Susu ohh Susu ooh SUSU

11:37 PG



 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Sejak dua menjak ni aku agak kepeningan memikirkan susu yang semakin hari semakin sikit. Aku ni jenis makan sikit. Terlebih makan kang terbongkang mulalah sakit perut. Kurang makan pula mulalah gastrik angin dan susu kurang.

Sekarang ni sekali pam susu kedua-dua belah dapat antara 2-3oz sahaja (1/2 jam kalau guna double pam, 1jam kalau guna single). Sekarang tak cukup bawa ke pengasuh. Sehari aku dapat bekalkan sekali minum je. Kim Dina minum 3 kali sehari. Anak aku ni mang jenis minum air masak, so air susu diperlukan bile dia punya mata dah tangkappp bengkak ngantuk gileee. Tu pon terpaksa ku topupkan dengan FM. Ada ibu-ibu yang tak setuju kalau kita topup fm ni tapi nak buat gane.. susu tak mencukupi biarpun aku telah makan macam-macam. 

Bagusnya pengasuh aku ni melayan je kehendak aku. Aku bawakan mana yang termampu hasil perahan yang ada dan aku suruh dia topupkan dengan fm. Dia cakap jangan risau sebab anak aku jenis kuat makan dan kuat minum air masak so takkan lapar. heee. yela aku kalau amik kim dina tu, mulut asik ngunyaaaaaaaaaaah je. Pulak apa yang mama pengasuh makan, dia hendak.. Aiyoyo~ nasib mama jenis tak ngira., dia bagi je aku pon jenis tak kisah asalkan makanan tu kompom anak aku leh makan. Mama pengasuh pon jenis bercerita, apa yang dibagi makan. So takde lah aku gusar hati.


-semua makanan dia bedal-
dalam mulut ada kek, ayam, kentang.
kalau lambat dia bebel "MAM, MAM.MAM" 
lokasi : rumah atok

Berbalik kepada susu juga, kim dina macam biasa dengan perangai tak moo botol kalau dengan aku dan ayahnya.. Dia cuma df je dengan aku. Siang tak berapa nak. Orang kata minum buat hilang haus seteguk seteguk tapi kalau malam, haaaaaaaaaaaaaa yang ni masyak.. Kes tak mohh lepas punya sampai aku nak g kencing pon dia menjerit. Ceritanya kalau lepas dia ngamuk, so setiap malam aku dok memujuk. Yang dasyatnya kadang-kadang dengar suara orangnya takde, rupanya aku tersedar lambat.. dia dah bergolek kat kaki ayah dia.. kadang-kadang tersepit tengah2 kat ayah dia. 


Aku ada terfikir nak try malam-malam tu tengah dia ngamuk buatkan susu fm tapi laki aku kata tak payah. tapi dina tu kalau malam-malam nages df mang senyap cuma tulah kejab-kejab melalak. Aku rasa pasal susu tak bape nak hado ni. Hai sedih pulak. Kalau boleh nak bagi kim dina tu susu badan sampai 2y~.. tapi tergedek-gedek terkekek-kekek.

Dok memikir je kang strees lagi takde susukan. Ayoyoyo. sekarang aku kurangkan mengempam ikut dan je sebab kerja pon bz sekarang ni ai ai. Tapi aku bersyukur dah setahun kim dina tp still dapat susu ibu alhamdulilah..











P/S: ikut muka siapa?
AYAH?
IBU?

You Might Also Like

0 Komen