Indahkan Persekitaran.

9:39 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Tajuk entri hari ini adalah indahkan persekitaran. dua 2 menjak ni minat nak mendeko rumah, nak tanam pokok bunga semua ada.. pelik ajaib sikit la kot. tapi dari dulu sebenarnya dah niat nak cat rumah. Rumah kuartes ni orang kata rugi kalau cat. sebab bukan rumah sendiri tapi cuba fikir.. berapa tahun rumah itu akan menjadi rumah tetap sementara mampu beli rumah sendiri. kompom makan 5-10 tahun kan? dalam tempoh itu takkan nak biar macam biasa je. 

So aku merenget nak cat baru kat laki aku. tah kenapa mood dia baik je. dapat gaji dia belikan cat baru. (laki aku dapat gaji raya ke 5 kalau tak silap aku). tu pon lepas aku tengok abang aku cat rumah kampung lawa je.

aku laki bini pon pergi ke kedai beli cat. memula nak grey dan purple tapi akhirnya beli iris dan pretty pink. Iris tu pepel2 sikit yang pretty pink tu macam kaler note 3 aku.. kami berkesempatan nak cat rumah lepas balik dari terengganu (selepas selesai majlis tahlil dan lain-lain disana).

Aku dok cat kaler iris n laki aku kaler pretty pink. entah kenapa tah.. masalah betul dengan kaler iris tu. ni jadinya untuk layer pertama.


puas dibega2 tapi ni yang jadinya. cat terus kering dan takleh jadi sekata. agaknya sebab masa beli cat ni ready stock kot. lepas bega-bega sampai 3 layer bolehlah walaupon masih bercapuk.



kalau datang dekat mungkin nampak capuk-capuk tu. tapi kalau dalam gambar ginilah jadinya. bolehlah..


terus test ambik gambar. hahahha nampak efek lampu je lebih sebab cat ni pearl shine tau.. yang kaler pretty pink tu lawa je. takde masalah. 2 layer cantik dah.


lawa kan?hahaha. ni kat tv. memula nak cat kaler iris juga tp fikir nak mengecatnya payah terus laki aku tukar kaler pretty pink ni. aku larat cat sikit je. lepas ada kejadian tak terduga aku stop cat dan dok arah-arah je hehhee..

lebih kaler iris tu banyak so aku suruh laki aku cat kat bahagian depan bilik air, pintu bilik sidai baju n pintu bilik 3 sampai ke depan. tapi tulah terbantut tak siap2 cat lagi. laki aku janji nak cat hari sabtu ahad nanti. cepatlah siap aku dah tak menahan nak duduk dalam rumah tongkang karam ni hahah.


tengok?? betapa bersepahnya rumah aku sekarang!! huwaaaaaaaaaaaaaa.. ha lepas tu ada banyak lagi tempat tak cat. udahnya kami beli 1 lagi cat. kaler grey yang tak jadi beli tu kami beli nak cover banyak tempat lagi. 



yang dinding ijau tulah yang nak dicat grey.. tunggu je masa. laki aku janji dah kan. hahaha. aku memang tak larat nak mengecat plus nanti ramai bising... hahahaha... harap-harap siaplah rumah ni. tak sabar nak kemas dan pasang rak ikea yang beli rm39 tu.. eh lupa nak cite.. dinding kat tv tu dah ada jam air mata kaseh.



jam comel ni dari ikea. lawa pulak bekenan terus beli. hehe itujela nak cite. sebenarnya aku boring kat opis ni tak de keje tu rajin menaip entry dua tiga menjak ni. nak tengok cite korea semua dah kene block. huwaaaaaaaaaaaa.. 



You Might Also Like

0 Komen