Berblog Cara Aku!! Edisi Instagram.

10:00 PG




Kalau dulu, Photoscape harus ado.. Sekarang, adanya Instagram. semuanya mudah. Haha.

Mudah macam mana tu??



Mudah sampai dalam tidur pun boleh update blog siap gambar beredit :)

Sebenarnya aku makin suka dengan adanya Instagram ni. Bukan apa, dengan adanya aku cuma ambil gambar apa yang aku nak guna Smartphone (guna perisian Instagramdalam hp tu), updated, jangan lupa tick untuk berkongsi di Facebook dan Twitter.. Kemudian, nak buat entri blog, aku cuma pergi ke Folder  Instagram.dalam FB aku dan copy gambar dari sana. 

Copy terus ke new post dalam blog ni. Lepas tu taip lah apa nak taip. aku tak perlu lagi nak cucuk cabel usb ke, bluetooth ke.. lepas tu tak payah nak susah2 buka Photoscape nak edit bagai. So bagi aku dengan adanya Instagram. ianya sangat memudahkan kerja aku :)  Lagipun, aku ni dah la pemalas nak cucuk usb bagai ni. Hahaha.

Korang yang ada smartphone, bolehlah download Instagram. dan gunakan ianya untuk memudahkan lagi kerja seharian korang. Untuk orang yang memang kurang ngadap pc time kerja macam aku ni (ok aku tipu je ni), ianya sangat memudahkan. Apakata korang cuba ok.

You Might Also Like

2 Komen