Simpan Alatan Perang - Susu Ibu

3:42 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!
 
Sedih sebenarnya tapi aku terpaksa buat keputusan untuk simpan alatan perang. Hahaha Aku berperang dalam penyusuan ibu dan sedih untuk aku terima yang aku kene stop pam susu kat pejabat berikutan kerana hasil yang kurang memberangsangkan. Tapi KimD masih lagi menyusu badan pada waktu malam dan cuti kerana KimD memang tolak botol dengan aku kan Aku berharap bila aku tak pam kat pejabat tak bermakna susu aku habis terus. Aku positifkan berkali-kali fikiran aku nih.

Aku bersyukur sampai sekarang atlist KimD masih dapat susu ibu. Susu formula hanya aku berikan masa KimD dekat rumah pengasuh. Tapi alhamdulilah anak dara aku tu memang sejenis budak yang mengunyaaaaaaaah aje kerjanya so tak risau sangat. Dan KimD juga memang suka minum air masak. Pergi mana-mana wajib bawa air masak so dia takdelah nak susu sangat bila kita jalan-jalan tapi biasa masuk kereta sejuk kene aircond je kompom nak susu.

Susu formula KimD serasi pulak dengan Dumex Dulac. Sebelum ni pernah bagi Lactogen, Dutch Lady dan Stella tapi KimD tolak habis-habisan. 


"rindu waktu KimD membulat macam ni"

p/s: next? belum............

You Might Also Like

0 Komen