Perangai Baru Anak Bulus.. Oh Kopi

7:51 PTG



Budak ni dah ada perangai paling terbaru!!


1.  Pandai main cak-cak. Dia akan lari ke mana-mana dan suruh aku cari dia. Caranya..dia akan menjerit selagi aku tak datang dekat dia. Kalau aku nyorok, dia akan cari sambil meow2 sampai ekor kembang sebab selalu tak jumpe aku nyorok belakang dinding. Hahaha!.

2. Akan hantar sku pergi kerja sampai muka pintu dan berlari dapatkan kita bila pintu dikuak. Kalau cakap Assalammualaikum je, dia dah meoww2  sambil lari-lari. Kadang-kadang, aku try buka pintu slow-slow, tapi dia mesti dengar..Cepat je dia dah lari.

3. Dia dah pandai main gigit-gigit tahap sakit. Dia akan gigit kita sampai dia boring dan tertido.

4. Kalau aku buka laptop, dia lah yang pertama duduk atas laptop sampai aku tak dapat nak update blog atau main tenet. Memang dia pantang nampak laptop.

5. Pantang nampak orang bangun kemana-mana atau nak kuar jalan-jalan.. mesti dia nak ikut. sampai rasa kesian nak tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang

Kejab je kopi dah pandai. rasa macam baru je ambil kopi dan masa tu superrrr la skema budak kopi ni. Diam aje. Sekarang tidak lagi!! paling teruk kopi sekarang asik kacau papa tidur je. Suami cakap, dia akan main atas dada suami sampai dia terjatuh dan tertidur. Lepas tu baru suami akan alihkan dia dekat tepi. Tapi still tidur atas tilam dengan kami. Mujur kopi ni pembersih dan sentiasa dicuci bila dia ehem2 hahaha..

Ni latest pic kopi dan en suami. En suami sayang betul dekat kopi :) alhamdulilah.


kopi dan papa
p/s : abaikan rumah bersepah tu!


apesallah laki aku buat gaya nyah tuuuu.
p/s : abaikan rumah bersepah tu!



You Might Also Like

1 Komen