Assalammualaikum W.B.T
Lepas Furla dan Longchamp, aku jatuh hati dekat MK pulak. ada satu beg ni aku bebetul minat tapi tak beli pulak sebab aku takde bajetlah. Nak raya oiii.. Lagi satu beg Coach dengan Longchamp aku masih berbaki 1-1 tak pakai lagi T_T
Seperti biasa laki aku kata aku membazir dan kawan baikku kata aku tak humble lagi sebab pakai barang mahal. Hahaha. oiii yan aku masih seperti yang dulu cuma TERINGIN je.. tapi TERINGIN tu buat aku jadi bagholic.haha. dan pembaziran pun jadi bazirholic.
Next ni aku minat Michael Michael Kors Large Fulton Quited Satchel. Cantiknye dia. tembam!. tembam!. nasib baik aku belum minat LV, PRADA, CELINE lagi haha kalau tak botak aku botak. tak mampulah!!!! coach pon aku tak minat sebenarnya.
Handbag FURLA aku yang fake tu dah aku jual sebab barukutahu pakai barang fake takkan sama dengan kepuasan pakai barang ori. Mahal memang mahal tapi aku ada cara.. Tak yah beli kat butikla... sedih aku beli coach RM1K dekat butik tengok dekat online cuma RM560 je orang jual. :(
Bag MK yang aku minat ni tak tahu pulak berapa kat malaysia tapi kalau beli dekat online dapat bawah RM1K huhu. kebiasaannya aku beli bayar deposit dulu pastu barang dah sampai malaysia baru bayar separuh lagi ATAU!! kalau mahal sangat bayarlah dua 3 bulan. diorang ni boleh je buat installment tapi carilah yang leh dipercayai.
Aku selalu beli dekat Thesupernini @ FB dia BagaholicbyIdzany ATAU dekat Princess-victoria-stylo ATAU juga dekat Lynn's Coach Collection. Semua ni kene ushar dulu kadang2 ada mahal ada murah. kalau ada kawan yang duduk obersi lagi baguslah..
Bag MK ni aku minat je beli tak kot. sebab laki aku dah ugut nak jual Coach aku:( JAHATNYE!! dia cakap lagi bulan ni tak ada peruntukan untuk aku menshopping. yelah sejak dia tak kerja ni nak berbelanja aku pun takut tapi aku beli bag ni tak mintak duit dia.. tahu2 dah beli aku tunjuklah dekat dia..
p/s: aku tak beli pun bag Gucci yang aku minat tu sebab...sebab.. kan aku dah kene ceramah agama depan butik gucci hahaha.
p/s: perangai pembaziran seperti ini harus dikekang.
Assalammualaikum W.B.T
Kejab je dah 6 Ramadhan.. kejab lagi raya. ni bukan nak cite pasal raya tapi pasal anak-anak aku kene kurung. HAHAHA. kejam tak aku sebab kurung diorang? ni aku buat untuk mengawal kebersihan dekat umah aku yang kian jauh kian hilang. hahaha.
Amboi kau nicko!! tidur atas sofa.
Maaf anak-anaku sayang semua.. semua kau masukkan dekat dalam kandang besar yang aku beli RM399 tu. dah lama jadi perhiasan harap harga je mahal!!!. sekarang dah jadi tempat tidur makan dan berak anak-anak tersayang. hahhaa.
Tingkat atas tu Nicky dan Micky.. TIngkat kedua si kopi.. last sekali nicko dan micko. Tapi aku baik hati untuk kembar hitam (micko micky) aku bagi bantal buat diorang membuta. memang sedaplah dia..
Kan sedap kan? anak-anak itam ni nak kene letgo dekat orang yang boleh bela dia. ada sapa-sapa nak? kadang-kadang nicko pon sibuk duduk situ..
Tak padan kecik! hahaha. nicko dah tak dapat nak lepak-lepak macam ni lagi:)
amboi ko tidur tiru gaya mama ko dah kenapa? tapi dalam kandang pon mentido juga dia ni
kopi kat bawah tu tunggu masa nak keluar.
nicky paling cool sebab dia paling tak kisah kene kurung. baik nicky ni walaupun agak lembam sikit. cuba panggil dia ajak teman berak kompom dia tunggu sampai kita sudah berak hahahaha.
kesian tengok depa kene kurung tapi nak buat cam ne. mama nak jaga kebersihan ualls.. bebudak ni bukan apa, rajin mengemas sangat. letih mama nak buat sepahkan balik hahahaha. akhir kata terimalah jelingan manja dari nicko!
sampai hati mama buat kami begini.. coi!!
Assalammualaikum W.B.T
Diam tak diam lama juga aku beronline shop. tapi hari ni aku tak nak cerita pasal online shop aku yang tak berapa nak berkembang tu pon. Korang ni tak nak support aku. beli baju kat butik RM300 bangga..bile aku jual RM250 ko kata mahal. ginilah kawan-kawan. HAHA
Ceritanya aku ada pengalaman dengan satu online shop ni. Sebenarnya aku dah lama nak taip dekat blog ni tapi malas menguasi diri aku. Gini.. haritu aku ada belikan barang untuk kawan aku sempena dia tunang. Barang tak murah tapi aku memang dah niat nak bagi dia fyi dia kalau ada apa-apa tak pernah lupa aku.
Ceritanya aku ada order barang ni. lama dah.. benda dia buat sendiri so take time aku faham. aku order macam tu macam ni.. bayar nak cepat tapi dah dekat harinya tak siap-siap. aku dah cuak sebab kawan aku nak pakai untuk tunang dia tapi lagi seminggu nak tunang benda tak siap lagi. nak pos ke johor.. aku risau betul..
Rasanya aku order 2 bulan/1 bulan setengah lebih awal aku rasa benda tu boleh dia siapkan dengan cepat. tapi aku jenis beli tak suka nak paksa-paksa aku bagi masa 1 bulan juga baru aku tanya dah siap ke belum. dia senyap..
Lama pastu dia tunjuk pic yang tak sama dengan apa aku nak (dari segi warna) tapi aku tabik dengan dia sebab dia sanggup tukar dan akhirnya dia sanggup hantar ke tangan aku agar aku dapat bagi pada kawan aku masa dia tunang tu (sebelum dan boleh pakai).
Dekat sini aku nak cerita bukan dia tak bagus meniaga. ada bagusnya sebab dia sanggup tukar (tapi memang silap dia salah) cuma untuk benda-benda penting lagi-lagi untuk tunang ni, dia patutnya siapkan cepat sebagaimana janji (2 minggu)..
aku tengok hasil kerja dia sangat superb. memang aku suka.. aku pon tak rasa menyesal nak beli dengan dia lagi akan datang cuma aku perlu kuatkan kesabaran untuk menanti dalam diri aku. hahaha.
pesan aku supaya mereka dapat mempelbagi kerja mereka dari segi masa dan layanan. produk mereka tak yah dipertikaikan memang superb!!!..
p/s: sebenarnya menjadi peniaga online sangat besar cabaran dan dugaannya.. aku ada nak cerita pas customer memeningkan kepala tapi nantilah sebab kepala aku pening sebab perut tak makan eh! pose hahha. Selamat menjalani ibadah berpuasa :)
Assalammualaikum W.B.T
Setelah 5 hari 4 malam kami bercuti di spital. (amboi ko ingat duduk hotel ke jemah?) akhirnya hari ni (ISNIN 8.07.13) kami dah boleh balik..esh silap, en suami dah boleh balik. Oleh sebab kepala aku macam nak pecah magrain sudah aku MC. maaf ye kepada semua kat opis tu.. nak cakap aku kuat cuti ke kuat mc atau apa pun cakaplah.. kalau berada ditempat aku korang akan faham.. aku yang tak sakit pun terus magrain, stresst sakit badan semua jangan cakaplah.. En suami aku tu ha sebelah patah pergelangan sebelah patah bahu ko faham-faham jelah nak makan nak kencing berak apa pun aku kene bantu.. bukan aku suka-suka nak manjakan laki aku..
Masa kat spital ada seorang anak pakcik tu perli aku suap laki aku makan. sedih aku.. tapi peduli apa. cuba aku patahkan dua-dua tangan ko tengok ko pandai tak suap sendiri. DASAR..
Kurus laki aku. eeh ilusi je dia kuat makan ye walaupun sakit nasi sekali makan 2-3 pingan tapi alhamdulilah lah nak juga makan. Bil spital?? mak oi Hospital putrajaya ni memang tak mampu aku nak duduk lama-lama. Bil sahaja RM1200 belum masuk besi sedara.. Besi kat tangan dia tu RM2500..Nasib laki aku ada insurans MiCares dia guna benda tu je tapi kedekut nak mampos punye kilang dia cover sampai 6K je termasuk klinik panel. fuhhhhhhh.. fuhhhhhhhhhh kedekut!
Masa memula masuk spital tu kan DR salah masuk drip tau, habis bengkak tangan laki aku.. nurse geleng-geleng tengok tapi permintaan laki aku untuk buka jarum dilayan. suka laki aku sebab laki aku fobia jarum.. so selagi ada jarum tu selagi tu dia merayu kat nurse.
HUH.. tibe-tibe mood nak menaip larik.. dah la dulu. bye-bye
p/s: minggu ni balik terengganu lagi insyaallah..
Assalammualaikum W.B.T
Hari ni aku ambil 4 jam pergi hantar laki aku yang manja tu daftar masuk wad. Asik sebut takut jarum je laki aku tu. kene oprate masuk plate kat tangan dia. takut bebeno.. hahhaa. Dia masuk wad Ortopedik 3C.. bila datang je semua dr macam xsited terlebih... "eh itu zakaria dah masuk ke?? wah dia dah ada dalam wad ke? hahahah. bangga laki aku semua dr jadikan dia retis kejab padahal dalam hati dr tu tunggu ye tak sabar nak godeh tangan u. eee takut..
Masuk-masuk je nurse suruh tukar baju spital. bebel dia asik cakap baju tu besar lah. apa lah.. eii laki aku ni memang mengada-ngada plus manja pahamlah anak bongsu...aku layankan je. kang kalau dia kuar ayat "hantar abang balik rumah mak" tak ke penat aku nak drive 8 jam sorang-sorang???
Siap je salin baju ada nurse datang buat penerangan. bagus nurse dalam wad ni tak macam nurse dekat kaunter bawah macam singa belagak nak mampos. lepas tu ada doktor sebaya aku datang ambik darah. susah laki aku punye darah nak keluar. pekat pulak tu. lepas tu kene cucuk jarum nak masuk air. part ni kelaka sebab 2 kali dr cucuk tak berjaya. laki aku kata sakit nak mamposss.. dia nak suruh doktor pasang kat kaki. boring je doktor tu tapi dia macam tak pandai buatlah.. tangan pun gigil-gigil. udahnye boring dia pergi makan sebab geng-geng dia dah berkumpul dekat laki aku ajak dia makan. DASAR. haha
Laki aku dapat wad berdua sebab guna Micares. Kilang dia bayo semua. syukur boleh guna sampai 6k. kalau tak mana nak cari berK-K sebab plate pergelangan tangan dia je dah sama harga dengan GUCCI BOSTON kaler pink yang aku minat tu (tutup mata jab)
Dia duduk dengan sorang pakcik tua yang kuat tidur dan bersendo..KROHHHHHHHHHHH KROHHHHHHHH bising oo. Redha jelah..Katil pulak kecik!! aku tak dapat nak tumpang tidur malam ni. aku tidur atas kusi jelahh.. sopsop.. nasib i dapat tunggu tau tapi kene isi borang. oklahtu.
Rata-rata doktor ortopedik kat hospital putrajaya tu semua baik-baik tak sombong tapi NURSE masyaAllah garangnyeeeeeeeee.. Doktor dia marah macam balaci dia je. sabarjelah..
Doakan pembedahan ni berjalan dengan lancar ye. Amin :)
Assalammualaikum W.B.T
Sebulan selepas bufday aku.. tereng-tereng.. pagi tu aku pergi kerja hampir nak langgar sorang pakcik ni. berdegup jantung aku. tuptup pukul 10 pagi masa aku tengah uruskan surat keluar kat aras 8 aku dapat panggilan dari hospital. Dia tanya aku kerja ke? aku cakap ye saya kerja tapi kenapa.. rupanya laki aku dah sampai hospital dah. Rupanya pagi tu time aku dok nak rempuh pakcik tu. dia dah merempuh Alza putih juga dekat dengkil sana.. bezanya aku tak rempuh pakcik tu sebab motor dia mati.. tapi laki aku ni pulak dengan motor jerung dia tu tengah gear enam.. bam!!!!!!.. memang bodoh juga cina tu main uturn tempat yang salah. ala bukan aku tak pernah buat tapi nak uturn tu tengok-tengoklah.
Udahnye tangan laki aku terselit dekat kereta.. bahu terhempas kat jalan tar.. muka lagi sedap terkoyak kene bumbung alza tu. aduhaii... aku dapat tahu je aku terus pergi hospital. dioarang suruh tunggu. lama juga aku tunggu sampai pukul 2 aku tak tahan menunggu aku tanya macam mana laki aku baru diaorang bagi masuk tu pon sekejab. rupanya.... laki aku dah terbaring. meleleh air mata dia.
aku tak meleleh air mata. aku bukan perempuan yang dalam drama tu lelaki nagis aku ikut nagis.tu bukan cara aku. sebab aku tahu laki aku ni anak bontot (anak bungso) kang kalau aku nagis.. makin teruk pulak dia berdrama teduhan kasih dekat situ. aku kene kuat.. sedih aku tengok. tapi nasib masa aku masuk tu bibir dan dagu dia dah kene jahit kalau tak mahu aku takut nak tengok ahhaha. lepas tu aku kene halau. hampeh betul mak guard tu.. orang lain dia bagi je tunggu aku tak dapat tunggu lagipun masa tu U.K&T ada pesakit kritikal.. kemalangan naik motor juga. bini dia ada tunggu 1 famili sama-sama dengan aku. tak tahulah kondisi suami dia. aku rasa hidup cuma agak teruklah. laki aku kata muka dia tak rupa orang dah.. kesian.
sambung balik.. laki aku tak bagi aku kuar kan tapi aku terpaksa, dah bernovel dia kat situ. takpe aku sabo tunggu sampai pukul 4, ada Mr Soma ni peguam katanya nak take over kes laki aku ni. nak claim insurans kereta cina tu sebab polis yang kawteam dengan dia tu bagitahu laki aku tak salah. so dia cakap kalau suami puan tak menang kes saya tak berani datang sambil cakap patah bahu 20k tangan 20k.eh dalam hati aku, laki aku dah patah riuk duit2 ni tak kan dapat kembalikan semua tu.. ececeh..
masa tu abang aku datang. dia baru balik dari balai siap lepak dengan polis cerita pasal laki aku ni. siap ambik pic moto. hailah jerung.. baru beli ko.. baru seminggu pakai dah tersadai. ekekeke.
Jerung ni beli dengan adik aku.. dia sibuk berkawasaki la.. motor kat sini tak nak pakai dah. laki aku beli terus jadi gini!. banyak picnye tapi tak larat aku nak tempek kat sini.
lepas tu.. aku suruh abang aku dok cakap dengan peguam sebab masa ketika ini otak aku tak dapat fiikir apa-apa. makan pon tak lagi ko bayangkanlah.. 3 hari juga aku tak de selerra makan tau!... lepas tu.. dalam pukul 7 aku paksa abang aku merayu dekat guard nak tengok laki aku. guard bagi buka pintu sikit je dapatlah jengah.
pastu... aku merayu cakap laki aku tak makan lagi 1 hari.. akhirnya dapat masuk aku suapkan dia roti. tup-tup dr ortopedik, dr liyana datang cakap hero tu dah boleh balik pulak.. so balik lah... malam tu suapkan dia bubur.. dia komplen tak kenyang.
Esoknye mak aku datang, bos laki aku, kawan-kawan semua datang. aku kepenatan gile jugalah. pulak laki aku nak balik ganu hari jumaat tu. jumaat pagi aku gerak balik ganu. drive sorang-sorang sangat penat.. ko pahamlah drive bawa orang sakit kan.. takpelah dugaan untuk aku..
masa dalam perjalanan dr call suruh datang spital sebab tangan laki aku tu kene masuk plate pulak. lepas ni boleh jadi bionik man lah dia.. tapi kami teruskan perjalanan balik terengganu. hari isnin balik ke putrajaya balik.. pergi jumpe dr.. dr buat temujanji hari ni sebab laki aku masih berbelah bagi nak buat ke tak.. last2 tadi dia setuju nak oprate. yang kelakarnya semalam dia suruh abang aku belah simen dia.
Hari ni dr tengok geleng-geleng kepala terus kene simen baru. PADAN MUKA!!! hahaha. tadi dr bagitahu khamis 10 pagi kene datang spital. jumaat kene bedah. huuuuuuuuuuu.. takutnye..
HAHAHA. SAYA TAKUT JARUM!!
ASIK BEBEL JE DIA TAKUT JARUM

















