Tiga Temujanji..

12:09 PTG




Bagi yang tak tahu, pupel semalam pergi Pratonton 3 Temujanji
kerana menang hadiah dari MIG ONLINE Peraduan Tukar Profile :)

So, sebelum pupel buat review..
ni pupel tempek gamba pupel dengan en suami masa mendaftar semalam.





Review Tiga Temujanji..Cintaku Umpama Puzzle, Kepingan Terakhir Milikmu…


3 Temujanji ialah cerita mengenai Reanna seorang wanita watak ego yang cute dan comel. Kerana prinsip tak percaya pada lelaki dan cinta, dia jadi terlalu ego pada cinta. Dia menetapkan 3 temujanji untuk setiap lelaki yang ingin mendekatinya tanpa  pertaruhkan perasaan. Selepas temujanji ke 3, mereka akan putus secara baik. Rienna menetapkan syarat-syarat untuk sesiapa yang nakkan 3 temujanji itu.

Sein, seorang pegawai bank yang tak jadi kawen sebab makwe dia kejarkan kerjaya sebagai seorang artis. Perkenalan sein dan Reanna  terjadi bila si sein ni (sebelum sein nak lamar si makwe dia tu) nak minta Reanna yang buka butik pengantin untuk reka baju kawen sein ni. Rienna pulak lepas tahu yang sein ni pegawai bank, dia cuba untuk gunakan sein supaya loan yang dia nak buat tu lulus. So dia buatlah trick untuk buat si sien ni apply 3 temujanji tu.

Lepas sein apply, sein gunakan sehabis baik 3 kali temujanji tu dengan cara yang sangat sweet dan lama tak lama buat si Reanna  tu jatuh hati kat sein tapi Reanna  egolah dengan prinsip dia biarpun hati dah mula bunga-bunga. Untuk temujanji ke 3, si Reanna  cuba sedaya upaya elak sebab dia tak nak perkenalan dia dengan sein cepat habis bila sein apply temujanji ke 3 tu. Tapi macam biasalah. cerita cam ni mesti ada konflik kan. Kerana keegoaan Reanna  tu la yang akan buat dia sedar yang sebenarnya dia salah mempertahankan prinsip 3 temujanji tu.

Kalau korang nak review lebih besh sila pergi ke blog nisakay sebab pupel rasa kepala tak jalan nak tulis review yang terbaik untuk korang.

Bagi pupel :

-Cerita ni sangat sweet. Macam biasa piere andre kalau jadi lelaki sweet dan romantis memang menjadi sampai pupel nak je suruh suami bertukar watak eh! merepek!!
-Cerita ni aku tangkap leleh masa Amanda dan Kamal berkrisis. sedih sampai jatuh air mata aku. (kalau nak tahu sapa amanda dan kamal korang kene tengok cerita ni nanti)
-Ada sebab kenapa watak reanna terlalu ego dan korang kene tengok untuk tahu. kang pupel cerita semua nanti ada yang bising.
-Cerita ni lagi besh kalau ada lagu tema yang mendayu macam Selamat Pagi Cinta tu..

Selamat menonton!

You Might Also Like

2 Komen