku kata aku kene czer tu.. masa nak masukkan salur kencing tu mang masih keluar lagi air ketuban. Gilelah..

Eh.. pasal aku czer ialah gagal normal. tiada jalan ye 4cm dari kul 12-6.30 petang. Oleh sebab dah over 8jam air ketuban pecah, doktor takut baby lemas so aku kene tolak masuk OT.. Masuk OT tu aku takde nages. Aku dah tahap redha je sebab bagi aku apa-apa hal kene selamatkan anak aku.. Aku pandang je laki aku kejar aku masuk OT tapi diaorang tolak aku masuk OT punye laju.. Tak sempat nak drama sesaat pon.. Cuma sempat lambai laki aku.. n laki aku kejar sampai pintu pastu pintu tutup. Ha yang ni macam drama sikit.. 

Pastu aku ni maluu dah la kene bogel pastu selimut baju bedah macam tu je. Pulak yang angkat aku tu sume lelaki. Aku ingat lagi diorang berbual sama sendiri dengan mulut bau asam pedas. Siot betul, aku dah lama tak makan. Diaorang cakap "pehh kuatnya angkat". Dalam hati aku mesti perli aku ni sebab aku kan besar orangnya HAHAHA..

Pastu macam biasalah doktor bius datang dan terangkan pasal bius.. Masuk bilik bedah sejuk nak gile aku mengigil pastu kene bius. Doktor bius tu muda je, cantik dan lembut orangnya.. Doktor bedah pon sama.. Comel lote.. Lembut tapi tegas.. dan Alhamdulilah semua Melayu Islam Perempuan. Aku dengar la diorg dok bebel masa bedah tu. Tapi paling tak leh lupa bila baby nak keluar, doktor tu jerit Allahuakhbar banyak-banyak kali. Syukur..

Lepas baby keluar mang la kita nages dengar uwek uwekkk. hehehe.. pastu nurse datang dan bagi kita tengok jantina, ciumkan anak sume. Alhamdulilah. keluar sikecik molek tu.. Yang sadisnya dah keluar sikecik tu tapi bapaknya takde kat luar sebab ambik mak aku kat bawah.. Pastu takdenya dia tanya nurse baby dah keluar ke apa. Masing-masing tunggu aku kuar.. pastu aku tanya baby mana? dah azankan lom.. Laki aku sengih2 cakap entah-entah. Nak je aku jotos pale dia.. Dia maluu nak tanya kat nurse.. ceh..

Udah keluar bang oiii anaknyaaa.. ada kat nursery.. dalam kul 8 baru dia dapat jumpe..azankan.. pastu bila mak aku tanya "Mana anak ko ya.. yang tu ke?" - merujuk kepada baby yang nurse tengah sorong.. Dia leh jawab entah! hoi.. tu anak ko tu la. hahaha.. 

Wad

Aku bersalin dekat Hospital Batu Pahat so far sume ok kecuali nurse kat wad bersalin tu kerek semacam. Tak semua tak sesetengahnya lagi-lagi yang muda. yang tua-tua dan staff nurse ok pulak. Sepanjang duk wad tu aku rasa nurse kurang nak membantu sangat. Memang bagus dia suruh kita buat semua sendiri cuma cara dia tak nak membantu tu buat aku gerammm. Nasib aku ni penyabar hahahaha..


Berpantang

Sepanjang aku berpantang. (40hari) aku dikampung.. 4 hari selebihnya aku habiskan kat putrajaya. Hati dah memberontak nak balik rumah. Penjagaan ok je sebab abang dan akak aku jaga. Hahaha. dia org tolong masakkan. Tolong basuh baju. Lepas aku dah ok sikit adalah sikit-sikit aku buat sendiri. Mak aku tak sihat juga time tu. Berulang alik masuk wad. So mang mereka berdua la jaga. Waktu berpantang ada sekali aku kene bengkak susu pasal tak sempat pam. Sebelah je anak aku nak. Sebelah lagi dia tak moo sebab dia tak berapa pandai lagi..

Naik Keje

Sekarang baby dah pon 3 bulan. Aku pon dah naik keje. seminggu ni akak aku jaga. Lepas tu aku hantar taska. Alhamdulilah baby ok cuma masalah tang susu je. Dia takmo botol susu. Nak direct je. Sekarang aku tengah usaha mencari puting yang bebetul berkenan di hati Kim Adeleena. Semoga dipermudahkan Amin.

Akhir sekali.. Nah gambo raye ritu..


Pokya dan Pokya Kuasa Dua
"Anok Ayoh"

You Might Also Like

0 Komen