Dina Masih Menolak Susu Botol

4:43 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!


Nurdinaaaaaa.. (mak ngah panggil macam tuh. kahkah) masih tak moooooooooooooo botol. Haaa kau panjang ooooo aku taip. Memang aku sebagai seorang ibu yang bekerja rungsing. Kalau AKU KAYOOO mang aku sanggup benti kerja/cuti tanpa gaji sampai dina pandai isap botol. Namun, tuhan dah tentukan rezeki aku macam ni je.. (aku redha) tapi.. aku sedih sangat.

Nak g kerja hati ni punye gusar.. Nak keluar nyusu aku takut orang mengata. Aku pon serba salah dengan partner kerja aku. Tapi... masalah ni aku mang tak jumpa jalan keluar. Dah macam-macam trik, usaha, doa, iktiar aku buat tapi Dina lom terbuka pintu hati nak menerima botol. 

Bukannya aku tak suka anak aku susu direct. Dulu masa aku keluar hospital... Dina tolak direct dengan aku.. aku menagis. Hari-hari doa biar dia minum direct.. Tapi bila dah nak minum, dia terus lupa minum botol.. aku risau pasal aku kerja. Bukan aku tak bersyukur... Alhamdulilah Allah bagi kemudahan untuk aku berjimat tang susu.. tapi aku sedih sebab aku tak tegar tinggalkan dia pergi kerja dengan keadaan dia menolak minum botol walaupon aku beri susu yang aku pam..

Sekarang jadual aku pack. Sebelum kul 7 dah kene keluar rumah. Kene pastikan sampai taska sebelum kul 7.20 sebab ada kemungkinan dina nak menyusu sebelum aku pergi kerja. Pukul 10 atau 10.30 aku dah kene ada kat taska untuk menyusukan dina. begitu juga pukul 12 atau 12.30. Kalau tak, dina menagis cari aku. Aku bekalkan susu perahan tapi cikgu kata dia menolak sehabisnya..

Biasa pukul 12.30 aku akan tunggu sampai pukul 2.30. Maksudnya banyak kali aku susukan dia pada waktu tengahari sampai dia betul-betul kenyang dan boleh tahan sampai pukul 5. Biasanya ngam-ngam sampai rumah dia dah nak susu.. 

Dina punye peel bila dia menolak susu botol, dia sanggup tidur daripada minum susu botol yang cikgu tenyeh kat mulut dia. Kesian dekat cikgu sebab bila dia menolak botol, dia nak tidur tu tak mau diletak. Jadi terpaksalah cikgu pegang sampai tertidur..

Cikgu kat taska kata Dina pelik tak mahu botol.. Aku pula puas usaha nak bagi, tapi akibatnya dia asik merajuk dengan aku sampai asik menagis dalam tidur. Melalak jangan cakaplah.. abis ditepis botol. Kepandaian baru dia, buat mulut muncung itik untuk elak puting tu masuk dalam mulut.

Dalam kegusaran ini aku redha kalau ini bahagian aku sebab aku lambat nak dapat anak, mungkin DIA nak bagi aku masa bersama anak lebih sikit. Aku tahu.. yang susah ni sebenarnya ada hikmah disebaliknya dengan harapan suatu hari nanti Dina terbuka hati nak minum dalam botol supaya aku tak gusar dia kelaparan.. 



Mama sayang Mazleeza Kim Adeleena.. Nyawa mama


You Might Also Like

0 Komen