Opis Baru

12:09 PTG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Dua tiga hari ni aku penat gile. Nak kata beria kemas sebab nak pindah aras 2 ke aras 6 kat opis ni tak juga sebab aku kan juara mengelat. Hahaha.. bagi la yang berdaya tuu ngemas. Nyilu kat perut ni masih berasa nak beria mengangkat kotak semua. Yang penting barang aku dan bos aku siap. Bos yang lelaki sumeee pandai kemas dan angkat sendiri. Alhamdulilah.


Opis baru renovate. Memang cantik

Oleh kerana aku ni kerap sangat berpindahnya, barang takde banyak mana tapi jenuh juga nak mengemas. 1 je aku tak berapa suka tempat baru ni sebab lampu atas kepala. Berdenyut kepala aku dibuatnya. Pastu sejuuuuuuuuuk gileee~
 


Akhirnya menjamah tempat sendiri dan tak duk cubicle lagi. Sejak masuk agc tahun 2011 dan sampai sekarang asik duk cubicle je. Kali ni dapat la meja sepotet ni tapi oklah ada ruangan sendiri. MARAH akak aku yang cikgu tuuhh sebab dia cakap AKU PEGAWAI MEJA TAKDEEEKK. nak buat ganeeee. ko tu cikgu heeee.. 

Semogalah dapat berkerja dengan bahagia.

You Might Also Like

0 Komen