Alergi Make-Up

5:00 PTG



 السلام عليكم 
안녕하세요!!

HUUU.. udah tua-tua ni macam-macam penyakit datang. Dah berbulan aku menanggung alergi nih!.. Begini ceritanya, ada 1 hari tu aku berangan nak cantik, aku g beli lipice. Lepas pakai, mulut aku mula merah.. atas mulut tu pedih. Bibir jangan cakap, lebih munggil dari Kim K.

Pastu stop pakai, tapi bengkak, pedih dah merah tu berlarutan seminggu ke seminggu. Aku tak tahan, aku g klinik, doktor bagi ubat macam pelembab. Aku pakai jadi makin teruk. Memula je nampak ok la. tapi seminggu ke seminggu mula memerah semua muka.. naik sampai ke pipi dan idung.. terus ke dahi..

Ada yang kata myb aku alergi makanan tapi aku tak rasa macam tu, sebab muka aku akan start macam nak terbakar kalau aku pakai something walaupon SEJORENG!! Mengelupas jangan cakap la, siap boleh berterabur kulit kering tu. Pakai pelembab pon tak boleh.. 

Lama aku dok try macam-macam, benda yang sama berulang berlaku jua.. ceh ayat.. Aku malas nak ulang balik g klinik sebab rasa macam jenuh nak menunggu. Aku bertahan jelaaa sekarang ni.

Ada kawan bagi try ubat, tapi sekejab je elok pastu jadi balik.. mang tak sesuai. Udahnya aku diam, sekarang ni kalau nak rasa kurang, aku basuh muka pakai sabun susu beras. itu je yang boleh buat masa ni. 

So sekarang muka aku memang ada parut-parut yang terbakar tuh.. yang mengelupas plus aku rajin kopek tu, dan yang merah-merah walaupun terkena sembur-sembur minyak wangi.. Laki aku la, pergi sembur minyak wangi kat kipas pastu muka ada losyen nak cium-cium kita pulak tak boleeeeeeeeeeeeh laaaaaaaaaaaa.. menagis aku muka merah tauuu tak.

Ni semalam aku gatal konon muka dah baik pakai BB CREAM dan bedak. rupanya tak bolehhhhhhhh jugalaaaaa. bedak pon tak boleeeeeh. So sekarang aku mang comot g kerja tak pakai bedak bukan aku malas, sakit, atau mengalami masalah tekanan jiwa dan sebagainya tapi aku punye muka alergilaaaaaah dengan segala jenis make-up sambil menyanyi tepi bucu katil.



p/s: bye make-up~~


You Might Also Like

1 Komen