Eid 2014

1:46 PTG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Diam tak diam hari ni dah 18 hari kita berhari raya. kejab aje. aku ni dah berzaman tak mengupdated blog ni. biasalah bulan pose ritu asik melara jiwa lara je. malas dan tak ada idea hehehe.. ni baru nak bercerita pasal hari raya ritu..

Hari raya tahun ni ikot plan aku beraya rumah mak mertua aku di terengganu sampai raya ke 3. raya ke 3 aku terus ke kedah sebab raya ke 4 adik aku kawen.. raya ke 4 juga gerak balik sampai umah abang aku di kajang dan tidur sana. Lepas tu baru balik johor. hari ahad balik ke putrajaya... Tapi rancangan ada sedikit perubahan. Yelah kita leh merancang tuhan yang menentukan. 

Sehari sebelum balik terengganu (aku balik terengganu hari sabtu) so hari jumaat malam la, aku turunkan rasa hati laki aku nak mancing udang.. sejak dok berbual dengan kawan dia pasal udang, port udang dah jadi macam apa dah laki aku tu. asik nak mengail udang je. aku ni jenis bini yang laki ajak selagi aku tak ada apa-apa aku ON je.. yelah minat dia.. aku tak suka nak halang tapi aku lagi join lagi ada, kita layan je dia. so kitaorang pergilah mengail dekat Kolam Pancing Berlauk Terachi Kuala Pilah uals..

Selalu laki aku ni mengail dekat kolam udang simen kali ni mengail dekat kolam biasa. hasilnya setelah berhempas pulas 5 jam.. habis RM50... dapat 4 ekor. Hahahah. apa nak dikata. aku diam je. dah dia nak mancing. tapi kawan-kawan dia bagi extra 6 ekor. dapatlah buat lauk lepas balik raya ritu.


Malam mancing tu tersenggut-senggut aku menunggu. tapi mata memang tak tahan udahnya aku bantai tidur dekat wakaf. sedar-sedar laki aku kejut.. "yang..yang.. dah nak balik". tengok jam.. dah nak kul 5 pon. balik umah sampai-sampai dah subuh. lepas subuh terus bantai tidur.  Esok bangun-bangun dah pukul 10. siap-siap kemas baju dah siap semua.. aku keluar g service kereta. sejak bulan 12 tahun lepas, ni dan-dan nak raya dia dah habis.. kene service. bagus juga sebab raya nak jalan jauh.


aku service dekat kedai Ras Energy ni. workshop bawah pokok dekat dengkil. nampak buruk. owner dan pekerja india tapi aku suka pergi sini sebab owner tak kedekut. setiap kali service mesti dapat hadiah. kedai peberet laki aku ni.. kemudian kitaorang pergi basuh kereta, maklumlah nak raya balik kampung kene basuh kereta baru semangat sikit. lepas tu kitaorang kemas barang dan terus siap-siap. sebelum balik kampung, laki aku ni dah niat nak belikan mak ayah dia baju plus aku pon nak cari tudung...so kitaorang pergi warta. jalan-jalan tak sedar dah nuka pon.. kitaorang buka air je. maklumlah kedai semua penuh.

dekat warta dapatlah beli baju ayah dan mak mertua aku. aku pon dapat 1 lagi baju sebab aku baru beli berapa baju je hehehhe.. plus nak g hantar adik aku kawen tu kenelah extra baju sebab nikah dengan sanding lain majlis. lepas tu terus gerak ke puchong nak ambik anak sedara laki aku yang nak menumpang balik terengganu. Husband dia tak dapat nak balik sebab tolong ayah dia meniaga so dia tumpang kitaorang.

sampai terengganu dah subuh pon.. nasib dah berhenti sahur pukul 1 kat rnr gambang. plus kitaorang berhenti tidur dekat rnr sungai ular sebab jalan mak datoo jemm... kul 4 macam tu baru gerak semula.. 

hari  raya pulak takdelah beraya mana. yela terengganu ni serba serbi simple. raya pon diaorang tak macam dekat johor. takde ketupat nasi, lodeh, rendang. aku cuma makan nasi dagang, nasi minyak dan ketupat pulut je kat sana. tapi time tu teringin rendang. nasib pergi umah kawan laki aku dapat makan rendang.



tu la gambar raya kitaorang. tak dapat nak ambik gambar duduk dekat kerusi macam korang sebab perkara itu sangat mustahil untuk dilakukan dirumah mak mertua aku. plus mak mertua aku dah lama tak sihat. dia terlantar aje.. tapi sebab ayah mertua aku nak pergi beraya kami bawa juga dia beraya kesana sini.. hari raya ke 3 kitaorang gerak ke kelantan lalu grik dan akan ke kedah. mak aii. pestime aku menghadapi 4 jam 4 trafic light kat kelantan ni.


sampai ke chalet dah petang sangat. rombongan dari johor lama dah sampai hehehe.. apa nak buat. jem.. bawa mpv naik bukit. SEMPUT!!. Kitaorang stay dekat chalet dalam pusat rekreasi air panas ulu legong. best juga cuma air panas kan. aku rendam kaki jela.. panas giliosss...


malam tu adik aku nikah.. kelakar aku tengok dia nikah. lepas sah terus alhamdulilah macam apa. sebab dia neves gile, aku tengok macam takde potensi sekali lepas. nasib baik lepas. dah la nak nikah tak bawa IC. sabaujelaaaaaaaaaaa. gambar ada tapi malas nak letak.. esoknya macam biasa majlis. ha nak cite hari majlis tu aku cirit birit. sebenarnya start dari hari sampai chalet lagi. malam laki bini tak leh tidur sebab cirit birit tapi laki aku cepat lak baik dia.  aku sampai sekarang masih nak berak aje. huwaaaaaaa..



pengantin lelaki tulah adik aku. aka majibur bari. bini dia putih melepak. tak cukup tidur terus jadi muka panda hehe. tapi dia punya kuat bercakap.. memang tak terlawan. cakap tak berhenti-henti hahaha sabarjelah...

cerita nak balik dari majlis adik aku ni ke rumah abang aku kat kajang lagi kelakar. ada ke aku cirit birit. berhenti dekat petrol pam berderet orang menunggu. dapat berak kejab. skali tu aku bantai minum 100plus. dia memulas lagi. aku cakap kat laki aku kalau tak berhenti aku tumbuk muka dia sebab memang tak tahan. kitaorang berhenti tanpa sempat nak roger 2-3 kereta lain sebab line hp takde. aku siap boleh mandi lagi. yang 2-3 keta lagi ingat kitaorang dah kemana. tu la bawa kereta laju lagi. aku asik kene tinggal je sebab masing-masing bawa kereta 1.6 keatas. aku punye keta dah la mpv.. ditambah ada pesakit cirit birit. faham jelah ahahhaha..malam juga baru sampai rumah abg aku n esoknya sempat beraya kat rumah pakcik aku dekat subang n lepas tu terus gerak balik ke johor.

otw dekat johor kitaorang asik dapat call je cakap mak mertua aku dah tak sihat. aku cakap dengan laki aku balik la ganu, tapi orang ganu pulak tahan-tahan tak bagi kitaorang balik lagi sebab kitaorg ni masih lom sampai johor lagi.

pulak laki aku ada test SPA hari selasa.. tak tahu macam mana. hari ahad tu pukul 4 pagi berkali-kali orang ganu call. kejab cakap suruh balik. aku pagi-pagi dah kemas nak gerak pastu call tak bagi balik, kitaorang dah serba salah nak balik ke tak. udahnya tak balik. aku cakap kat laki aku abang balik la dulu. test tu ayang buat hari selasa. nanti apa-apa hal abang roger la. tapi tu la otw nak balik ke putrajaya.. konon laki aku nak balik ganu naik bas dari putrajaya (tiket bus ke terengganu dari batu pahat sold out).. baru sampai tangkak dah dapat berita kematian. nak tak nak kitaorang kenelah gerak ke putrajaya. ambik apa patut dan terus balik ganu.. ceritanya ingatkan nak terus gerak ganu tapi akak laki aku suruh amik anak dia. sampai putrajaya dua-dua tak mahu tumpang nak balik sendiri.

Agaknya penat dua-dua tak dapat nak drive malam tu. 2-3 kali berhenti nak tidur aje, kitaorang sampai pukul 7 pagi. nasib kebumi pukul 11. aku sempat tunjuk muka.. lepas tu aku dah tak tahan badan aku sungguh sakit. aku boleh bantai tidur sebelah bilik orang mandi mayat. sungguh aku tak larat sangat.. sedar-sedar laki aku kata dah selamat pun kebumi. dia kejut aku aku tak sedar. tak tahulah nak kata apa tapi aku memang penat, mengantuk dan sakit badan. Maaflah kalau ada yang tak berapa berkenan aku dok tidur macam tu.. 

itulah suka duka raya aku tahun ni.. ada gembira bersalut duka. aku tengok laki aku redha atas pemergian mak dia. mungkin sebab dia pon kesian tak tertanggung tengok penderitaan mak dia selama 3 bulan ni. semoga damai dia disana. Al FATIHAH

P/S: walaupon panas berganti hujan.. dia tak lupa sertakan PELANGI.

You Might Also Like

0 Komen