Misi Gagal - Kopi & Anak-Anak

8:16 PG

Assalammualaikum W.B.T


Sejak kopi bawa anak-anak dia pindah atas katil aku, aku dan laki aku jatuh pangkat. Sedih sop sop.. kami terpaksa tidur dekat bilik lain sebab takut tertindih anak dia yang sebesar galaxy note 2 aku ni. alang note ni pon kene tindih apatah lagi bebudak berdua tu kang..

Cubaan aku untuk pindahkan dia dalam kotak gagal sebab kopi akan pindahkan balik anak dia naik atas katil! tak guna! punye best dia siap masuk dalam toto ok! dulu masa kecik-kecik kopi tu memanglah tidur dengan aku sampai besar pun sama juga tapi ni dah ada anak kot. tak kan nak hangkut dua-dua.

geram dengan kopi ni cakap banyak mana pon dia tetap dengan perangai nak anak dia tidur atas katil tu.. 


Tidur siap nak bantal. masuk dalam selimut. dalam toto. siap membongkang 1 katil tu dia punye.. geram aku..kang aku bebel dia muka tak tahu dia je. nasib anak ko comel kopi ooiii


Anak kopi lak tidur buas. berjalan sana..berjalan sini.. masuk sana kuar sini. kalau dengar dia bising time dia terkejut atau cari mak dia tak jumpa je. 

 

skil tidur dia kalah bapak dia. kalau aku baring kejab sebelah mereka ni. kejab je dah datang melendet tepi aku siap bantai tidur lagi



anak kopi ada dua micko dan micky. micko jenis tidur mamposss. ko cuit pon tak bagun. kalau dia bangun ko pegang dia gerenti dia marah. seko lagi micky. micky ni jenis selambek dek dia je. dia paling suka melecet kat aku. tidur atas tangan aku.. kadang-kadang masuk bawah aku. mana tak aku risau dia terpenyet. micky ni jenis kuat main kuat terkejut. kalau dia tidur jangan ada bunyi kalau ada kompom dia terkejut pas tu sambung tidur balik. macam bayi manusia juga :)

 

Malam tadi aku usahakan 1 misi. letak bantal kucing atas katil letak atas kepala nak suruh depa tidur..  so aku leh tidur atas katil ni dengan papa dia.




Tapi sayang... MISI GAGAL. aku kene tidur dekat bilik lain smpai roboh katil bilik no 2 tu (katil bujang), laku aku tidur bawah. last2 laki aku turunkan tilam, dua2 tidur bawah. TAK ROMANTIK LANGSUNG.. SEMUA KERANA KOPI.. nasib mama sayang :) Kopi............kopi, apa dia nak semua dia dapat.. letih layan perangai degil dia

You Might Also Like

1 Komen