The Black Cat

10:07 PG

Assalammualaikum W.b.t

Dapat cucu hitam manis hitam manis



comel tak. yang ni tak nak ambik gambar lagi
tak pandai.. mata pon tak buka lagi
kerjanya meow je kalau orang pegang

tapi aku tengok anak kopi ni bagus-bagus. kerjanye tidur je. hahaha. kalau mak dia ada pun membuto je. kopi dekut tak bagi aku pegang anak dia..tapi kalau papa dia.. kompom dia tak marah.. sabarjelah..



tengok dia buat muka dekat aku 
tak bagi pegang anak dia,, eleh! dengan papa kau punye ko bagi ye!!

kopi tidur dalam bilik aku. ada satu kotak besar untuk dia n anak-anak. bagusnya dia tak pindah-pindah anak dia. cuma dia tak leh lekang dengan anak dia. tapi kalau aku buka pintu laju je dia keluar. aku tutup pintu sedia makan minum untuk dia dalam bilik sebab aku tak nak nicko masuk. kang nicko terkam anak dia.

dia ni pandai kalau nak berak dia akan jerit suruh buka pintu. sebab tu aku sayang kopi ni. reti bahasa pon ye juga. kalau aku panggil datang punye. malam tadi dia tidur dengan kitaorang. aku hampir terpenyek dia, marah dia menjerit. dah dia menjerit bapak dia menjerit. bapak dia kalau aku terpenyek budak ni sikit..dia yang marah lelebih.


sejak ada cucu baru nicko aku kureng layan. dia pon dah mula buat peel. kalau pegang lama2 kompom dia meragam. pulak sekarang dah jadi bapak kucing. sibuk nak tengok anak dia aku tak bagi. pagi tadi laki aku cakap dia bagi nicko masuk tengok anak dia. nicko jilat-jilat anak dia. alahai kucing pon tahu sayang anak... rindu anak walaupun aku halang nak tengok. tibe-tibe aku rasa aku kejam :( sorry nicko. mama takut nicko hilang pertimbangan macam sesetengah manusia yang sanggup bunuh anak sendiri. mama tak ada anak.. mama tak nak kehilangan anak-anak/cucu-cucu mama biarpun seekor kucing.


dan untuk pengetahuan.. baka nicko terbaik menghasilkan anak berjantina :


nampak tak buah dia?
HAHAHA





You Might Also Like

3 Komen