Mengail Udang.

10:06 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Tajuk entri kali ni bersempena dengan suami aku yang menggila mengail udang dua 3 menjak ni.. Semuanya bermula lepas kawan dia dok ajak mengail kat Kolam Pancing Berlauk Terachi. Asik tak dapat je. 5 jam nunggu dapat 4 ekor masa 1st pergi tu. tapi kalau dah nama orang lelaki kalau tak dapat lagi tercabar. Kalau aku, tak dapat baik aku balik tidur. Layan korea sedas dua. tak gitu.. 

Laki aku ni peel dia kalau dia pergi mancing dengan kawan pon mesti ajak aku. alasan dia bagi kat kawan dia, dia kesian nak tinggal aku sorang-sorang kat umah. yelah sekali kerja balik sampai kul 11 malam. pastu sabtu ahad nak g mengail nak tinggal aku lagi. tapi aku ni kalau tak ikut lagi best dapat aku melayan korea. tapi sebab pagi-pagi lagi atau time dia nak g dia asik cakap "cepatlah siap yang...........dah lewat ni..............dah lewat ni".. maknanya dia ajak aku la kan? so aku ikutkan jugalah. kesian kalau laki dah merenget-renget ni rasa nak cepuk je.



ni masa 1stime aku dok teman dia mancing kat kolam ni. biasa kitaorang pergi yang kat shah alam tu. kolam simen. senang makannya. 2-3 jam pergi dapat lebih 10 ekor n besar-besar. yang kat kolam ni 1st time pergi dapat 4 eko je. aku mengantuk menunggu. last-last aku tidur dekat wakaf yang disediakan. memula ada budak lelaki tidur tapi sebab aku tak tahan. aku tidur n budak tu faham sendiri bangun dan keluar.

Banyak kali juga pergi malam. aku sampai tersenggut-senggut dekat kerusi. memang dari zaman aku kecik, abang aku dok usung aku g memancing so memang penunggu pancing yang setia aku ni walaupon sebenarnya aku tak mempunyai kesabaran yang tinggi. hahahahhaa. entah kenapa aku leh terjebak hahahahaha.. 

ada 1 malam ni kolam mancing yang kitaorang pergi tu tutup so cari la kolam lain. memang sepanjang berapa jam diorang mancing tu aku membuta je atas kerusi. tapi katanya tak best. entah aku pon tak tahu apa yang tak best. rasanya sebab udangnya kecik kot. hahahaha. aku rasa pergi kolam udang ni baik g siang. sekali pergi baru nampak betapa indahnya ciptaan tuhan kat belakang hutan sana. dengar bunyi segala jenis binatang punya suara.



lawa kan?? ni kat kolam pancing terachi. yang pondok tu surau dan sebelah dia tempat tidur. kat kolam ni ada sepasang anjing. kalau dia suka dia dok kejar orang yang datang siap ikut. aku suka tengok tapi rumit untuk dipegang kan. hehehe.. sian anjing tu ada kurap. kalaulah aku ada ubat kurap dah suruh laki aku sembur kat anjing tu. romantik je anjing tu berdua. kambing ala-ala bob marley punya rambut pon ada. hehehe.. kalau siang memang best. malam sunyi je.. boring plus nyamuk banyak...




ramai yang bawa anak bini pergi mancing. bini diaorang siap mancing sekali. anak dia pon mancing. seronok tengok bawa balik penuh guni. ha kat bawah ni hasil laki aku semalam dengan kawan dia. dia dapat 10 ekor lebih kot. besar-besar juga tapi sebab laki aku tak suka udang besar.. yang besar semua dia kasi kawan dia. aku dapatlah bawa balik kecik2 ada 8-9 ekor kot. hahaha



oklah ni boleh buat lauk sehari. goreng kunyit garing2 masukkan bawang. ha sedap dah laki aku makan dengan BUDU.. budu aje dia mana leh tinggal. dan semalam adalah penutup bagi tahun ni untuk dia memancing. dia dah umum kat kawan dia semalam yang dia bersara dari memancing selama setahun. HEHEHE.. macehh ami. binimu ini tak larat nak ikutlah haiiiiiiiiiiiiiii. tahun depan kita mancing balik okey!!!!...



You Might Also Like

0 Komen