Apple : Iphone SE

3:34 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Uhuii dah lama rasanya aku tak menulis berkaitan gadget dekat blog ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni aku jarang beli gadget. Last beli rasanya tahun 2014 tak silap aku. Note 3 Pink. Lepas aku mengandung dan ada anak ni memang xde upgade hp baru sebab rasa  keperluan anak lebih penting. Tapi sejak dua menjak hp aku tuuu biol, aku mula berfikir nak beli baru tapi tak beli-beli sehingga abg aku dok amik OPPO F1. Mula aku dok kaji pasal gadget balik. Sebab seriusly OPPO F1 saling tak tumpah macam IP6S. Dalaman dia pon lebih kurang biarpun menggunakan Android. Aku terus kaji berbaloi ke tak kalau ambil OPPO F1 biarpun aku lebih suka Iphone..

Note 3 aku dah diambil oleh laki aku sebab aku jarang pakai. Plus dah lama pakai IP5 lebih selesa dengan produk Apple berbanding Samsung (Good Bye Sam, Anneonggg~) Berbalik kepada OPPO F1, ada satu lagi OPPO F1-Plus. Tapi setelah ditimbang tara, aku yang konon-konon tak nak ambil tahu hal gadget ni terjumpa IPSE yang sama harga dengan OPPO F1-Plus, namun dalamannya  menyerupai IP6S.

Bila fikir-fikir balik, aku terus tertarik kat IPSE Sebab apa? Harus sebab IPSE sama size dengan IP5.. Serius, sejak dah ada kimD, aku lebih tertarik dengan telefon yang lebih kecil, mudah nak gengam, juga mudah untuk kimD pegang.IPSE memang kalah dari segi kamera depan tapi bagi aku 1.2mp pon ok. cantik sangat gambar bila ambil menggunakan IPSE nih..


Kat bawah ni info penuh berkaitan IPSE


 
Buat penggemar IP Screen 4inci mehhhh leh beli IPSE.. tak payah beli handphone beso-beso gadang tuu. payah nak pegang.. kang anak main jatuh sakit muka dia. Sejarah aku pakai IP5 alhamdulilah biarpon jatuh aku boleh ilek lagi. orang tepi-tepi aku yang cuak.. iphone tuuu. ilek.. kita bayar mahal suatu barang tu, memang sayang tapi kalau jatuh tapi masih steady, puas hati kita. Berbaloii..  

Kesimpulannya, aku suka IPSE. Setakat ni aku rasa tak banyak beza dengan IP5 dan aku suka. Laki  aku pon tak perasan masa satu SE dan mana satu IP5. Cuma untuk SE aku ambik warna rose gold (pink) baru sama dengan Note3 Pink laki aku tu (hahahaha-gelak jahat).


Eh lupa nak cerita, IPSE ni boleh didapati dengan harga lebih kurang RM1900 je bergantung dengan sapa lerr ko beli. Aku macam biasa, ni adalah telefon kedua yang aku beli dengan KEDAI HANDPHONE 0N9 (boleh google dekat FB) atau mcgadgets. Trusted seller tapi harga dia biasa je. Tapi menawarkan bayaran secara ansuran. Boleh ushar kalau nak tahu lebih lanjut. Aku suka beli dengan kedai ni sebab aku malehh nak g ushar-ushar kat kedai.. Kang keluar g beli, makan je dah RM100 lom lagi terbeli itu ini, penat berjalan, penat cari kedai, minyak kereta lagi. Haha. sebab rumah aku dengan tokey dia nii sebelah parcel je.. takde hal pickup depan rumah heeeee~ dan untuk korang yang tiba-tiba hp rosak ke apa, bayar separuh harga dah boleh dapat hp kat tangan dan bayar another 4month secara ansurans tapi minta leerrr jujur ye.. Beli dan bayar.. Jangan beli dan lesap. Eh banyak pulak aku bebel.






ingkasan Spesifikasi iPhone SE Skrin 4.0 inci Resolusi Retina 1136x 640 piksel CPU A9 chipset 64 bit Memori 2GB RAM LPDDR4 Kamera Hadapan 1.2MP Kamera Belakang 12MP Bateri 1642 mAh Berat 113g Harga di Malaysia (jangkaan) RM1699 (16GB) RM2199 (64GB) Fungsi Tambahan Touch ID Apple Pay Retina Flash

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
ingkasan Spesifikasi iPhone SE Skrin 4.0 inci Resolusi Retina 1136x 640 piksel CPU A9 chipset 64 bit Memori 2GB RAM LPDDR4 Kamera Hadapan 1.2MP Kamera Belakang 12MP Bateri 1642 mAh Berat 113g Harga di Malaysia (jangkaan) RM1699 (16GB) RM2199 (64GB) Fungsi Tambahan Touch ID Apple Pay Retina Flash

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
ingkasan Spesifikasi iPhone SE Skrin 4.0 inci Resolusi Retina 1136x 640 piksel CPU A9 chipset 64 bit Memori 2GB RAM LPDDR4 Kamera Hadapan 1.2MP Kamera Belakang 12MP Bateri 1642 mAh Berat 113g Harga di Malaysia (jangkaan) RM1699 (16GB) RM2199 (64GB) Fungsi Tambahan Touch ID Apple Pay Retina Flash

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

You Might Also Like

0 Komen