Melepaskannya Bukan Semudah Kata-kata.

8:44 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni aku menghadapi kesusahan. sedih pilu biasalah suami kita tak kerja dah hampir 3 bulan. Gaji pulak tak dapat-dapat sepanjanng tempoh itu. Mana kita mampu cover kita akan cover mana yang tak kita hadapi sama-sama biarpun bank call banyak kali. bank pon satu, kereta lambat bayar beberapa hari pun dicall,dismsnya.. kalau lambat 3 bulan lainlah cerita.

Oleh sebab kondisi tidak membenarkan, ditambah beberapa faktor lain yang agak menyedihkan dan tak mampu untuk aku hadapinya lagi.. Aku nekad untuk mencari owner baru untuk kucing-kucing gebu aku si nicko dan nicky..






Aku nekad masukkan pic mereka dalam Dunia Kucing Group di facebook. Aku letak harga sangat murah RM200 seekor sebab bukan tujuan aku untuk menjual mereka. Niat aku, aku nak carikan mereka owner baru dan aku gunakan duit itu untuk isi perut anak-anak kucing yang masih ada dekat rumah aku ni. ada dua ekor yang hitam dan seekor yang mengandung. Kalau korang folow blog aku ni mesti kenal dengan kopi. Kopi pula sarat mengandung.

2 ekor yang hitam tu anak kopi dan nicko.. dah besar. ada yang nak tapi bila nak kita terpaksa hantar ni masalah juga ni. jauh pulak tu sampai kesudah tak aku hantar-hantar.

Hari sabtu aku letak gambar nicky nicko ramai betul berkenan. alhamdulilah tapi aku berikan pada yang pertama bertanya dan serius bukan tunggu nenek atau abah bagi kebenaran. Aku tak nak nanti bila dah bela kejab dia sms "kak, boleh ambik balik tak sebab nenek saya tak bagi bela?" aku tak nak macam tu..

Petang sabtu tu juga owner baru nicky nak ambik nicky. oleh sebab kami lokasi berlainan, kami deal ambik dipertengahan iaitu di Dataran Merdeka. Kalau nak tahu, didataran merdeka itulah aku beli nicky dan nicko dengan harga RM750. Semuanya menyedihkan.. 

Aku urut dada dan tahan air mata.."Mama lakukan yang terbaik untuk anak-anak mama. Harap kamu tak marah mama." Laki aku yang memula mencetuskan pergaduhan untuk jual kucing ni juga rupanya hati tisu. Tadi beria-ia kerana dia tertekan gaji tak dapat-dapat dan sedih tak dapat belikan makanan untuk anak-anak.. Dia tak nagis tapi sedihnye muka dia aku yang nampak.. Kejab-kejab pejam mata akhirnya keluar kata-kata "Sebab tu abang tak mahu bela binatang, bila dia kita dah sayang dan terpaksa lepaskan, sedihnya tuhan je yang tahu"

Hari rabu nanti owner nicko pulak datang ambik. Aku beri sekali carrier untuk owner baru senang bawa anak-anak aku. Ada orang kata aku bodoh sebab jual RM200.. tapi percayalah niat aku bukan untuk mendapatkan kesenangan atas kucing-kucing aku. Cukup aku dapat isi perut kopi yang sedang menggunung tu.. dan dua ekor anak dia yang masih ada.. 

Lepas kopi beranak dan anak baru putus susu, aku akan carikan tuan baru juga.. Juga akan mandulkan kopi. kopi boleh dibela tapi aku tak pasti lagi macam mana sebab aku tersepit dalam kata-kata orang, dalam tekanan sudut kiri dan kanan serta bermacam-macam lagi. Semoga Allah ampunkan aku..

You Might Also Like

2 Komen