Jangan Marah Kalau Aku

3:18 PTG



Jangan Marah Kalau Aku Tak Pegang
Jangan Marah Kalau Aku Tak Sembang
Jangan Marah Kalau Aku Tampak Tak Sayang

Tapi Fahami Keadaan Aku..


Banyak benda yang mungkin orang nampak tak peduli.. Tapi dalam hati aku.. orang tahu? Kadang-kadang boleh bercakap Tak Apa, Tak Kisah.. tapi jangan lupa aku juga manusia.. Sedikit sebanyak ada perasaan suka, duka, benci, sayang, cemburu, berbangga dan banyak lagi perasaan yang letih untuk diungkapkan..memang ada..

Aku cuba berhenti untuk bercakap.. mendengar..duduk dalam dunia aku... tapi jangan lupa.. aku juga manusia.. mana nak aku campakkan perasaan terbungkam dihati yang kian menjadi ketulan payah untuk dipecahkan?


Pasang surut dan haru biru hati aku..
Dentam dentum dan susah payah jiwa aku...

Sesungguhnya aku sedang melalui Fasa paling terpayah dalam hidup aku..

Jangan Marah Kalau Aku..

Sesungguhnya.. hati keras dan hati batu aku
menyelindungkan segunung air mata.
Tunggu masa untuk dilenangkan..

Aku dah letih menahan..
Sampai tak tertahan...




You Might Also Like

0 Komen