26

4:17 PTG

السلام عليكم 

안녕하세요!!


Pejam celik pejam celik tak sempat pejam dah tukar angka 25 menjadi 26. cepatnya masa berlalu. tak terkejar.. banyak benda tak terdaya nak dikejar. ada yang belum dapat dicapai. ada yang terlepas.. yang mendatang tak diketahui.

Thanks buat kawan-kawan yang ingat biarpun laki aku tak ingat. ada ke dia wish bufday aku lepas pukul 12 tengahari. Hai gitulah suami. dia bukan ingat semua tarikh penting. 


Kalau yang lom kawen tu jangan bajet laki ko suruh buka bonet kereta ada belon-belon keluar gelang emas habib jewels. sebenarnya ingatan lagi berharga dari hadiah.. kalau yang dapat belon-belon tu tandanya ada beruntung tapi tak tahu juga  yang tak dapat belon ni tak kecewa pon sebab tuhan bagi kita bahagian adil cuma lain-lain cara (gosok-gosok dada tenangkan jiwa..hahaha)

sebenarnya laki aku tu lupa sebab dia sibuk menjaga mak dia sakit. aku paham.. aku merajuk 1-2 biji sms je lepas tu ok. aku tahu dia tu kadang2 nyanyok juga. bini dia pulak 100 kali nyanyok dari dia. sebab aku pon pernah lupa bufday laki aku. dan kebiasaan bagi aku bagi hadiah 2-3 bulan lambat kadang-kadang 2-3 bulan awal. yela kadang2 time tarikh bufday dia tu tak dan nak beli hadiah sebab banyak menda lain yang mendatang.. kadang-kadang ada rezeki lebih boleh beli wal. janji kita ikhlas udahlah.. hahaha..

dugaan menjadi 25 nampaknya berjangkit ke 26. aku pening kepala juga. kadang-kadang tersepit dengan keadaan. macam kentut.. ditahan tak boleh dilepas berbunyi. payah. kadang-kadang jadi kahak nak telan geli diluah orang nampak lagi geli.aku harap dugaan yang maha hebat ni berakhir. berdosanya aku. buat tu tak kene buat ni tak kene. sabarjelah mampu.. kadang-kadang tak larat sedih kecewa semua ada.. sabar sabar.. semuanya akan berakhir itu pasti.

sebenarnya aku agak sedih menjadi 26 ni sebab dulu aku pernah target umur 26 ni aku ada anak dua sebab tu dulu gedik kawen cepat. tapi kita cuma mampu merancang...dia yang menentukan segalanya.. tapi.. itu rezeki kita tak boleh petik. dia tahu kita lom bersedia. so aku positifkan diri. biasalah kita ni manusia biasa. kadang2 boleh tenang.. tibe datang bulan menagis dalam bilik air. tak gitu??

aku tahu dalam angka 26 ni banyak benda yang perlu aku buat dan perlu aku ubah. pelan dan perlahan.. perubahan bagi aku biar perlahan dan tak mengejut.. serta datang tanpa paksaan. Insyaallah.. semuanya akan menjadi pasti..


p/s : dah 26 ni sibuk nak kuruskan badan pulak hahahahha





You Might Also Like

0 Komen