Botol Susu Pilihan Nurdina

11:36 PG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Alhamdulilah.. Dah lama bergelut dengan masalah dina tak moh botol susu.. sekarang ni dengan izin Allah, dina dah maooo isap susu. Kisahnya lepas jumpa mama pengasuh.. tekad kene cari pengasuh.. tak boleh biar duduk taska dan ulang alik sampai 2-3 kali sehari.. masyak oii.. Lepas tu rajin pujuk, cakap lepas ni mama tak hantar dina taska dah.. mama tau dina tak suka taska.. mama hantar pengasuh.. Haritu kita dah jumpa mama pengasuh.. dina suka kan? ha kauuu pandai-pandai je aku mengayat budak sorang ni..

Kisahnya dia nak minum botol ni bila mama pengasuh cadangkan aku beli botol nuk. Sebelum ni dah beli kan.. dah guna puting kuning nuk tu.. dia nak kejab je masa mak ngah dia datang jaga dia ritu.. pastu tak mooo dah.. mama pengasuh suruh pakai puting putih tapi dia tak mooo. try puting kuning.. Aku suruh laki aku yang bagi sebab aku sibuk nak basuh pinggan kemas umah pasal malam tu nak gerak balik kampung.


pilihan nurdina..
NUK


Tup-tup bunyi kecap kecap.. dia berdua dengan bapak dia.. Habis dia sedut 1oz. Alhamdulilah. Kat kampung aku try lagi.. tak berapa nak.. dalam setengah oz dia minum. Oklah tu.. daripada tak minum. Kemudian hari rabu aku hantar umah pengasuh, mama pengasuh cakap helok je minum 2oz tak habis tapi ok lah kenyang..


Mama pengasuh cakap dina minum tak banyak. Kalau tak maoo dia tolak-tolak pakai lidah dia. Tapi 1st time 4botol susu aku sediakan, habis 3 berbaki 1. yang 1 botol tu penuh so myb mama pengasuh bagi 2 kali. 


Seketul Nurdina
-pic mama pengasuh hantoo-

Alhamdulilah.. dengan mama pengasuh pon helok je dia mandi, minum, main. Mama pengasuh pon setakat ni aku puas hati. Kuku anak aku yang panjang tu habis dia kerjakan. Aku tak dan nak potong sebab biasanya tunggu dina tidur baru potong tapi biasanya mak dah membongkang dulu anak tak tidur lagi huaaaa huaaaa.. habis dia main jerit-jerit dengan ayah dia. tah apa dia bebel. mama dia dah jauh ke london dah.. kang nak tidur sangat ayah dia gerak aku "yang..yang anak nak tidur..ngempengkan dia kejab" ha gitu. Kesian aku tengok laki aku kene tunggu dina tidur baru dia dapat tidur. Maaflah yang.. nasib dia ok.. Pagi aku bangun awal.. Malam dia pulak tidur lewat kira adillah kan.

Setakat ni alhamdulilah laki aku banyak tolong. Sidai baju basuh baju.. tapau makanan. Dia takde paksa masak pasal dia tau bini dia tak dan nak masak. tapi kadang-kadang aku masak juga tapi lepas dia balik kerja pasal anak aku sekarang tengah giat berguling. Nak meniarap aje kerjanyaaaaaa. sabaujela..



p/s: ramai yang tanya "baby boy ke?" 
hahahaha budak takde rambut lagi,
nasib kaulaaah kim bam bam bulattt..





You Might Also Like

0 Komen