My Ex Meow

9:29 PG

Assalammualaikum W.B.T

Semalam ada kawan dari dunia kucing kongsikan gambar nicky chalow. dah agak lama juga aku jual nicky pada seorang budak perempuan + lelaki tak sure adik badik ke pakwe makwe dan tak sure sapa yang jaga budak comel kesayangan laki aku tu. Sedia maklum aku jual RM200 je sebab masa tu sebenarnya aku nak carikan tuan baru plus kebetulan tak de makanan untuk anak-anak yang lain. Yelah bapak ko lama dah tak dapat gaji. aku memang tak dapat nak cover banyak benda.. 

sekarang.. alhamdulilah aku tengok nicky dijaga dengan baik, baru balik dari dikawenkan dengan flat face.. alhamdulilah senang hati aku tengok anak kesayangan aku tu dijaga dengan baik. Ikut hati aku nak mintak sapa-sapa duit bagi aku ambik balik nicky tapi tak boleh.. aku dah tak boleh bela kucing..




comel kan? macam puteri..
memula nama dia suzie. aku bagi nama nicky dan tuan baru dia bagi nama luna kalau tak silap aku..

rindunya dekat dia tapi laki aku cakap kita kene redha jangan dirindukan lagi kalau tak nanti sedih. sapa tak sedih kan.. nilah peneman aku dikala aku tengok drama ke, hindustan ke. aku belek dia sampai dia tertidur.. alahai anak mama. sedihnye..

nicko pulak sekarang dah duduk dengan mama baru.. tak lama lagi kopi pon akan menyusul ikut mama yang sama. anak-anak kopi akan dibahagi3kan.. dan berkemungkinan besar semua ikut mama yang sama..



aku harap anak-anak aku ni akan hidup dalam kegembiraan disamping tuan baru. mama sayang semuanya. tuhan yang tahu perasaan ini.. 

p/s: sedihnye. takpe3 mungkin ada hikmah disebaliknye..

You Might Also Like

0 Komen