Name Tag Anak Bulus

2:13 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Tak lama lagi Ulang tahun kelahiran nicky dan nicko yang ke 1 tahun. Kopi pulak bulan 12 haritu. aku tak de belikan mereka apa-apa. What? bagi kucing hadiah hari lahir? macam korang, korang nak dihargai macam gitu juga haiwan peliharaan kita. sebenarnya aku dari kecil selalu sambut birthday kucing aku.

Dulu kucing aku semua ada ic yang mencatatkan tarikh lahir nama dan sebagainya sebab aku bela dekat berpuluh ekor kucing.tak caya tanya mak aku. so aku akan sambut dengan membeli 1 kek appolo kecil 30sen tu dah kami akan nyanyi sama-sama. ok bohong! aku je yang nyanyi sorang. kucing aku cuma geti makan je kek appolo tu.

Tapi sekarang lain pulak. laki aku tak bagi aku beli kek tulis nama nicko nicky kopi. dia kata aku macam budak-budak umur je dah 25 tahun tapi pemikiran aku darjah 3. haha. so aku belikan nicky nicko dan kopi hadiah yang tak seberapa dan hadiah ni bakal memudahkan aku juga jika berlaku kehilangan. Nin dia..



Loket siap nama dan no telefon aku buat anak-anak tersayang.. nanti siap korang aku pakaikan colar.. tunggu micky dan micko besar seko-seko aku letak nama ni :) Name tag ni aku order dari tagpet4u.com. CANTIK TAK??

Aku pilih kaler purple sebab aku rasa kaler tu je menggoda jantung. kopi dan nicky aku pilih bentuk love dan nicko seekor jantan yang kacak aku bagi bulat. hehehe.. kalau korang nak order juga macam aku ni..pergilah order dekat tagpet4u.com. Korang email ke : sales@tagpet4u.com.

Untuk tahu bentuk apa yang ada, korang pergi ke Facebook Tagpet4u ok.. ada banyak bentuk boleh korang pilih. warna pon sama.  Ni antara pic customer mereka yang dah order !! yehh lawa kan?



Apa lagi.. hadiahkan anak bulus korang dengan tag ini.. selalu diakucing buat ko happy kan.. la ni ko buat dia happy pulak! (padahal kucing ko terpaksa pakai kan?? haha) aku buat satu tag ni RM16. tambah RM5 untuk pos laju. Siap dalam masa 2-3 minggu. nice kan?? 

Tak sabar nak pakaikan anak bulu!! hahahaa.

You Might Also Like

0 Komen