Aktiviti Bercuti

9:11 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

lamanya aku cuti hari ni kene keje huwaaaaaaaaa. 4 hari aku cuti start khamis sampai ahad. kepala aku pening betul duduk rumah. cuti hari jumaat tak dirancang. ceritanya kitaorang hari khamis kan cuti.. laki aku tu aku ingat dia OT rupanya tidak. dia mentido. aku ni bangun-bangun kemas umah, basuh pinggan basuh baju sapu lantai berus bilik air. begitulah kehidupan seorang isteri. Tak payah feeling2 dah kawen suami kau yang sehensem Kim Soo Hyun tu akan membantu.. dia akan membantu pada saat-saat yang tak terjangka je. HAHAHA. JADI pada sapa-sapa yang lom kawin, jangan feeling NOVEL sangat tau.. HAHAHA..

Lepas tu aku memang cakap dah dengan laki aku kita kene beli lauk ye sebab lauk habis semua LICIN! Memang tak de stock habis dah.. laki aku tu sekarang kuat makan. aku tak tahulah dalam perut dia ada mesin pengisar makanan ke.. tapi kalau tengok dia kerja kat kilang macam nak mati, seronok pulak tengok dia makan cuma lepas tidur mintak makan pastu tidur balik memang geram aku dibuatnya. Oleh sebab semua jenis lauk habis dia bangun pukul 3 aku tak makan-makan lagi. berkeriut2 perut aku. pastu bangun-bangun dah siap semua kawan dia tepon pulak ajak memancing. yang sorang ajak g cari barang kereta.. yang sorang ajak mancing.

Boleh pulak dia cakap kat kawan dia "aku dah janji dengan bini aku nak beli lauk, nanti dia membebel tak berhentilah.. nanti-nantilah kita pergi mancing". amboii sukati dia je cakap macam tu. aku cakap dengan dia nak pergi, pergijelah janji beli lauk. bile aku cakap macam tu terus call kawan dia cakap on. macam biasalah dia tak pernah tinggal aku kalau g mana-mana.. aku pon ikutlah.. aku ni jenis tak kisah. kalau nama jalan je aku ikut. kawan dia pon ok je. siap cakap "rajin betul bini ko ikut. kawan bini aku haram nak ikut. baik dia tidur kat umah. boring oo kalau duduk sorang-sorang kat umah. tegarlah dia kalau tinggalkan aku. 



kitaorang mancing dah malam juga sebab tunggu orang sana sini. balik umah dah pukul 3-4 pagi aku pon tak sure.. lepas mandi mata segar bugar. pukul 6 baru dapat tidur memang aku terus EL lah hari jumaat tu. badan pon sakit-sakit. kaki macam nak tercabut. Dapatlah 12 ekor udang dapat masak 2 kali hahaha..





yang gambar atas ni satu-satunya udang yang besar. dapat 12 ekor pon oklah. kawan laki aku tu dapat 4 ekor je.. hahaha.. aku yang keras bontot menunggu. udahnya plan nak beli lauk tak jadi.. Hari jumaat petang baru kuar beli lauk. plan nak g pasar je tapi laki aku ni mana suka pergi pasar. pasar tani pasar lambak kat putrajaya ni memang jaranglah kitaorang pergi kecuali bazar ramadhan.  so pergilah membeli kat econsave jalan reko. sebelum beli barang kitaorang layan mee udang dekat Restoran Gulai Panas Mak Tok. 



sedap tu boleh la sedap juga mee udang ni. udang pon banyak. padanlah harga dia RM9 tapi aku tak puas hati betul. laki aku makan dah habis.. air tembikai aku dah kering mee udang tak sampai-sampai. perut aku dah la lapar. aigooo aigoo derita betul aku pergi kedai melembab time perut dah kering kontang. Balik tu aku masak mee udon pulak. hari jumaat hari makan mee agaknya..




aku tak tahu nak masak mee udon ni macam mana..aku google-google juga. dapat lah satu resepi tu tapi aku buat keputusan untuk masak sukati aku. aku tumis je bawang semua dengan minyak bijan.. letak carrot air ayam fish cake.. pastu aku letak air.. aku letak sikit ikan bilis buat rasa-rasa. masukkan kicap sikit kat kuah dia. masuk mee udon yang dah celor. masak sampai masaklah kan pastu makan. bolehlah buat layan perut mengada-ngada. buat makan sorang. laki aku tu aku dah masakkan nasi dengan udang sambal yang buat mancing tu.

dia dengan nasi mana leh terpisah.. macam isi dengan kuku. esokknya aku masak ayam masak kicap. dah lama tak masak kicap terhangus pulak. sedih betul. hahaha.


laki aku cakap aku tak pandai masak. dia kalau boleh nak makan masakan terengganu. rasa nak hentak kat dinding pale ni sebab aku orang johor kot mana boleh capai tahap masakan sama macam orang terengganu. asik cakap gulai aku tak menjadi je. hampeh betul. tu la bile aku suruh balik kampung beli rempah ROS tak moh.. kat sini manalah ada jual. tu yang jadi tak sama tu. hahaha.. gulai paling sedap aku pernah makan gulai mak mertua aku kot. memang sedap dia masak. cara dia masak pon memang tradisional habis. mana nak sama dengan kita yang duduk kat kotaraya metropolitan ni hahahha..

style aku masak pulak janji makan tak mati oklah tu hahaha.. bedal jela. aku ni memang tak pandai masak sebab aku ni pemalas. boleh kata kesemua adik beradik aku lelaki ke perempuan ke semua pandai masak. dari kecik mak memang ajor suruh masak. termasuk aku sekali. tapi aku ni PEMALAS.. ayat kejap tak pernah lekang dari mulut. udahnya dah beso tak pandai masak. 

untungnya aku ni kawen dengan orang terengganu dan duduk kat putrajaya so raya-raya tak payah masak ketupat rendang lodeh semua. balik kampung tinggal sental je. tapi raya tahun ni raya kat ganu huwaaaaaaaaaaaa.. tak dapatlah makan rendang lodeh ketupat nasi semua.. huwaaaaaaaaaa...


You Might Also Like

0 Komen