Selamat Hari Raya Aidilfitri

10:53 PG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!


Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin. Tahun ni kita #teamrayarumahsuami #teamrayaterengganu hahaha tapi tahun ni sepesel edision sikit dapat juga beraya dua-dua belah pihak. kehkeh..

Tahun ni suami aku tu bz bebeno. Sampaikan kalau boleh malam raya pon nak kerja. Sejak kerja kilang susu dari singapore tu payahhhhhhhhhh betul nak cuti. Payah nak nampak muka kat rumah. Kalau kul 6.45 dah keluar rumah..kul 12 malam nanti baru sampai rumah. Asik bising mesin tak siap mesin tak siap.

Jadinya raya tahun ni cuti sekejab jela.. Aku pon start cuti hari selasa sampai hari semalam 11/7. Hari ni masuk kerja dahh.. Kiranya raya tahun ni aku ambik 2 hari je cuti rehat aku tuhh.. Tu pon semalam laki aku dah kerja, aku cuti pasal mama dina cuti.

Pasal raya, hari selasa kitaorang gerak balik ganu. Tu pon gerak dah kul 1 juga sebab laki aku tu semalamnya balik kul 3 pagi. Haishhh tu aku cakap nape abg tak bawa sekali bantal dengan selimut. Fuhhh~~ Oleh sebab dah ada dina ni memang laki aku la drive kan. Sampai rumah mertua dah kul 10 juga biasalah ada anak kecik bawa tak laju mana plus aku ajak laki aku g bazar kuala berang kejab. Boleh tudung Bella Ammara aku hilang nak rayoo ni.. Nasib ada bazar rembat tudung RM18 tapi sedap pakai. huuu nasib ada nasib ada. Nasib laki aku nak layan. kalau tak, pakai tudung saji jelaaa~

Hari raya pertama tu, takde apa sangat kat rumah mertua aku pasal mak mertua dah takde. Ayoh pulak jenis bawa diri dia je. Pagi-pagi makan nasi minyak je.. Biasalah sana xde buat ketupat rendang sume tuh.. So raya ni mang sangat biasa-biasa dari segi makanan. Pas diaorg ni balik semayang raya, kami bawa ayoh dan kak ipar aku g rumah pakcik (pok) dekat Pulau Kerengga, Marang. Mang kebiasaanya kalau kami balik raya, rajin la bawa ayoh jalan-jalan. Kalau tak, ayoh tak g mana-mana.


Kim D pinjam kuda anak sedara jab.
KimD dah ada sorang anak sedara sebaya dia gak.
maklumlah mak ko dah jadi nenek eh eh

So kat situlah kami sibuk bergambar.. Al-maklumlah ada anak sedara mintak dia ambilkan.. Berapa kami amik entah. Biasalah sikecik tu mana geti dok diam. Mujur nak senyum, tapi mak pak dah tak leh nak senyum dahh ahahaha..


Tema raya pertama caca marbahhh. Aigo laki aku lerrr orang dah kata tema biru, beli baju melayu biru tapi dia xnak beli konon tak nak pakai baju melayu. Pastu dia boleh bawa baju melayu tahun lepas pakai dan pergi beraya. Mak takleh cakap apa. Redha je banyak-banyak sopsop. Nasib le masuk kaler
Pastu ke sebuah rumah sedara mara jugalah tapi aku tak kenal sapa..pastu kitaorang balik. Balik tu layan mata jabb.. layan anak dara tu asik ajak baring ngempeng jeee.. Petangnya pulak pergi rumah makcik-makcik laki aku ni ha kat kampung tu dapat la 2 buah rumah lagi. dan terus g Kuala Terengganu beraya rumah mak angkat laki aku tu pun kejab je sebab aku dah cuit-cuit laki aku. Bukan apa kalau tak dicuit mamat ni alamat tido sanaler jawabnya..


"yah jomla balik.. kita nak susu" 

Raya kedua pula, kami bawa ayoh g dungun. Bawa jalan jumpa adik beradik ayohh.. Kim D suka betul g sana sebab suasana kampung dia best. Asik ajak ayoh dia tengok burung je.


Tema hari raya kedua Biru :)


_with tok ki_
toki tak suka sangat bergambar.. Dia suka selit gitu je
ajak bergambar kompom lari..

Lepas beraya dua buah rumah.. aku ajak berhenti jab makan. Pak mertua aku cakap "brahi betul aku makan luar" hakikatnya beraya rumah orang, mang mereka hilang kita makan kan. tapi tak kan nak melantak. kak ipar aku kata "mek makan sikit sangat". hakikatnya tak boleh la nak makan banyak. malu.. lagipun tuan rumah tak makan lagi. Kita rasa-rasa je kan kan. Berhenti kat pantai ni mang best leee amik gambo tak sudah-sudah. Masa ni kimD dah tukar baju. Akak ipar aku mandikan dia kat rumah sepupu arwah mak tadi..


opsss.. perut boncit.
abaikan perut tu. ko tengok kain baju aku gebu gebas.. 
ha baju ni la yang tudungnya hilang
beria aku beli baju+tudung Bella Ammara ni.
Asmaradana betul! sampai sekarang tak jumpa tudung tuh :(


- mak,pak,anok-

Raya ketiga pula, tengahari kami dah gerak balik ke Johor. Sebenarnya takde perancangan nak balik Johor sebab cuti laki aku tak banyak ditambah dana tak mengizinkan hehehe.. Tapi bila dengar mak aku demam pulak, tak sihat tak nak makan, aku rasa kene balik juga. Myb rindu KimD. atau ada isu-isu lain.. So aku gerak je tapi tak bagitahu. Dah sampai muar malam tu baru aku call abg aku bagitahu kami dah kat muaaar hehehe.. Mak pulak alhamdulilah makin ok cuma malam tu abg aku bawa g klinik cucuk ubat. Alhamdulilah sihat dan esok kami bawa mak pergi beraya rumah pakcik mak dekat simpang renggam. Tak pergi lama-lama sebab mak susah nak gerak plus pakai pampers kan...


Tahun ni baju raya sorang 2 pasang je.. so recycle balik baju raya pertama heheh.
 baju kita dari Leeyana Rahman.Co
Baju Suar Ayoh dari Mango & Uniqlo
Baju KimD dari Poney
 

-view rumah atok paman ni cantik..  
ambil gambar banyak2 he


mak peling perences perut buncit gigi jarang 


Balik tu kami singgah rumah abg dan kakak pastu balik rumah mak. Hari raya ke 5 dah balik putrajaya semula.. Tak de jalan raya beria sebab aku ni pon tak bape suka jalan-jalan g beraya sebenarnya. Hehe.. Banyak sedara mara lagi tapi sebab belah aku, kuarga aku dah pergi dan aku dah tertinggal kapal terbang so aku tak pergi lagipun tak sempat nak pergi.

Itujelah cerita hari raya kali ini eh eh dah boleh masuk kerja.. kita hadap laptop kerja kerja kerja & SELAMAT HARI RAYA :)



You Might Also Like

0 Komen