Menu Berbuka Puasa

10:27 PG

السلام عليكم 

안녕하세요!!

Lama tak updated.. dah puasa rupanya. kejabnya masa berlalu kan. hehehe. Bila ramadhan menjelang je mulalah dok pening fikir menu berbuka dan sahur kan.. tahun ni aku masak je. tapi ni permulaan ramadhan je. bak kata laki aku.. ada banyak hari lagi. 

Hari puasa pertama ritu mang aku laki bini pergi ke bazar ramadhan putrajaya tu. tapi biasalah kalau pergi bazar ni aku mang naik hangin. semua benda nak beli kene beratur. kadang-kadang time ushar2 takde orang bila nak beli berderet yang datang. Tahap kesedapan pulak belum tentu lagi. Harga pulak mahal. Haritu aku beli 2 kepak ayam, 2 cucuk tongkeng ayam. pastu laki aku beli murtabak 2.. aku beli laksam. dan dia beli nasi kukus.. Itupon murtabak tak habis 1. 

Puasa ke 2 aku masak ayam blackpaper dan goreng nuget. Puasa ke 3 aku cuma masak ayam paprik dengan dengan buat popia. teringin nak makan popia tapi malas nak g beli. 





Semalam pulak, aku masak sup ketam untuk laki aku.. sup untuk orang denggi katanya tapi hahaha dia tak suka pon.. dia cakap tak leh ke ketam ni masak gulai? erk!




pastu aku goreng ikan dan sambal belacan dan buat kuih yang aku pon tak tahu nak bagi nama apa. Siap buat sos ala-ala korea lagi. Kata abang aku popia basah tapi bukan. dalam ni aku letak sayur yang potong dadur aku tumis dengan lada dan bawang potong. siap letak zukinni dan sardin. Nanti kalau rajin aku bagi resepi. Sos dia pulak aku guna sos, minyak bijan, air sikit dan bijan.. korea sangat hahahaha



Hari ni aku plan nak masak kari ayam dengan roti jala je. harap-harap laki aku tak mintak benda-benda pelik la sepanjang pose ni.tapi mulut dia membebel je tanya mana nak cari nasi minyak versi terengganu.. dia cakap semua yang jual kat sini versi "orang luar". aku cakap yang orang luarnya bukan orang yang jual... tapi dia. hahaha.. kalau nak makan versi terengganu mehlah kita balik ganu.. ganu pon boleh tahan makanan dia. macam-macam ada. ni aku nak balik terengganu mang habislah aku borong kat bazar tu. aigoo..





You Might Also Like

0 Komen