Roti Cheese (12M++)

11:46 PG



 السلام عليكم 
안녕하세요!!



Bahan:
Roti 
Cheddar
Telur
Tepung
Air
Serbuk Kunyit (Sedikit je)
Butter (atau Unsalted butter/Minyak) -  Untuk Goreng


Cara:
1.  Pecahkan sebiji telur, masukkan tepung gaul rata, letak sedikit air.
2.  Letakkan sedikit kunyit untuk warnakan bancuhan salutan roti tadi.
3. Ambik dua keping roti. Letakkan cheddar ditengah-tengah dan tekan-tekan sikit bagi kedua-dua roti tu leper.
4. Salutkan roti dengan bancuhan salutan tadi dan goreng dengan butter/minyak yang sedikit. Goreng sampai garing.
5. Selepas kedua-dua bahagian garing.. Angkat, potong bahagian tepi (yang ni mak-mak bedallah apa lagi).. dan potong kecik-kecik seperti dalam gambar bagi memudahkan anak kita makan. heeeeeeee~

p/s: anak-anak kita mesti suka nihhhh.. kejab je habis. tapi tunggulah sejuk sikit baru bagi anak makan ye sebab ada cheese kan, kang panas pulak

Selamat mencubaaaaaaa..

p/s: biasa aku buat untuk sarapan kim dina atau bawa g umah pengasuh. Sekarang anakku itu kene ada sarapan heee. so sehari buat 2-3 menu untuk dibawa ke rumah pengasuh.

You Might Also Like

1 Komen