My13M Baby

5:05 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Sejak dua menjak blogkuuu ini penuh cerita pasal #KIMD. Eh eh biasalah.. kita tunggu 4y baru dapat sorang ni banyak benda nak kongsi. Keh2. My baby boo tu sekarang tengah sibuk tatih. Duk kat sofa keliling sofa. Suruh lepas tangan menjerit terus duduk. Tapi mak dia ni perasan kalau minah tu sorang-sorang helok je dia jalan lepas tangan tauuu.. Kadang3 rasa anak kita ni mengada ke apa depan ibu tak mau tunjuk pandai ni. Heee.. takut ibu suruh jalan sendiri ke hapa?


*pergi akuaria tak bagi orang kacau nak tengok ikan 
sorang-sorang macam nilahh
menagis kalau ibu ayah suh ajak bergambar!!*

Kim Dina juga ya hamat kuat makan. Pagi-pagi wajib ada sarapan. Kerjanya mengunyah aje. Kemudian tengahari makan berat. Petang pon sama. Kalau kat rumah pengasuh, bekal nasi n sup tu biasa mama buat 3 kali makan. Dan aku juga bekalkan sarapan seperti jemput-jemput/lempeng/nasi goreng/roti bakar cheese ikut mana yang sempat dibuat. Aku juga bekalkan biskut. Dina kuat kunyah-kunyah. Biskut wajib. Kalau tengok tv ngunyah, main ngunyah.. Biasa petang sementara nak tunggu aku balik ambil pon ngunyah sampai kereta. Mentang-mentang gigi dah banyak..


*Dah ajar anak pagi wajib sarapan
ni dia tengah sarapan sementara tunggu aku pakai tudung
takdelah dia bising-bising*


Susu masih lagi aku bagi susu badan cuma aku dalam fasa susu kurang. Kene topup fm juga sebotol dua kat rumah mama. Aku sekarang kalau pam sekali dapat dalam 2oz. 2-3kali pam nak cukupkan 1 kali dina minum. Nasib baik dekat rumah mama dia tak banyak songeh. Minum je. pelik.. kat rumah mang direct feeding. Kalau dia nak, dia datang tepuk-tepuk lagi. alahai anak.



Aku juga ada try bagi dina minum susu fm kat rumah sebab takut dia xcukup susu sebab kadang-kadang malam-malam dia tidur mengamuk cari candu dia. aku asik fikir tak cukup susu ke. Tapi dia tak moooh botol kan. aku bagi minum pakai cawan. lepas dia minum, dia geleng-geleng kepala. 2-3 kali minum dah tak mooo.

Perkembangan lain? Minah ni macam biasa kuat membebel. Suka betul membebel tak tentu pasal lagi-lagi kalau nampak ayah dia atau lelaki badan besar. Mang ditegur. Dalam lif jumpa sapa je dia tegur ajak borak. Pastu dia ni ada garang sikit. Perangai tak suka orang kacau tuu membawa dia marah tuuuu. Dia marah balik gak aku kalau aku marah dia. Cisss anakkuu. Pastu dia senyumm.. Cabut lari..

Tidur sangat membimbangkan sebab anak aku ni jenis tidur dari hujung ke hujung macam penggelek kuih semua dia langgar. Tiba-tiba dengar bendentung dan disusuli tangisan rupanya kepala dia berdentung dengan dinding. Ayah dia la kerja menangkap anak berpusing pusing. HAHAHA..



You Might Also Like

0 Komen