Makan-makan : Ko Hyang Korean Country Restaurant

2:54 PTG

السلام عليكم 
안녕하세요!!

Ha kau... tajuk tak menahan. asik anyeong..anyeong... hari semalam laki aku bawa makan kat Ko Hyang di Cyberjaya. Ni dulu kes belajo korea. Sem asik ajak makan korea aje kat sini tapi aku kan anti sosial hahha kalau takde laki mana ada aku nak pergi.



Shaftsbury Square, Cyberjaya
Lot P 1-20, Shaftsbury Square

Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Delivery service available: 03-8322 6168


Gigih aku membawa kereta. nama je laki aku yang bawa tapi kalau tempat makan aku yang hendak sangat ni kenelah bawa. dia jadi bos je. plus dia bukan tahu jalan cyber. aku?? lagi la tak tahu hahhaa.. Tapi sebab ada waze kan!!!... Aku gigih juga walaupon salah masuk kawasan rumah orang tapi still leh pergi, cuma agak konfiuslah kan. 1st time la katanya..

Sampai kat sana pun dah kul 8.30 malam. aku bajet diaorang tak nak ambik order lagi so aku pergi je la konon-konon alang-alang da sampai mehlah kita pergi.. kasi tahu tempat. tapi sebab diaorang buka lagi so aku masuk jelah then order.

Aku takdelah terasa sangat nak makan makanan korea ni tapi sebab laki aku dah janji tu yang pergi tu kan.. aku order 돌솥 비빔밥(Dol Sot Bibimbap) - Beef. Pastu order juga  떡볶이 (Tukbokki). Laki aku lak order 순두부찌개(Soon Dubu Jjigae) -  Seafood.


Sedap juga yang laki aku order ni. Walaupon nama spicy tapi tak spicy mana pon. Rasa dia aku leh makan. laki aku makan sampai habis licin. Pelik juga selalu kalau makanan luar dia mang payah sekali nak makan tapi nasi pon licin walaupon bukan nasi putih tu... pelik laki aku. siap makan aku punye bimbimbap.

Dol Sot Bimbimbap yang aku makan pon sedap. dia hidang panas-panas sampai nak melecur mulut aku hahaha. tapi sayang aku tak de ambik gambar sebab malu dengan pelayan dia yang dok tunggu kitaorang habis makan sebab nak tutup kedai dah hahaha.


sumber : kohyang.com

Bagi aku oklah makanan dia ni. leh telan. sedap juga sesekali makan. tapi kalau tekak melayu hari-hari makan korea memang taklah kan. ekekeke.. laki aku pon kata sedap. Harga dia biasalah ko sedia jela RM15 sorang tak masuk cukai. oh lupa nak cite aku minum air Red Bean Ice. sedap juga. ekeke.

Ok sekianlah cerita pasal makan. esok aku cite pasal makan kat tempat lain lak. sekarang ni dapur aku tutup. malas oii nak masak. malas berluas-luasan. sanggup lapar dari masak hahahaha..








You Might Also Like

0 Komen