Kelas Tamat. Hoyeh!

11:23 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Akhirnya berjaya juga aku habiskan kelas 6 minggu aku untuk belajar bahasa korea penulisan di Pusat Pembelajaran Komuniti Perbadanan Putrajaya.  Last kelas haritu ada test sikit. banyak yang boleh buat cuma ada la sesikit yang kurangnya. Siap dapat sijil ni ha..


Sekarang ni kalau suruh baca tulisan korea bolelah sikit-sikit walaupun merangkak-rangkak. Aku masih lemah lagi nak ingat huruf vocal dia yang wa wi wu tu. selalu konpius.. Ni le rupa bentuk soklan test haritu. aku memang tak berapa suka betul teka silang kata tapi nasib betul jawapan aku ni ha. cikgu bagi test open book sebenarnya tapi aku kalau boleh tak nak open book.


Kelemahan aku yang lain ialah aku takde kamus.. pastu aku ni tak banyak tahu vocab sangat. Pastu asik salah eja je. biasalah benda baru-baru.. tu sekarang keje aku tengok cite WE GOT MARRIED je sebab diorang ni rajin tulis balik dekat tepi-tepi video tu apa yang artis diorang cakap. so boleh lah tambah ilmu sikit. pastu dapat artis yang jenis cakap-cakap sebijik macam Jung Eum memang senang nak tangkap. 


Minggu depan aku akan start kelas komunikasi pulak. aku pon tak tahu apa nak dicakapkan. apa nak dibelajokan dalam kelas tu. bantai jela labu.. kelas ni dua pon murah je. 6 minggu bayo RM30 je hehehe. kalau banyak ratus-ratus berfikir-fikir juga nak join hehe.

Lepas aku pandai sikit-sikit korea ni aku berangan-rangan nak belajo bahasa jepon lak. okeh tak.? tak pandai sangat pon tak pe janji tahu. hehhee. sekarang ni aku nak mencari kamus english - korea (tulisan hangul). mana nak cari. jenuh aku cari semua tulis roman. english-korea (roman) aku tak moh sebab dia akan tulis MOK-TA (먹다).Tak ada tulisan hangul. kang baca jadi lain.. lagi pun macam kurang membantu je. hoho.. 


You Might Also Like

0 Komen