4 Pergi 5 Mari..

9:02 PG

Assalammualaikum W.B.T

Entri sudah-sudah aku cerita aku kene lepaskan 4 ekor kucing aku kan? tapi hari ni aku nak cerita aku baru menerima 5 ekor kucing baru. Ko mampu? ceritanya anak dara aku yang dah tak dara tu beranak. ingat 2 je dia kuar.. upenye 5!! ADUHAI letih aku jadi mak bidan sebab kopi tu jenis kene tunggu depan mata dia kalau nak beranak. apa punye kucing dah!!!

Ni gambar masa mula-mula dia nak beranak tu. pening aku sebab dia dah meow pastu suruh aku belek perut dia. laki aku pulak dah buat drama perut lapar. laki aku kalau drama perut lapar memang apa pun tak boleh. so aku masak jab. kopi pon folow dah siap masak konon-konon nak mandi tapi kopi dah buat perangai nak baring kat katil aku. aku angkat semua cadar dan bantal takut terkena dia incase dia terberanak kan.

Pasti aku urut dan doa kat tuhan kalau dia nak beranak permudahkanlah. doa tu je sambil urut perut dia. dalam 45 minit urut aku ajak dia masuk bakul. aku rasa dia dah nak beranak sangat dia ikut je masuk bakul tu. aku macam orang gile pulak suruh dia tarik nafas semua tapi dia tak ikut pon cakap aku. ahhaha lepas tu aku pegang perut dia sambil suruh dia teran. dia teran tapi kejab-kejab dia jadi malas.


Bila dia malas aku marah. sebab aku takut anak mati dalam perut ke.. anak termakan taik sendiri ke. haha macam manusia juga konsepnye.. lama juga aku gosok perut dia sambil baring main fb. bile aku lari nak kencing dia dah marah-marah. MEOW MEOW. terpaksalah aku tunggu dengan busuk-busuk ni aduhai. kemudian dia pon teran teran.. hahaha 

agak susah untuk dia keluarkan anak dia yang 1st sebab 4 kali dia teran keluar ekor tapi dia kemut masuk balik budak tu. lepas tu aku cakap nak beranak jangan malas-malas kene teran sampai keluar.. akhirnya dia teran sampai keluar tapi dia kesakitan dan menjerit-jerit.. kesian kau aku tengok! 

Nilah gambar anak 1st dia. 99% ikut bapak dia uals.. 


terkesima aku sebab dia sebijik nicko dengan tangan putih kaki putih badan itam idung putih dan bawah mulut dia hitam. tiba2 aku sayu hati.. sebab kalau nicko nampak anak dia ni mesti dia jilat-jilat. dia sayang anak-anak dia tau.. nicko tak pernah buat cubaan untuk menyakitkan anak dia ( masa kopi beranak 1st dulu).

selesai yang pertama dia makan uri aku nak termuntah. aku menjerit panggil laki aku so dia terus duduk tunggu dengan aku.. dalam 20 minit keluar anak no 2 pon sama dengan bapak dia cuma bezanya tak ada hitam bawah mulut.

No 3 pulak keluar agak cepat tapi kesian dia macam lemas sebab tali pusat dah putus awal.. lepas tu kaler dia hitam letek! (keseluruhan hitam).

Anak ke 4 pulak keluar agak lambat pun sama macam bapak dia. keluar dengan keadaan dah terberak. kesian aku tengok!.. anak ke 5 laki aku cakap tunggu dulu.. tapi dah nak buat macam mana dah terkeluar. kesian aku tengok kopi sebab anak dia besar-besar so pek pek dia berdarah. kalau manusia kompom panjang jahitan tapi kucing tak luka uals..

Lepas tu aku dah kejang kaki aku lari je pergi tidur tekan-tekan perut dia dah tak ada.. aku pon membuta. pagi-pagi anak-anak kopi menjerit-jerit aku pon bangun. hahaha.. nilah gambar anak-anak kopi kehkeh..

sian kopi tak boleh nak pergi makan sebab anak dia asik nak minum susu ajeeee... sabarjelah.. dh! aku nak call mak aku cerita pasal anak-anak baru. bye!

You Might Also Like

1 Komen