Seonmul

12:26 PTG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Hari tu ada dapat banyak hadiah sempena birthday. Maceh kawan-kawan yang sudi bagi hadiah. En suami pon ada bagi juga. walaupon lambat hikhik


Hadiah bantal kucing dari kak miza. pagi tadi datang opis tiba-tiba ada kucing pink kat kerusi. maceh banyak-banyak haritu bagi mug ada pic muka, hari ni bagi bantal pulak. hehehhe comel sangat. tapi tak sempat nak jalan-jalan ucap thanks. sempat ucap dalam kalkatok dan fb je hehe maklumlah sekarang ni berat bontot betul nak jalan-jalan macam dulu.  hahahaha..


pestime dapat mug ada muka sendiri. maceh kak miza!!!!

pastu dapat duit raya dari anne. hahah eh duit birthday. duit raya tunggu raya kan anne kan!!. macehh anne.. akan ku beli sesuatu dengan duit ini. tak tahu nak beli apa hehehe. nanti i dah beli i pos dalam blog ni hahha. malas nak post dalam fb sebab sekarang aku ni kurang main fb sangat. entah kenapa rasa malas. hahahaha..


dan kat bawah ni hadiah dari kak piejapujidepom. maceh bagi selendang n bag. selendang dah pakai dah...



ha ni la selendangnya. dah pakai hari jumaat ritu. haha senang pakainya boleh lipat macam bawal. tak pandai nak pakai macam selendang biasa.. nanti tak jadi depan dia so aku pakai ala-ala bawal je. macehh pieja.. beg je lum berkesempatan nak pakai lagi sebab sekarang ni g mana-mana beg duit pon malas nak bawa. bawa ic dengan lesen, duit letak dalam poket sejak boleh pakai seluar jeans lama ni hahahaha.


dan hadiah dari en suami ialah belanja makan dekat pizza dan yang dibawah tu. hehehhe. macehh sangat. memula tak bajet pon semalam nak keluar makan. konon saja nak ajak pergi hari belia. 


aku sekarang dalam proses berjimat semua benda aku rasa mahal nak beli sebab banyak benda nak kene setel. baru pulak setel renew roadtax kereta punye mahal mak datok!! hahahahah pastu raya nanti perjalanan aku jauh pulak tu. yelah pas g terengganu nak patah balik johor pastu pergi kedah pulak sebab adik aku kawen. jauh perjalanan. kereta pulak nak kene betulkan.. ada rosak sikit tu.. eh banyak benda betullah tahun ni buat aku rasa kedekut betul nak berbelanja. lagi laki aku tu ada masalah dengan gaji dia. kilang dia tak bayar atau lambat bayar antara dua lah tapi buat masa sekarang asik lambat bayar je. asik keluar notis bayar gaji separuh. ot pon lambat bayar. dengar kata kilang takde duit tapi haritu laki aku cakap kerani kilang dia semua boikot tak nak buat gaji pekerja dan tak nak buat kerja. pasal apa aku tak tahu lak..

eh sambung balik cerita g hari belia, oleh sebab ramai gile orang.. buat penat aku dah melawa ni... laki aku pujuk makan MCD katanya. sebab dia teringin je sebenarnya. nak ayam MCD. dia mang suka ayam MCD. so pergilah alamanda.. sekalitu ayam habis.. so dia tanya nak makan apa.. White Coffee ke Pizza. gila kau. mesti aku pilih pizza hahaha sebab aku nak makan ayam honey kat pizza tu.. 


sedapnya... ni je sempat aku ambik gambo. yang lain-lain selamat dalam perut hahaha. lepastu kitaorang pergi Aeon Big.. jalan-jalan kat atas aku dah dok termenung dekat keyboard. tu yang dapat keyboard tu. lama dah mengidam tapi hari semalam dapat sebagai hadiah birthday. dan dapat juga sebiji blander sebab blander kat rumah tu dah selamat campung......  hahahaha.. dapat blander baru maksudnya kene rajin masaklah tu!!!.. orang lelaki ni memang!!! kenyang perut senang hati. kalau lapar boleh mati. 

macehlah en suami bagi kita keyboard yang kita nak sangat tu.. walaupon tak pandai main. jenuh malam tadi aku belajo. dah pandailah tekan lagu winter sonata tapi intro dia je. tu pon separuh je hahahahhah. nanti aku belajo lah lagi. bak kata ROZIANA SARBIN.. jangan nasib keyboard ni sama dengan nasib gitar udahlahhhh. tapi gitar tu ada lagi tau. cuma main je tak pandai. kord D,C,G aku pandailah hahahahahahhaha..

p/s: laki aku mang suka erk belikan aku alat muzik ni padahal aku tak pandai main pon. tapi bila aku pandang keyboard tu aku teringat arwah bapak aku. dia pernah ajar aku main keyboard masa kecik-kecik dulu.. iskisk.. sedih pulak..





You Might Also Like

0 Komen