Malam tadi aku mimpi aku mengandung. Tiba-tiba aku rasa sedih sebab sejak aku kawen, aku akan mimpi aku mengandung tiap-tiap bulan dan keesokannya iaitu bagun tidur mesti aku period. Tiba-tiba malam tadi aku mimpi aku mengandung. Fobia pulak aku rasa.

Dalam mimpi aku tu aku tahu aku mengandung tapi aku tak tahu siapa ayah kepada budak ni. Situasinya waktu tu aku tak kenal pokya (en suami) dan aku tak kawen lagi. Macam zaman-zaman sekolah gitu sebab dalam mimpi tu aku jumpe exboyfriend aku masa aku tingkatan 4. Tapi dia tak nak jumpe aku. Exboyfriend aku ni hensem orangnya. Putih melepak mak datuk tapi aku lupa sapa nama dia. hahaha gile teruk aku ni.
Aku putus ngan dia pun sebab aku yang dok senyap. Masa tu aku takde hati sangat nak bercinta sebab masih terkenang-kenang boyfriend masa tingkatan 3. Ceh! menyampah cerita pasal cinta monyet ni.
Sambung balik pasal mimpi tu, aku menagish-nagish cari sapa bapak kepada budak yang aku kandung sebab ikutkan aku takde main gan sapa-sapa (dalam mimpi tu laaaaa... sekarang i dah ada suami hahahaha).
So aku terfikir-fikir napa mimpi mengandung ni asik datang dalam kepala aku miskipun aku dah berhenti berfikir yang aku teringin nak ada anak sendiri. Agaknye nak uji aku juga ni.
Hari semalam kepada semalam.. apa orang melayu sebut?? aku cerita kat laki aku, "Kawan-kawan ayang semua yang kawen dah mengandung. Alhamdulilah" kau tahu laki aku jawab apa?? " Ayang bila lagi?" ceh!!..
Pasal mimpi aku tu.. Fobia. takut tiba-tiba aku period dikala waktu tak dan ni hahaha.
Pupel sempat buat Moist Chocolate Cupcake semalam. saja je try kebetulan bahan ada cuma icing tak sempat buat. pupel guna topping rich yang tinggal putar je. oleh sebab tak suka makan suka buat je. pupel bawa g opis haha. tapi tak lawa sangat sebab tak berapa pro kan.
resepi pupel ambil dari SINI cuma pupel ada ubah-ubah sikit.
So nindia resepi pupel:
Resepi Moist Chocolate Cupcake
Bahan A:
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Baking Powder
1 Sudu Soda Bikabonat
Secubit Garam
3 Sudu Serbuk White Coffe Oldtown Cafe
( Boleh ganti dengan nescafe atau tak yah letak pon takpe)
Bahan B:
2 Biji Telor
1 1/2 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Susu Dutch Lady ( Lebih Sedap Kalau Guna Susu Cair)
1 Cawan Minyak
1 Cawan Air Panas
Cara-Cara:
- Ayak kesemua bahan A dan campurkan bersama. Ketepikan.
- Ambil Bahan B. Mula-mula pukul 2 Biji telor bersama 1 1/2 cawan gula sampai sebati. Masukkan 1 cawan susu Dutch Lady dan pukul kemudian baru masukkan minyak
- Lepas tu masukkan kesemua bahan A sedikit demi sedikit, pukul sampai sebati.
- Masukkan air panas dan pukul lagi sehingga puas hati haha.
Bakar:
Bakar cupcake pada kepanasan 170DC Api atas bawah dan jangan lupa masukkan dalam bekas cupcake comel-comel ye. Bakar sehingga 25 minit untuk hasil yang comel lote. Kalau nak kukus pon takde masalah. Kukus tu pandai-pandai agak-agak. Ambil lidi cucuk kalau licin, oklatu.
Sekian sahaja rancangan masak-masak dari Cake Wife yang baru berjinak-jinak membuat cake. hahaha
Sebagai seorang ibu kucing yang berdedikasi tinggi, hari-hari aku kene kuat bagun pagi kemaskan makanan, tempat berak anak, isi air, belum lagi keadaan umah yang sangat memeningkan kepala punye bersepah ya amat tuan, baju berlonggok tak basuh gara-gara mesin basuh rosak. dan macam-macam lagi menyebabkan aku kuat makan. Tapi la ni, aku tak boleh makan sangat plus tekak aku loya dan ada sekali aku tengah rekod surat keluar dekat opis aku termuntah tapi aku tertelan balik sebab benda tu terjadi tanpa aku fikir lepas tu meloya balik sebab muntah tu terasa-rasa dekat tekak. Huwa!!
Rasanya dah dekat 2 minggu selera makan hye-hye bye-bye dengan aku. cinabeng betul. makan makanan sedap pun semua rasa biasa dan tak mengujakan hingga aku rasa perut kosong adalah keadaan best untuk aku. Laki aku dah senyum-senyum sebab dia cakap ITU PETANDA AYANG AKAN KURUS. haiss. tak sudah-sudah suruh aku kuruskan badan. Kurus macam jerangkung baru dia tahu kang!.
p/s: abg aku tegur aku kenapa berhabisan banyak kerana kucing. baik simpan kata dia. tapi aku pecinta kucing oo. sejak aku bela kucing aku tak rasa kucing aku membebankan aku tapi aku rasa kucing aku sentiasa ada untuk aku dalam susah atau senang. sepanjang aku bela kucing, belum pernah aku tak makan. aku bersyukur dengan rezeki yang tuhan beri, dan berkongsi rezeki itu dengan makhluk selain manusia. pasal beli kucing parsi mahal-mahal tu, ianya satu kepuasan. lalala
Semalam pupel dan suami pergi ambil kucing baru. Agak magrib juga la sebab orang yang jual tu suruh ambik dekat dataran merdeka dia dari Kelana Jaya tapi nak suruh ambil kat sana,so kami pun pergi jelah.. Jem punye pasal dekat kul 7.30 juga nak sampai. Kat sana kami tunggu lagi dalam 10 minit gitu sebab tak pasti orang tu tunggu mana.
Masa orang tu sampai, dia pun datang berdua tak pasti isteri ke apa. dia cakap kucing yang kami beli ni milik kakak dia yang memang ada baka kat rumah. so anak-anak memang dia bela untuk dijual pada peminat kucing. Masa ambil tu cuaca dah gelap. tak nampak pon bulu mereka. bila dah bawa balik umah. mak aii comelnye plus bulu lembut dan bau sangat wangi. Kondisi kucing sangat tiptop orang kata. Memang bagus tuan lama dia jaga tau.
Tuan lama siap bagi wasiat dekat pupel. jom baca:
Suzie dan Samy tapi telah pupel tukar nama dia kepada Nicky dan Nicko Chalow. Chalow tu sebenarnya nama yang en suami nak bagi kepada si kucing betina yang nama asal dia suzie sebab c-lo (ejaan yang en suami buat) bermaksud CeLOreng. Kalau tengok muka dia bebetul kan ada bulu grey macam celoreng askar kan?

tapi pupel ubah ejaan jadi Chalow baru mantap.. lepas tu pupel tengok si nicko ni pon ada celoreng dia. tapi celoreng dia ala-ala zorro. tapi zorro hitam kat mata, Nicko puteh dekat hidung. plus bawah mulut dia tu hitam. comel ualls.
Nicko sampai je punye manja-manja kucing. asik nak berkepit dengan pupel plus tidur malam tadi pun tidur dekat tepi muka pupel uals. Senang si nicko ni nak tidur. letak je atas tilam ke katil ke sofa ke, janji dia selesa mata pun lelap. hahaha. Gambar si nicky pupel tak dapat tangkap sebab si nicky ni betina. tapi mak datok haii...punye aktiv. dia manjat sana manjat sini. perangai persis kopi.
Ha cakap pasal kopi, semalam kopi jadi malu-malu garang bila nampak budak baru berdua ni. asik nak berdesir je.. selalu jumpe mahkluk lebih besar dari dia, dia main tampar2 je..sekarang jumpe mahkluk lebih kecil dia jadi takut dan garang pulak. Harap-harap kopi boleh terima kawan baru dia ni. Bukan apa, pupel beli nicko dan nicky ni untuk buat kawan kat kopi juga plus nak buat baka sebab dah alang-alang beli sepasang hehe.
p/s: sedap tak nama i bagi tu. hahaha saja nak letak nama senang sebut dan ingat. tapi en suami asik sasul panggil si nicky dengan nama puteh je. pupel marah betul sebab bagi pupel, puteh hanya satu. :(
Thanks untuk en suami yang belikan pupel dua ekor kucing baru
Sebenarnya dia yang minat, pupel tukang jaga je.
belum dapat lagi sebab kucing ni dari perak
akan dipos dan dihantar oleh orang tengah
nanti kene ambil kat kl.
harga dia?? kalau seko rm500
tapi ambil dua ada less 25% hahaha
suka yang ni sebab dia pakai stokin
jantan.
ni betina tapi suami suka sebab muka dia celoreng
nama belum ada. kawan-kawan bagilah cadangan nama.
nama moden sikit tau.
komen please
Ingat haritu pupel ada cerita pasal pupel buat pavlova tapi tak berapa menjadik sebab salah bekas tu. muahahhaa. aku tak putus asa kot. malam tadi buat lagi. Saja suka-suka buat sebab dah memang perangai aku kalau minat satu benda tu buat bersungguh2 tapi time tu je. kadang-kadang 1/2jalan. tapi nak tengok hasil punye pasal, buat lagi juga. sebab hari ni ada jamuan kat opis. Konon-konon nak lah bawa bagi kawan-kawan makan tapi konfiden tak ada. redha je apa orang nak kata. try-try kan. i bukan pro pun. Nasib baik kak Pujiedepom pernah buat. memang banyak le aku tanya hahaha.
Pavlova aku malam tadi 2 adunan tak menjadi. geram pulak. yang 1st tu melembik sebab lambat tunggu yang 1st bakar. yelah oven kecil, dapat muat 12 keping je kalau buat kecil2. dah melembik. kemudian aku fikir satu idea, time nak bakar yang seterusnya aku pukul balik baru pam guna paiping lepas tu bakar dua loyang sekali. haha aku memang suka bab menderhaka pada resepi ni (resepi asal diSINI). sebenarnya aku ni takde bakat nak jadi tukang masak ke, baker ke, mahupun cake bos hahaha.
Tanpa rasa mengalah, dapat juga aku siapkan 60 biji untuk bawa pergi opis. Ada lah lebih 8 ketul aku bagi abang aku makan sebab pagi-pagi sebelum pergi kerja dia dan isteri dia sampai. Nindia hasilnye..
Suka betul aku bila paping benda ni. comel pulak. masa ni aku kedekut buah. lepas tu aku tala banyak-banyak sebab buah banyak lagi.yang tak leh blah, aku buat kecil dari apa aku rancang. memula kau nak buat besar cawan kertas tu tapi sekali bakar dapat 8 ketul je, aku malas nak tunggu lama-lama. Menda ni sekali bakar 1 jam juga. aku kurangkan masa daripada resepi sebenar sebab benda ni aku buat kecil-kecil je. Bukan apa, aku ada pengalaman pavlova aku jadi negro gara-gara hangus. so inilah jadinya.
Satu lagi yang aku baru tahu, upanya jangan paip dulu cream dia yang atas tu... ceh aku g paip malam tadi sebab pagi2 tak kuasa aku nak bangun tidur terus paip dan susun buah. upenye mengelembikla pulak pavlova aku ni ha. nasib baik ada orang puji sedap walaupun lembik.
malam tadi aku lupa nak buat pavlova ni penuh dengan kasih sayang sebab sibuk dengan kopi yang merajuk tak mahu makan. risau pulak aku tengok dak kopi ni. Jadi kenelah aku gorengkan dia ayam dan tumbuk halus2 baru dia nak makan. sian anak mama ni. ada sapa-sapa nak bagi kopi pakwe tak?? kopi cantik tau.




