Makan-Makan The Chickien Rice Shop Sunway Pyramid

8:00 PG



Semalam misi jalan-jalan cari baju. Sebelum cari baju harus jalan-jalan cari makan dulu. perut dah keroncong-cong betul. pusing-pusing dalam Sunway Pyramid, semua tak lalu nak makan sebab misi utama nak cari NASI.. So nampaklah  The Chickien Rice Shop.



Dah banyak kali makan The Chickien Rice Shop tapi tak tahu kenapa dekat Sunway Pyramid pupel rasa puas hati sangat. Order je tak sampai bape minit datang air, lepas tu sampai semua. Kalau selalu makan dekat tempat lain air dah habis 2 cawan, tak sampai-sampai lagi. Ni super pantas!!. Memang puas hati. Makanan pun banyak tak kedekutlah macam tempat lain hahaha. jahat aku :)


Tuan belog pantang nampak air hahaha.


en suami syok makan natadecoco sampai tak cukup rempat pupel punya..
tengah syok makan, makanan lain sampai :)


Ha kau puas aku makan! hahaha. macam biasa makan kat The Chickien Rice Shop 2 orang dalam lebih kurang RM33 tapi puas hati oooo. Tak tahulah servis The Chickien Rice Shop dekat  Sunway Pyramid ni bagus sebab tak ramai orang time pupel pergi tu. jangan aku dah puji-puji ni servis makan teruk sudahlah hehehe. 



You Might Also Like

4 Komen